Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

TANAMAN SERAI

PANDUAN MENANAM SERAI
PENGENALAN
Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.
Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di
negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran
minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH
Tanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

BAHAN TANAMAN
Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN
Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.
Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.
Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o. Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur.
Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2 Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

KAWALAN RUMPAI
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENUAIAN
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15 cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.
Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung
kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.

KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN
Dalam keadaan sekarang, dimana bilangan petani yang menanam serai makan secara komersial masih terhad, pendapatan yang didapati adalah agak lumayan untuk kegunaan segar. Dengan harga di peringkat ladang antara 2 dan 3 sen/batang (harga di Lembah Kelang). Pendapatan kasar semusim antara RM 10,000 dan RM 20,000 boleh diperolehi dari sehektar tanaman. Kos pengeluaran dianggarkan antar RM 3,000 hingga RM 4,000 sehektar.

PENGIRAAN BAJA UNTUK TANAMAN SERAI
Kali ini kita cuba budget-budget penggunaan baja untuk rancangan tanaman serai. Pengiraan ini adalah mengikut kadar kesesuaian dan performance baja kompos & foliar keluaran Alfa-G, maka tuan-tuan boleh memahami serba sedikit anggaran kasar yang dibuat dalam budgeting ini.

ANGGARAN PENGGUNAAN BAJA UNTUK SEEKAR TANAMAN SERAI
(Pelan Organik Alfa-G)
1 ekar = 43 560 kaki persegi,
jarak perdu = 3.5 kaki @ 12.25 kaki persegi. Maka
1 ekar = 43 560/12.25 = 3,556 perdu serai (maksimum)

A. BAJA KOMPOS
1 perdu serai memerlukan 300gram kompos ( anggaran 1 tin susu pekat)
3,556 perdu x 0.3gm = 1,066.8kg / ekar

B. BAJA FOLIAR / SEMBURAN
Kapasiti 1 tong penyiram = 13 liter
25ml baja foliar untuk setiap 1 liter air
Maka, 1 tong penyiram = 13 x 25ml = 325 ml foliar / tong
1 tong penyiram = 25 perdu serai
3,556/25 = 142.24 tong penyiram / ekar
142.24 tong/ ekar x 325ml baja foliar/tong
= 46 228 ml @ 46.2 liter/ekar

C. PENGGUNAAN SEMUSIM (ANGGARAN 6 BULAN):
KOMPOS - 1 TIN SUSU PEKAT/PERDU (300GRAM)
- JARAK ANTARA DUA PERDU = 3.5 KAKI PERSEGI
- 4 PERDU SERAI/ LUBANG (LUBANG BAJA DI PUSAT 4 PERDU SERAI)
- SEKALI PEMBAJAAN SEMUSIM
FOLIAR - - 2 MINGGU @ SEBULAN SEKALI SEMBURAN
-MINIMUM 2 BULAN SEKALI SEMBURAN
Lubang baja untuk kompos adalah di pusat kubik antara 4 perdu serai (penjuru kubik).
Ia menyebabkan akar dan anak serai tumbuh ke dalam kubik, ke arah baja. Jimat kos dan penggunaan baja lebih optimum.

D. LANGKAH PENYEDIAAN TANAH / RAWATAN TANAH
1. PELAU TANAH
2. KAPUR (TEMPOH: 2 MINGGU)
1 EKAR = 7 BEG KAPUR
23 EKAR = 23 X 7 = 161 BEG
1 BEG = 50KG
161 BEG X 50KG = 8050 KG
3. ROTOR
4. BAJA
5. TANAM SERAI

Kalau menggunakan baja organik ALFA-G, beginilah anggaran penggunaan baja untuk tanaman serai. Foliar tu sebaik-baiknya 2 minggu sekali dipakai.


This post first appeared on MAHSEER BREEDING And GOLD BULLION NEWS, please read the originial post: here

Share the post

TANAMAN SERAI

×

Subscribe to Mahseer Breeding And Gold Bullion News

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×