Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mengapa Sesetengah Video Menjadi Viral


Dalam dunia internet hari ini, salah satu cara untuk membuatkan video anda dilihat oleh orang ramai adalah dengan membiarkannya menjadi viral. Tetapi mengapa sesetengah video menjadi viral dan sesetengah yang lainnya pula tidak?

Formula untuk viral adalah dengan membuatkan setiap seorang penonton menunjukkan (berkongsi) video anda kepada seorang penonton yang baru. Seorang penonton berpengaruh (influencer) pula berperanan mempengaruhi lebih 80% penonton baru video anda. Jadi, kunci kepada keupayaan video anda untuk menjadi viral adalah dengan mencapai penonton berpengaruh ini.

Jom hasilkan video penerangan beranimasi yang unik dan menarik untuk perniagaan, produk atau perkhidmatan anda dari Fanikatun Creative House.

Kajian menunjukkan bahawa terdapat dua penggerak utama dalam menjadikan video anda viral. Ia adalah:


  • Motivasi sosial
  • Sambutan psikologi


Motivasi Sosial merujuk kepada sebab mengapa seseorang penonton berkongsi video anda. Ia mungkin hanya sekadar ekspresi diri. Video adalah satu medium yang mempunyai banyak peluang untuk dikongsi kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis motivasi.

Sambutan Psikologi pula merujuk kepada bagaimana video anda menyentuh perasaan penonton. Adakah penonton berasa marah, tidak berpuas hati atau sebagainya. Mengikut kajian, tidak kira sama ada video anda memberi emosi positif ataupun negatif, kedua-duanya mampu menjadi viral. Secara umumnya, video yang mempunyai elemen luar jangkaan ataupun kejutan adalah yang paling berpotensi untuk menjadi viral.

Penonton hari ini mempunyai kuasa untuk memilih video yang mereka lihat. Pastikan anda menghasilkan suatu video yang layak dengan masa dan perasaan mereka.




This post first appeared on Fanikatun Creative House, please read the originial post: here

Share the post

Mengapa Sesetengah Video Menjadi Viral

×

Subscribe to Fanikatun Creative House

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×