Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Produk Dutch Lady Boleh Buat Anak Anda Pintar?

Sejak bila anda semua sudah kenal Dutch Lady? Hurmmm... Dah berdekad-dekad rasanya kot! Lama bebenornya tu. Saya membesar bersama Dutch Lady. Keluarga saya pun begitu juga membesar dengan produk dari Dutch Lady juga. Baik dari muda mahupun sampai yang dah tua pun masih lagi menjadi peminat tegar produk Dutch Lady.


Biasanya hujung minggu pergi ke shopping complex untuk beli Dutch Lady kegemaran keluarga saya sudah semestinya perisa coklat. Bagi saya pula, saya suka perisa strawberi sebab perisanya lebih kepada lemak dan enak disatukan dengan buah-buahan. Saya jarang minum Dutch Lady perisa lain, walaupun tak letak dalam peti sejuk. Tetapi adakalanya berasa kecur. Jadi, sememangnya Dutch Lady berperisa coklat dalam kotak atau dalam bentuk botol akan penuh dalam peti sejuk rumah saya. Tetapi, saya sarankan kepada anda untuk minum sekotak sehari sahaja pun dah memadai. Tak boleh lebih-lebih ya. Tak pasal-pasal emak anda kerja untuk membelinya kalau tak sampai sebulan dah habis sebab anda terlalu kerap minum Dutch Lady setiap pagi, petang dan malam pulanya.

Kalau begitu yang penting adalah peminuman Susu. Dalam produk susu kotak Dutch Lady memang lengkap dengan susu asli. Jadi, susu sebeginilah boleh dijadikan pengganti kepada produk susu-susu tepung yang anda minum tiap-tiap pagi tu jika anda terdesak tak sempat nak bancuh susu tepung akibat kekangan masa anda.

Pernah dengar orang kata, kalau tak boleh tidur, minumlah susu. Tak kira apa jenama susu, sememangnya terbukti dapat melenakan tidur kita pada malam hari. Kalau anda rasa stress, tertekan, banyak masalah, hidup tak tenang, dan fikiran rasa serabut maka cubalah minum susu segelas. Dutch Lady pun memang ada banyak perisa iaitu strawberi, coklat, rendah lemak dan penuh cream. Saya pun pernah minum perisa lain juga sebab kadang-kadang kalau rasa nak bawa bekal ke tempat belajar, boleh disimpan ke dalam peti sejuk dulu dan biasa kalau tengah bosan-bosan tak ada kerja pada waktu rehat tengah hari, maka susu Dutch Ladylah yang saya amati dulu sekiranya ada di sisi saya pada ketika itu.

Jadi, bermula dari sekarang anda kena rajinkan diri untuk minum susu, paling kurang pun dua gelas susu sehari. Mesti! Untuk pemakanan seimbang kita. Kalau anda nak tahu kenapa kita kena ambil dua gelas sehari, sebabnya untuk memberikan kita tenaga dalam kehidupan seharian kita.

Kedua pula, sudah tentu saya ada sebut ayat awal tadi untuk tidur malam yang lena sekiranya anda adalah golongan yang susah nak tidur malam seperti saya. Jadi, susu juga memberikan kita kecantikan dari segi dalaman/luaran sebab ada nutrien yang baik (bakteria baik) dan bagus untuk kesihatan kita.


Semua orang suka diberi pertolongan dengan kasih sayang dan sepertimana yang kita telah ketahui, bagaimana susahnya pengorbanan ibu anda yang anda banggakan dengan sentiasa berusaha untuk memberikan anda perkara-perkara yang terbaik dalam kehidupan anda.

Nutrien yang betul dan sepatutnya akan membantu anak-anak anda memiliki minda yang sentiasa aktif berkembang dan akan mengukuhkan akademik dan perubahan harian mereka, dari segi aktiviti mereka bagi yang berumur 8 tahun ke bawah iaitu bermain dengan mainan mereka, membaca dan mewarna berserta berganjak ke arah perubahan peningkatan positif malah boleh melakukan aktiviti mengira.

Sekiranya anda ada cerita untuk dikongsikan bersama kenangan manis detik-detik anak anda pintar, maka kongsilah pada Dutch Lady. 10 cerita yang terbaik akan dipilih dan membuatkan anda dikenali ramai dengan memenangi biasiswa sehingga bernilai RM 500,000 dari Dutch Lady. Dutch Lady juga akan mempamerkan top 3 kanak-kanak pintar pada
pek susu Dutch Lady's Growing Up!

Nak tahu info dengan lebih lanjut dan mahu melibatkan diri dengan penyertaan bolehlah klik di [sini]. Tertakluk pada terma dan syarat.


This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Produk Dutch Lady Boleh Buat Anak Anda Pintar?

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×