Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ada Duit, Boleh Jadi... Tak Ada Duit, Boleh Jalan...

Tuan empunya kedai runcit tidak mahu menolong Haji Sood untuk menghantar barangan Haji Sood ke rumah beliau disebabkan tidak ada orang yang hendak jaga kedainya. Maka, dia menyuruh Pian untuk menolong Haji Sood menghantar barangan ke rumah Haji Sood itu. Sungguhpun demikian, Pian tidak sudi untuk menolong Haji Sood disebabkan insiden yang lepas dalam entri ini, [Angkat Barang Suruh Wakilkan Orang, Tapi Angkat Tayar Boleh Pulak?]. 

Pian mahukan upah daripada Haji Sood untuk penghantaran barangan beliau. Lalu, Haji Sood menawarkan upah kepada Pian sebanyak RM50... Namun begitu, dengan tidak semena-mena tuan kedai runcit begitu pantas menyambar tawaran daripada Haji Sood dalam keadaan bersedia untuk menghantar barangan Haji Sood tersebut. Pulak dah... Inilah yang dikatakan, orang nak minta tolong diberinya alasan bahawa dia tak dapat nak tolong, tapi kalau disertakan dengan wang, laju saja pertolongan itu. Hahahahaha...

Hendak, seribu daya... Tak hendak, seribu dalih... Ada duit, boleh jadi... Tak ada duit, boleh jalan...




This post first appeared on Blog Not Found, please read the originial post: here

Share the post

Ada Duit, Boleh Jadi... Tak Ada Duit, Boleh Jalan...

×

Subscribe to Blog Not Found

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×