Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

90S KIDS JE YANG TAHU



Ibubapa punca pelajar sekarang manja | Ehh, jangan harap la Anak korang nak hormat korang kalau cikgu pun korang tak hormat.



Pelajar disuruh duduk atas tar semasa perhimpunan

Kalau time aku belajar dulu, bila cikgu suruh Duduk Atas Tar waktu perhimpunan lah perkara yang paling ditunggu -tunggu. Rasa nak cium tapak kaki cikgu je bila cikgu kata "semua pelajar boleh duduk" Saat yang dinanti sebab dah tak larat nak berdiri tunggu cikgu berucap "sepatah dua kata" (ehh tetiba rindu beratur panjang time perhimpunan)

Tapi dunia sekarang dah pelik. Isu duduk atas tar viral di laman-laman sosial kononnya guru kejam. Dah tu kena sediakan kerusi berbantal ke?? Hummph..

Aku terpanggil nak menulis topik ni sebab dah banyak kes yang aku baca - ibubapa saman guru "rotan" murid, cikgu "melampau" suruh pelajar duduk atas tar, and other shit claims yang tak masuk akal pun.

Come on lah!

Guru adalah insan yang banyak mencurahkan ilmu dan insan yang perlu dihormati. Tiada keberkatan ilmu kalau guru pun korang tak hormat. Ehh..bebel pulak aku.

Lagi sedih bila ibubapa turutkan ja kehendak anak. Bila anak bermasalah disalahkan pulak guru disekolah yang tak pandai mengajar  Bila anak nak di"sekolahkan" oleh guru komplen pulak guru bagi denda yang bukan-bukan sampai ada kes saman segala. Ishh, tak paham lah.

Bagi pandangan aku, ibubapa sepatutnya beri kebebasan kepada guru untuk mendidik, asalkan tak patah-riuk sudah lah.

Kalau ibubapa sendiri manjakan anak dan sentiasa iyakan kehendak anak, macam mana cikgu nak mendidik. Rotan Sikit Tak Boleh. Denda sikit tak boleh. Kejam.Kejam.Eh...kau tak payah hantar anak ke sekolah lah. Home school je. Baru tahu susah ke senang nak mengajar.

Sorry.
Aku bukan cikgu.


Cuma tak faham kenapa student sekarang manja sangat.

.
..
...

Atau ibubapa yang tak boleh anak dijentik langsung.


Yang aku hairan, apasal ibubapa sekarang manjakan sangat anak-anak sekarang? Macamlah diorang tak pernah kena denda dulu kan??

Aku malas lah nak cakap aku dulu dekat sekolah/hostel kena denda macam mana. Siapa kenal aku tahulah kan. But all those memories memang pengalaman indah yang tak dapat dijual beli dengan duit. 

So in case, ibubapa modern sekarang or korang yang lupa atau tak tahu jenis-jenis denda yang legendary aka femes time 90s dulu, meh baca ni boleh refresh balik


Jom tengok 10 jenis denda yang hanya 90s kids yang faham.



#1 Berdiri atas kerusi/meja
#2 Berdiri di tempat sendiri sehingga tamat waktu
#3 Berdiri luar kelas/perhimpunan
#4 Jalan itik keliling koridor
#5 Rotan/ Public Canning
#6 Ketuk Ketampi
#7 Tarik telinga/ Sideburns (pelajar lelaki)
#8 Free haircut
#9 Lari keliling padang
#10 Cuci tandas/surau/bilik sakit


Ada lagi denda yang hanya 90s kids je pernah alami dan cool with it? Tinggalkan komen atau ceritakan pengalamn korang didenda.

Jadi, apa pandangan korang? Ibabapa yang terlebih manjakan anak atau guru sekarang yang keterlaluan mendidik?


Thank You For Reading This Post! Komen la sikit :)



This post first appeared on Z E T Y H A S N A N, please read the originial post: here

Share the post

90S KIDS JE YANG TAHU

×

Subscribe to Z E T Y H A S N A N

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×