Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

[REVIEW] Restoran Al-Araby Mathaam, Laguna Merbok Sedap Ke ?

top nasi arab
Assalamualaikum and hello there?
 
So, how's your weekend? Harini aku nak buat my first food review. Memandangkan semalam satu keluarga berkumpul, jadi kami decide untuk family dinner diluar. Walaupun mula-mula pening nak makan dimana akhirnya kami memilih untuk mencuba satu restoran arab yang baharu di buka di area Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani iaitu Restoran Al-Araby Matha'am. Senang je nak cari restoran ni, bersebelahan dengan Masjid Andalusia, Laguna Merbok.
teiba rindu kat my family, sob sob sob ~

Oh ya betoi, cheq memang orang utagha, orang sungai petani ! cheq geng dengan Janna Nick lerr. 
Ok lah, aku nak menulis paling honest punya review berdasarkan anak tekak kami sekeluarga. Kalau yang tak bersetuju tu cheq tak boleh nak kata apa-apa la nohhh. 

al-araby mathaam

 Main entrance, cantik kan ? 

Sebaik kami melangkah masuk ke restoran ini, kami disambut mesra oleh penyambut tetamunya. Pakaian serving staff dia sangat sopan dan menutup aurat. Kipidap dekat owner restoran ni. Interior restoran ini just nice. Ada dua main dining hall;  small family and large family hall. Walaupun family aku takda lah ramai mana, 6 orang je, tapi kami disyorkan untuk ke large dining hall yang menempatkan meja banquet yang besar. Sesuai untuk 8-10 orang. Aku rasa, next time better pilih table yang lebih kecil, baru mesra sket... hahaha

Jom layan gambaq ja lah, cheq malaih nak type panjang-panjang.

ni antara menu-menu yang ada

al-araby mathaam
 Main arabian dish - ala carte

al-araby mathaam
 appetizer 

al-araby mathaam
 Grill menu

al-araby mathaam
Lamb Haneeth Set, nampak tempting kann ..kan..?

Hat kat bawah ni pulak, menu-menu yang kami sekeluarga order. Maaflah gambaq tak bapa nak clear and well arranged ...hahah
 
al-araby mathaam
Chicken Foldover

My baby sister yang order. Dia kata sedap ! Aku try rasa pun not bad lah.. patty dia homemade and tender. Tebal jugak patty dia. Ni kalau makan sambil tengok citer korea layan nih!

Rate : 4/5 

al-araby mathaam
Lamb Madghut

Yang ni diorder oleh aku and my sis. Aku suka dengan rasa nasi dia. Beras yang dia guna pun panjang. Bagi aku makan nasi sahaja pun dah sedap. Kambing dia pulak rasa tak terlalu strong. Daging dia pun soft and tender. Lamb rasa creamy. My bro and aku rasa dish ni sedap. Tapi kami   bukanlah fan makanan arab seperti my sis. So, aku tak pandai judge sangat lah.

But my sis yang memang penggemar masakan Arab cakap this is definitely not the best Arab food yang dia pernah makan. Dia cakap kurang tu lah, kurang ni lah.. hahah.. but for me it taste ok jek.

My rate         : 4/5
My sis' rate  :  3/5

al-araby mathaam
al-araby Chicken Mendy

Dish ni pulak my mama and bro yang order. Sedap ! My sis pun kata this dish better than ours ! Tapi aku rasa dish yg aku order lagi sedap. hahaha.

Rate : 4.5/5

al-araby mathaam
 Cheesy Pizza kot nama dia, lupa dah

Roti dia sangat lembut. Tapi rasa normal sahaja. Tak ada yang istimewa sangat pun.

Rate 3/5

al araby mathaam
 Something Grilled Lamb -- ahh, lupa nama lagi..kah kah kah

Dish ni adalah yang paling worst untuk malam tu. Sebab Masin gilaaa nak mampoihhh, boleh bawak penyakit kalau hari-hari makan masin macam ni. Yang ni menu my dad. Kesian abah, terlupa nk complain masa ni.  Actually dish ni mayb sedap rasa dia..but bila dah terlalu masin memang jadi major turn off lah kan... Sauce di black pepper. Rasanya everything about this diah memang masin lah. 

But masa nak bayar aku ada mention dekat owner dia, and dia minta maaf and suruh kita complain if masin sebab diorang boleh tukar on the sport.

Rate 1.5/5 
al araby mathaam
maafkan aku yang excited bersama Shish Tawook

Another dish yang masin...mayb chef dia nak kawen kot. Orang tua-tua la cakap macam tu...But this time, aku panggil serving crew dia and complain. So diorang buatkan yang baru tapi kami take away sahaja.

Rate : 2.5/5 (after dah tukar)

al araby mathaam

 serabut kan?air pulak semua pun sedap , tapi semua dah lupa nama. lol


O-delicious-meter 

Taste wise          : Not bad
Price wise          : A bit pricey, tapi standard lah untuk restoran makanan arab!
Deco                   : Nice , tapi area big dining hall tak begitu privacy dan agak bising
Service               : Bagus - cepat dan mesra
Repeat               : Maybe ! cuba menu yang lain pula kot.


Btw, hampa perasan dak yang pic-pic cheq dah ada watermark? hahah, tak pandai sangat nak buat ni...tapi bulih kot nooo??
 
Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)


This post first appeared on Z E T Y H A S N A N, please read the originial post: here

Share the post

[REVIEW] Restoran Al-Araby Mathaam, Laguna Merbok Sedap Ke ?

×

Subscribe to Z E T Y H A S N A N

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×