Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tunjukkan Kretiviti Pembuatan Video Klip Anda Untuk Dapat RM3000

Anda berpeluang untuk memperoleh RM3000 tu... Banyak tu... Ehh?? Cuma kena buat satu video klip jer ke??

Betul... Reka dengan kreatif satu klip video anda dan mengenai sedikit pengurusan kewangan anda atau pengetahuan mengenai pelaburan dana wang anda dan hantar! Keluarkan idea anda untuk video tersebut, Tengok maklumat lanjut di [sini]!








Tak tutup lagi peraduan ni... Apa yang anda perlu buat? Mari kita tengok kaedahnya di bawah:

1. Rakam video anda. Nak rakam video mestilah kena ada alat video cam tak kira handphone anda, kamera digital dan sebagainya. Mana kawan-kawan ada iPhone ataupun smartphone tu bolehlah pinjam sekejap nak buat rakaman video ni. Nak guna webcam pun boleh juga macam para bloggers yang pernah buat vblog mereka tu.

2. Video setakat dalam 1-3 minit sahaja pun jadi. Jangan syok sangat rakam sampai tiga puluh minit pula.

3. Suka hatilah anda nak rakam video dengan apa cara sekalipun. Daya imaginasi dan kreativiti anda boleh diguna pakai di sini. Tak kisahlah. Asalkan anda kreatif!

4. Video tu mesti ada mesej yang JELAS LAGI TERANG yang menggesa mahasiswa untuk MENGURUS WANG DENGAN LEBIH BIJAK. Contohnya seperti pada ciri-ciri di bawah:

  • Pentingnya penyimpanan duit.
  • Kenapa  perlu melabur dengan bijak?
  • Bajet duit perbelanjaan tak semestinya perlu dibazirkan.
  • Urus penyimpanan bajet pinjaman PTPTN anda tanpa mengharapkan ibu bapa yang kena bayar.
  • Kepentingan melabur dalam perbelanjaan seharian.
  • Tips pelaburan asas untuk pelajar-pelajar kampus
Macam-macam ciri boleh kita buat. Ikut kreativiti anda masing-masing.

5. Upload dalam youtube. Boleh suruh satu universiti 'Like' anda punya video. Cerah sikit peluang nak dapat RM3000.

Kalau anda tak faham apa yang saya telah terangkan di atas, bolehlah tengok gambarajah di bawah. Konfem anda akan faham...


Penyertaan anda boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Kalau anda nak buat secara berkumpulan, tak boleh melebihi 5 orang dan ahli kumpulan mesti dari universiti yang sama.


MAKLUMAT TERKINI (SILA BACA DI BAWAH): 

Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), unit latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, menyeru pelajar-pelajar kolej dan universiti untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Filem Celik Kewangan (I-FiLM) Antara Varsiti seluruh negara.

Dalam satu kenyataan Khamis, SIDC berkata pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai hingga RM3,000 dan bertujuan menilai keupayaan pelajar untuk memperkenal konsep pengurusan wang dan pelaburan bagi masa depan di kalangan rakan sebaya mereka, secara kreatif.

SIDC berkata I-FiLM adalah satu usaha inovatif untuk mewujudkan pelabur yang arif dan bermaklumat dalam pasaran modal melalui pendidikan pelabur berkualiti bagi orang ramai di Malaysia.

Peserta-peserta mestilah menghantar video asal mengenai pengurusan kewangan atau pelaburan pintar sebagai video muzik, animasi, filem pendek atau pengumuman awam.

Tarikh tutup ialah 11 Feb 2012 dan nama-nama pemenang akan diumumkan pada 17 Feb 2012.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Malaysian Investor di [sini].


This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Tunjukkan Kretiviti Pembuatan Video Klip Anda Untuk Dapat RM3000

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×