Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lawak Jalan Pintas

Abang Mat dan seorang rakan pembantunya adalah kelindan lori. Mereka baru siap menghantar barang yang disuruh oleh majikannya dari Penang ke Sabak Bernam. Kini, mereka berdua kena jalankan tugasan yang kedua iaitu dengan menghantar barang ke Tanjung Malim. Maka, mereka singgah sebentar ke warung kopi yang berhampiran untuk pekena kopi dulu sebelum memulakan perjalanan seterusnya.

Sambil-sambil itu, mereka menanyakan salah seorang Penduduk Kampung di warung kopi tersebut mengenai jalan pintas untuk ke Tanjung Malim supaya mereka sampai awal dan tepat pada masanya sebelum pukul 1 tengah malam disebabkan abang Mat mempunyai urusan lain pada keesokan harinya. Maka, seorang penduduk kampung di situ menerangkan secara terperinci jalan ke Tanjung Malim dengan melalui jalan pintas itu dan berkata bahawa jalan pintas itu adalah jalan lama dan sekarang orang ramai dah jarang lalu jalan tersebut.

Selesai berbual dengan penduduk kampung tersebut, abang Mat dan pembantunya meneruskan perjalanan mengikut petunjuk sepertimana yang telah Penduduk Kampung Itu terangkan sebentar tadi. Semasa mereka berdua hendak memasuki lorinya semula, mereka terserempak dengan seorang penduduk kampung yang lain dengan berkata pada mereka bahawa jalan yang mereka hendak lalui nanti banyak jin dengan berkata, "jalan itu banyak jin". Jadi, mereka dengan rasa tidak percaya beranggapan bahawa penduduk kampung itu hendak 'psiko' mereka.

Seterusnya, mereka tidak mengendahkan kata-kata penduduk kampung itu dan meneruskan perjalanan mereka itu. Semasa mereka melalui jalan lama itu, tiba-tiba pembantu abang Mat menyuruh abang Mat supaya berpatah balik pada jalan besar yang lebih jauh disebabkan pembantunya termakan dengan kata-kata penduduk kampung sebentar tadi. Abang Mat menenangkan pembantunya bahawa kalau terjadi apa-apa nanti, abang Mat akan tanggung semua sekali walaupun dalam hati abang Mat timbul pula rasa kecut. Maka mereka tetap meneruskan perjalanan mereka sehingga mereka terserempak dengan seorang penduduk kampung yang telah berkata kepada mereka sebentar tadi dengan perkataan, "jalan itu banyak jin". Setelah mereka terlihat seorang penduduk kampung itu, maka mereka terpandang sesuatu yang amat mengejutkan....... Saksikan kisah selanjutnya pada komik di bawah.......

 



Add caption




This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Lawak Jalan Pintas

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×