Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Blog Walking Berbagi Traffic (Auto)

Assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya nak buat SEGMEN saya pertama iaitu berkongsi link sesama bloggers (blog walking). Kaedahnya lain dari yang lain. Maksudnya, link para bloggers akan dikumpulkan dalam satu Widget Blog Walking, maka anda boleh tengok update terbaru bloggers lain dalam blog anda melalui widget yang anda telah pasang dalam blog anda. Gambaran yang saya boleh tunjukkan berdasarkan screenshot di bawah:



Berminat tak? Dengan screenshot di atas, anda akan didedahkan dengan tutorial daripada saya mengenai cara-cara nak pasang Widget Blog walking. Ianya wajib dipasang di dalam entri page statik blog anda. Widget tersebut taklah berat yang anda sangka, kalau anda nak tengok contohnya bolehlah klik di [sini].

Segmen ini tak ubah macam bertukar-tukar link (exchange link) sesama bloggers. Cuma apa yang bezanya, anda perlu pasang widget blog walking yang sama pada blog anda. Kelebihannya blog anda akan tersenarai dalam widget tersebut. Jika 100 orang pasang widget blog walking yang sama, maka 100 link blog anda tersenarai dalam blog-blog para bloggers lain yang join segmen ini. Penempatan Link blog anda terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Blog Prince (untuk lelaki), Blog Princess (untuk wanita), Blog Familiar dan Blog Popular. Sekiranya anda letak widget blog walking, maka link blog anda akan diletakkan dalam widget tersebut dengan mengikuti syarat-syarat yang tertera di bawah.

Bagi kategori Blog Familiar, anda layak tersenarai di situ sekiranya anda memasang Facebook Like Button pada ruang widget blog walking anda dan memperoleh sekurang-kurangnya 100 orang yang Like pada ruang tersebut. Bagi kategori Blog Popular pula, syaratnya anda mesti memasang Facebook Like Button pada ruang widget blog walking anda dan memperoleh sekurang-kurangnya 200 orang yang Like pada ruang tersebut. Sekiranya anda tak tahu macam mana nak pasang Facebook Like Button pada ruang widget blog walking, bolehlah klik di [sini] untuk mempelajari tutorial memasang Facebook Like Button pada page statik nanti. seperti contoh pada screenshot di bawah untuk kategori senarai bloglist nanti:


Motif saya buat segmen ini supaya para bloggers dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan berkongsi update dari blog sesama bloggers. Caranya mudah dengan mengikut syarat-syarat di bawah:


Syarat-syaratnya mudah saja iaitu:

1. Tak perlu buat entri...
2. Follow blog saya amat dialu-alukan.
3. Klik butang fb share di bucu atas pun dialu-alukan.
4. Sila klik di [sini] untuk pasang widget.
5. Selepas siap anda pasang widget blog walking, sila letakkan link tempat anda pasang widget blog walking anda di ruangan komen (contoh: http://blogkeratan.blogspot.com/p/senarai-blog-rakan-bloglist.html) dan nyatakan nama blog anda dan jantina anda pada ruangan komen.

Tarikh tamat tak ada. Dijangkakan dalam masa beberapa bulan, blog anda akan memperoleh banyak backlink sekiranya anda join segmen ini kerana apabila bloggers yang join segmen ini akan turut sama memasang widget blog walking yang sama (wajib), maka sudah tentu anda akan berblog walking ke blog-blog para bloggers lain untuk melihat entri-entri terbaru yang baru update. Maka para bloggers yang lain akan turut sama berbuat demikian iaitu akan sentiasa melihat update-update terkini pada link blog anda yang tersenarai dalam widget blog walking yang sama itu. Bagi mereka yang join segmen ini, saya akan letakkan link blog anda sekalian ke dalam widget tersebut mengikut abjad nama blog anda dari A hingga Z supaya senang anda semua boleh rujuk nama-nama blog rakan bloggers anda yang lain.

Jom join dan war-warkan pada kawan-kawan yang lain.

Sekian...


This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Blog Walking Berbagi Traffic (Auto)

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×