Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

10 Tempat Berhibur Untuk Dilawati di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang indah, berbilang kaum, dan mempunyai banyak tarikan pelancong. Semasa anda meneroka Tempat-tempat menarik di Malaysia, pastikan juga untuk mencari tempat-tempat hiburan. Sebagai contoh, jika anda sering bermain kasino dalam talian seperti 7Slots Casino, jangan lupa untuk melawat Genting Casino juga. Dalam artikel ini, kami akan memberikan cadangan tempat-tempat hiburan yang boleh dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

10 Tempat untuk Dilawati di Malaysia

Selain pantai dan laut yang indah, Malaysia juga mempunyai tempat atau kawasan Aktiviti untuk berhibur, antaranya ialah:

  1. Sunway Lagoon
  2. Escape Challenge Adventure Park
  3. VAR Live
  4. Jumpstreet Asia Trampoline Park
  5. SuperPark Malaysia
  6. District 21
  7. LegoLand
  8. Escape Room Breakout
  9. i-City Leisure Park
  10. Air Rider 1 Utama

1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon, di Bandar Sunway yang terbahagi kepada 6 zon, taman tema ini menawarkan pelbagai hiburan seperti roller coaster, gelongsor air, rumah hantu, dan banyak lagi. Anda dan keluarga akan dapat merasai pengalaman mendebarkan dan penuh cabaran, serta menikmati hujung minggu yang istimewa.

Terdapat juga aktiviti lasak yang boleh dicuba seperti Vuvuzela, corong air tertinggi dan terbesar di dunia dengan 11 tingkat. Jika berani, ada juga pilihan bungee jump dari ketinggian 9 tingkat.

2. Escape Challenge Adventure Park

Escape Challenge Adventure Park di Paradigm Mall, merupakan alternatif bagi Escape Penang. menawarkan aktiviti mencabar dalam taman tema indoor seluas 35,000 kaki persegi. Wall climbing, zip-lining, dan cabaran bertali merupakan beberapa aktiviti yang boleh dinikmati walaupun berada dalam pusat membeli-belah.

Beralamat di Tingkat G, Paradigm Mall, 47301 Petaling Jaya, anda boleh datang pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Manakala, Isnin ditutup untuk penyelenggaraan keselamatan.

3. VAR Live

Bagi para peminat permainan atas talian atau Gamer, VAR Live di MyTown Shopping Centre adalah destinasi yang sempurna. Ia merupakan sebuah pusat hiburan dan taman tema bertemakan realiti maya atau virtual reality (VR). Di sini, anda dapat menikmati 13 jenis permainan VR termasuk Crazy Rush dan Zombie Jail.

Permainan jenis ini dapat menghadirkan pengalaman yang menyeronokkan seolah-olah anda berada dalam permainan itu. Dengan teknologi VR terkini, VAR Live menawarkan pengalaman yang luar biasa untuk anda dan keluarga.

4. Jumpstreet Asia Trampoline Park

Jumpstreet Asia adalah taman permainan versi baharu yang menakjubkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dengan ratusan trampolin yang saling bersambung dari lantai hingga ke dinding dan pelbagai tarikan melompat di setiap lokasi. Anda harus mencuba Taman Trampolin Terbesar di Malaysia dan merasai sensasi Mencabar Graviti. Sama ada anda baharu dalam melompat trampolin atau seorang ahli atlet udara, Jump Street menawarkan aktiviti yang menyeronokkan untuk semua orang.

5. SuperPark Malaysia

Mendapat sambutan hangat di media sosial, SuperPark semestinya mempunyai aktiviti yang menarik. Pelbagai acara diadakan setiap minggu, menjadikan tempat ini sering dipenuhi pengunjung. Terbahagi kepada tiga bahagian:

a) Adventure Area

  • Ninja Track
  • Flying Fox
  • Kid’s Gym
  • Tube Slide
  • Pedal Car Area

b) Game Arena

  • Besbol
  • Boling
  • Superpinball
  • Street Soccer
  • Disc Golf
  • Hop Stepper

c) Freestyle Hall

  • Trampolin
  • Gimnastik
  • Wall climbing
  • Skate
  • Air Bag
  • Iwall

6. District 21

Jika anda sukakan aktiviti lasak, pasti anda tahu rancangan Ninja Warrior. Di District 21, anda dapat bermain aktiviti latihan Ninja Warrior yang ekstrem. Selain itu, anda akan teruja dengan aktiviti memanjat, melompat, gelongsor, free-fall, dan terbang di sini. Terdapat pilihan aktiviti yang lebih santai seperti Tubby Ride dan YoYo Car. Semua aktiviti ini direka khas mengikut tahap kesihatan dan kebolehan individu.

District 21 yang terletak dalam pusat membeli-belah terkemuka mempunyai keluasan 700,000 kaki persegi. District 21 merupakan taman dalam IOI City Mall yang sangat popular di kalangan penduduk Kuala Lumpur. Dengan konsep taman adventure berlatarbelakangkan tema post-apocalyptic, District 21 menawarkan keseronokan yang tiada tandingannya.

7. LegoLand

LEGOLAND Malaysia Resort merupakan tempat menarik yang menawarkan permainan, gelongsor, pertunjukan, dan tarikan paling berjaya dari taman-taman LEGOLAND di seluruh dunia. Tempat ini direka khas untuk persekitaran tempatan dan meliputi kawasan yang sama luasnya dengan lebih daripada 50 padang bola sepak.

Legoland terhasil lebih daripada 15,000 model LEGO yang dibuat daripada lebih 60 juta batu LEGO. Taman-taman LEGOLAND lain terletak di Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Denmark, Jerman, Amerika Syarikat, dan United Kingdom.

8. Escape Room Breakout

Breakout adalah permainan mata-mata dan escape room terbesar di Malaysia. Breakout mempunyai empat cawangan iaitu di Avenue K, NU Sentral, The Curve dan The Shore, Melaka. Anda dapat memainkan peranan seperti mata-mata di mana anda perlu menyamar, menyorok dan menyelinap untuk menyelesaikan misi. 12 tahap escape room yang berbexa boleh dimainkan di sini.

9. i-City Leisure Park

Dikenali sebagai antara 25 teratas bagi Tempat Paling Terang di Dunia, I-City merupakan tempat yang harus dikunjungi di Malaysia. Dengan sebesar 25 ekar, I-City mempunyai 4 jenis presint:

  • City of Digital Lights – lebih 1 juta lampu LED;
  • Snowalk - Salji buatan di bawah 5 darjah Celcius;
  • WaterWorld – taman tema air;
  • FunWorld - sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

10. Air Rider 1Utama

WINDLAB Indoor Skydiving atau Air Rider adalah simulasi penerjunan udara sebenar pada ketinggian 14,000 kaki. Ia merupakan tarikan sensasi yang paling hangat dan sukan terbang di Asia. Fasiliti penerjunan dalam premis yang pertama di Kuala Lumpur, Malaysia. Sesiapa yang teringin untuk terbang boleh datang ke salah satu pusat membeli-belah terbesar di dunia - 1 Utama, dan merasai sensasi terbang.

Rasai Pengalaman Hiburan di Malaysia

Malaysia mempunyai tempat menarik untuk dilawati selain daripada pantai yang indah, hutan hujan yang eksotik dan bandaraya yang moden, terdapat juga taman tema atau tempat hiburan yang menyeronokkan.



This post first appeared on Tekkaus, please read the originial post: here

Share the post

10 Tempat Berhibur Untuk Dilawati di Malaysia

×

Subscribe to Tekkaus

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×