Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

FISHNTAG, HARAPAN BARU GAME FISH MALAYSIA

FISHNTAG, Aplikasi Konservasi Online Pertama di Asia

Arena sukan memancing telah lama bertapak di negara Malaysia sejak puluhan tahun yang lalu. Sebuah ideologi dimana memancing bukan lagi hanya dikategorikan sebagai aktiviti menangkap Ikan menggunakan kekili dan joran, tetapi dikelaskan sebagai satu cabang sukan dimana pemancing akan cuba mendaratkan Game Fish yang terdapat di lokaliti negara. Antara Game Fish yang sentiasa menjadi idaman pemancing adalah Ikan Layaran, Sebarau, Toman, GT dan lain-lain spesis yang mampu menguji keupayaan dan kebijaksanaan pemancing. Saban tahun, nilai dan etika Sportsfishing dikalangan pemancing semakin meningkat dan bakal setanding dengan negara seperti US, Australia, Jepun dan juga Eropah.

Bagi negara yang disebutkan diatas, nilai Sportfishing telah lama menjadi salah satu industri yang memacu ekonomi negara, terutamanya dalam sektor pelancongan. Di US dan Australia khususnya, Sportsfishing telah menyumbang kepada pendapatan negara lebih 1 Billion USD. Di dalam negara, industry ini masih ditahap permulaan namun telah wujud persatuan dan organisasi yang sentiasa berjuang memartabatkan sukan memancing kepada tahap yang lebih tinggi. Tidak kurang juga organisasi yang bukan sahaja menerapkan nilai etika sportfishing tetapi turut memperjuangkan kesinambungan Game Fish di Malaysia.

Amalan Catch dan Release mampu menjadikan sukan memancing sukan yang mampan.

Perjuangan memartabatkan sukan memancing di dalam negara kini sedang giat dijalankan namun aspek kelangsungan padang pancing atau program konservasi masih berada di tahap yang paling rendah. Salah satu etika didalam sportsfishing bukan hanya terletak pada kebolehan pemancing mendaratkan trofi-trofi gamefish di Malaysia, tetapi turut berkait rapat dengan kebolehan pemancing menjaga kesinambungan padang pancing dan gamefish. Untuk menjadikan ia satu industri setaraf dengan dunia luar, ianya harus selaraskan menjadi satu industri yang mampan supaya ia konsisten menjana ekonomi dan kepuasan pemancing. Ini kerana aktiviti sportfishing ini mengguna input dari padang pancing “gamefish” dan outputnya adalah kepuasan pemancing. Sekiranya pemancing tidak mengambil langkah yang proaktif memelihara “input”, maka generasi akan datang akan kempunan mendaratkan spesis trofi yang ada di dalam negara.

Alhamdulillah, usaha konservasi ini sedang giat dijalankan oleh beberapa organisasi seperti KELAH ACTION GROUP (KAGUM) yang sentiasa memberi tumpuan kepada konservasi spesis Kelah dan tidak dilupakan Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) yang komited didalam mempertahankan spesis Layaran. Pada peringkat negeri pula, wujud persatuan dan club seperti AJK Monsoon Casting Tournament menitik beratkan pemuliharaan Tasik Kenyir. Persatuan pengusaha bot di Kuala Rompin, Royal Belum dan Puchong Prima Fishing turut mengamalkan catch and release bagi spesis gamefish. Ini kerana mereka tahu bahawa, mereka wujud disebabkan adanya spesis gamefish yang menjadi kegilaan pemancing. Sekiranya ianya tidak dipertahankan, mereka juga turut pupus didalam arena ini.

Tagging Ikan kini boleh dilakukan pada spesis air tawar dan air masin.

FISH N TAG – APPLIKASI KONSERVASI GAMEFISH PERTAMA DI ASIA.

Idea FISH N TAG mula diilhamkan oleh En. Patrick Erler, seorang berbangsa Austria yang telah menetap di Malaysia selama 11 tahun. Ianya telah mula dibangunkan oleh syarikat KERN Technologies sejak tahun 2014. Beliau juga merupakan seorang yang gila pancing dan telah meneroka seluruh pelusok tanah air bagi mendapatkan spesis idaman pemancing. Saban tahun, beliau saksikan sendiri penurunan kualiti padang pancing negara akibat aktiviti teknik tangkapan ikan haram (bom, jarring, elektrik), penurunan kualiti air di sungai-sungai negara, tiada etika dalam memancing seperti tiada size limit dan bag limit dan aktiviti pukat tunda dikawasan larangan.  Kerana sayangkan lapangan pancing yang sentiasa memberikan kenangan manis buat dirinya sebagai seorang pemancing, terdetik didalam hati beliau untuk membangunkan satu program untuk memastikan padang pancing terpelihara. Pada Dec 2015, Fishyology diberi penghormatan untuk bersama-sama memberi input dan menjalankan ujian lapangan bagi pembinaan aplikaasi konservasi Gamefish yang diberi nama Fish N Tag. Aplikasi ini adalah penambahbaikkan dari proses tagging ikan secara konvensional, dimana informasi tag akan disimpan terus didalam smartphone pengguna dan data akan dikumpul kedalam pengkalan data.

APLIKASI FISHNTAG

Halaman Utama
Puluhan Spesis Gamefish seluruh dunia.
Info lengkap satu-satu spesis gamefish.
Mode isian data tag kedalam database.

Fish N Tag dicipta khas untuk membantu organisasi, persatuan dan individu dalam menjayakan suatu program konservasi tagging. Ianya satu platform yang lengkap dimana pengguna masih lagi menggunakan tagging conventional sebagai marker ikan dan data yang direkodkan akan terus disimpan secara atas talian. Data ikan yang perlu diisi adalah spesis, panjang, berat dan lokasi. Apabila ikan yang ditag itu ditangkap semula, kita dapat menilai sejauh mana tumbesaran ikan itu dan dapat mengkaji corak perjalanan hidupnya.

Sebelum ini, boleh dikatakan tiada perkongsian data diantara pemancing dan juga institusi pengajian tinggi atau agensi kerajaan. Dengan adanya data ini, usahasama diatara pemancing dan mana-mana agensi dapat menyediakan strategi lebih baik didalam pemuliharaan sesuatu spesis ikan. Ianya boleh dijadikan panduan yang berasas dan disokong dengan data yang lengkap bagi menggerakkan badan berwajib untuk lebih focus memulihara laut, sungai dan tasik. Fish N Tag juga berjaya mengecilkan skop penglibatan konservasi dimana individu boleh menjalankan program konservasi personal tanpa perlu bergantung dengan mana-mana organisasi. Ini boleh dijadikan asas penggerak bagi menerapkan sikap konservasi didalam diri pemancing.

Langkah 1

Sebelum proses bermula, Tag perlu disediakan sebelum ikan didaratkan untuk proses tagging.

Langkah 2

Tag perlu dicucuk pada kedalaman yg bersesuaian di antara tulang fin dorsal, pusingan 90 darjah perlu dibuat sebelum pencucuk tag ditarik keluar dan mata pandan tag akan terlekat kukuh pada badan ikan layaran.

Langkah 3

Bacaan data berat dan panjang ikan perlu diambil. Pada situasi ini, berat ikan ditentukan menggunakan formula matematik berat asas ikan layaran yang ditetapkan IGFA.

Langkah 4

Gambar tag dan ikan akan diambil, gambar tersebut terdapat data lokasi ikan ditangkap. Data akan disimpan sementara didalam phone sebelum dimuat naik kedalam pengkalan data apabila terdapat data internet.

Langkah 5

Akhir sekali, ikan perlu diberi peluang memulihkan kondisinya sebelum dilepaskan secara selamat kehabitat asal.

Selepas proses tag dilakukan dan data telah diisi didalam aplikasi smartphone, gambar ikan bersama tag akan diambil dan didalam gambar tersebut terdapat data lokasi ikan ditangkap. Akhir sekali, data tag akan disimpan sementara didalam phone dan apabila pulang ke jeti, ianya akan terus dimuatnaik kedalam pengkalan data apabila terdapat data internet. Tiada lagi proses isian borang secara manual kerana semuanya kini dihujung jari. Mudah dan pantas. Hasil tag individu atau organisasi dapat dinilai secara atas talian di website FISH N TAG dan prestasi keseluruhan program tagging yang terbabit dapat dilihat bersama.

HARAPAN FISH N TAG

Dengan adanya aplikasi FISH N TAG, kita mampu menggerakkan konservasi gamefish secara menyeluruh diseluruh negara. Pada tahun 2017, lebih banyak program kesedaran akan kepentingan gamefish dikalangan pemancing akan dijalankan oleh pihak FISH N TAG dan berharap penerimaan rakyat Malaysia mampu meningkatkan lagi prestasi industri dan memartabatkan lapangan pancing, gamefish dan pemancing negara. Sekiranya ada berminat untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti FISH N TAG, boleh layari www.fishntag.com untuk keterangan lanjut.

Tweet

The post FISHNTAG, HARAPAN BARU GAME FISH MALAYSIA appeared first on FISHYOLOGY.



This post first appeared on All About Pregnancy, please read the originial post: here

Share the post

FISHNTAG, HARAPAN BARU GAME FISH MALAYSIA

×

Subscribe to All About Pregnancy

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×