Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perbezaan Sistem Operasi 32 Bit Dengan 64 Bit

Pada kali ini blog Hackjela berkongsi maklumat tentang Perbezaan Sistem Operasi 32 Bit Dengan 64 Bit. Korang tahu atau tidak mengenai perbezaannya? 


Dalam bab komputer, kita selalu mendengar perkataan 32 dan 64 bit. Teknologi ialah sesuatu yang dinamik dan sentiasa berkembang pesat. Kadang-kadang, bila sesuatu produk yang baru dijual di pasaran, belum sempat untuk majoriti pengguna membelinya, sudah ada pula produk yang lebih canggih.

Dahulu, Windows XP. Sekarang, Windows 8. Next 2 years? Apa pula?

Windows Xp       32 bit
Windows Xp       64 bit
Windows Vista    32 Bit
Windows Vista    64 bit
Windows 7          32 bit
Windows 7          64 bit
Windows 8          32 bit
Windows 8          64 bit


32 Bit Dengan 64 Bit

Dalam penggunaan komputer peribadi, 32-bit dan 64-bit mengacu pada jenis unit pengolahan pusat, sistem operasi, driver, program perangkat lunak, dan lain-lain yang memberikan kelebihan masing-masing. Hardware dan software 32 bit sering disebut dilabel sebagai x86 atau x86-32. Hardware  dan software 64-bit sering dilabl sebagai x64 atau x86-64.

Ramai yang belum memahami apakah itu perbezaan OS 32 bit dan 64 bit. Pengguna hanya tahu bahawa software Operating System 64 bit lebih baik dari 32 bit, dan mereka terus membeli, tanpa usul periksa. Akhirnya, software 64 bit tersebut tidak dapat di install. Mengapa?

System 32-bit menggunakan data dalam saiz 32-bit manakala system 64-bit menggunakan data dalam saiz 64-bit. Secara teori, lebih banyak data yang dapat diproses sekaligus, sistem akan lebih cepat beroperasi. Oleh itu, perbezaan ini dapat memberikan perbezaan terhadap prestasi antara 32 bit dan 64 bit, di mana terdapat kelebihan terhadap 64-bit dalam kemampuan menggunakan jumlah data yang lebih besar dari memori fisikal.

Tetapi penggunaan software OS 32 bit dan Os 64 bit harus mengikuti hardware yang serasi. samada komputer anda boleh menggunakan OS 64 bit atau hanya dapat menggunakan OS 32 bit. Kebanyakan processor terdahulu berasaskan 32-bit, dan 32-bit tidak dapat menggunakan system OS 64 bit. Dengan perkembangan teknologi, hanya processor terbaru sahaja yang mampu menggunakan OS 64 bit. 


Oleh kerana kemampuan OS 64 bit, terdapat 'drawback' daripada kelebihan yang dimiliki. Berbanding OS 32 bit, OS 64 bit memerlukan penggunaan tenaga yang lebih tinggi. Sebab itulah, jika anda perasan, pada notebook yang kecil, processor yang digunakan ialah Intel Atom dan berasaskan 32 bit. Ini kerana 32 bit memerlukan tenaga yang lebih rendah, di samping dapat mengurangkan haba yang terhasil semasa beroperasi. Ini kerana, kebiasaannya, notebook yang kecil memiliki sistem pengudaraan yang tidak baik, seperti, kipas yang kecil, rpm kipas yang rendah, dan heatsink rod yang pendek.

Sedikit lagi maklumat mengenai processor 32 bit dengan 64 bit, pada dasarnya, komputer menyimpan data dalam bentuk bit dengan nilai 1 atau 0, itu disebut “digit biner”. Digit biner aliran 1 dan 0, seperti urutan digit 100100100111. Bit-bit ini juga menunjukkan bagaimana prosesor Anda melakukan perhitungan. Dengan menggunakan prosesor 32 bit, dapat mewakili digit 0 sehingga 4,294,967,295 sementara untuk processor 64-bit dapat mewakili digit 0 sehingga 18,446,744,073,709,551,615.


Kesimpulannya:

Jika anda inginkan prestasi, pilih lah komputer berasaskan 64 bit.
Jika anda inginkan kos yang lebih rendah, pilih lah komputer berasaskan 32 bit.


This post first appeared on HackJela Bro!, please read the originial post: here

Share the post

Perbezaan Sistem Operasi 32 Bit Dengan 64 Bit

×

Subscribe to Hackjela Bro!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×