Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Event KL Symbian Stammtisch (KLSS)

Apa dia KLSS ini? Sebelum soalan para pembaca yang budiman terjawab, adalah baiknya saya meminta saudara sekalian berbangga dengan pencapaian Anak Melayu Yang akan membawa satu revolusi dan perubahan besar kepada bangsa kita yang kerdil ini.

Siapa kenal Adli Ayob dan Asri Al-Baker ? Pasti anda terpinga-pinga. Mereka adalah Otai dan Pakar Smartphone yang diiktiraf antarabangsa, dan percayalah mereka adalah Anak Melayu yang pernah mengalami kesusahan sebelum ini. Berkat usaha gigih mereka, Sekali lagi nama anak melayu melonjak dan meletopzz di persada antarabangsa. Buktinya,… anda pasti tahu setelah melogin ke laman web Symbianku.com.

Bukti pengiktirafan yang boleh dianggap tahap dewa ini

Sekiranya ada yang tertanya-tanya apa relevannya saya siarkan artikel ini, ia ada hubungkait dengan pakar dan novice, oldtimer dan orang yang baru belajar. Dengan erti kata lain, kita belajar daripada mereka berjaya dan hebat. Tidakkah ini akan menjatuhkan jumlah pengunjung blog FATZ22?, kami di FATZ22 ada halatuju tersendiri. Kami di FATZ22 hanya ingin berkongsi ilmu dengan cara kami tersendiri, apa yang penting anak melayu haruslah maju bersama dan tidak berpecah belah.

Tak perluhlah saya berceloteh panjang, saya menyeru kepada anda untuk datang dan menyertai KLSS. Bertemulah dengan LAGENDA Symbian Melayu ini.

  • Tempat: KELANTAN DELIGHTS, 1-5, Level 1, Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur
  • Tarikh: February 10th 2010 (Rabu)
  • Masa: 5.00 petang – 7.00 malam
  • Siapa Yang Patut Hadir: (1) Pengguna Symbian, (2) Pembangun Perisian Symbian, (3) Penggemar dan ‘Pejuang’ Symbian
  • Apakah Agendanya: (1) Bertukar-tukar pandangan mengenai Symbian, (2) Makan dan Minum petang bersama kami, (3) Berkenalan dan Bermesra!
  • TAJUK / TOPIK: (1) Bagaimana Untuk Memperkenalkan Dan Mencipta Kesedaran Orang-ramai Tentang Sistem Operasi Symbian di Negara Kita. (2) Pembangun Perisian Symbian Nusantara: Idea-idea Bernas Yang Boleh Ditukarkan Menjadi ‘Perisian Symbian Masa Hadapan’ Untuk Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Siapa Lagi Yang Akan Hadir: (1) Ceo, RSEVEN.COM,  (2) K. Kugan, Malaysian Wireless, (3) Mohd. Adli Ayob, SYMBIANKU.COM, (4) Asri al-Baker, I-SYMBIAN.COM & SYMBIANKU.COM,  … dan ramai lagi!

Sekiranya saudara pembaca sekalian kurang faham dengan apa yang saya sampaikan ini, sila login ke http://www.symbianku.com/kl-symbian-stammtisch-1-adakah-anda-sudah-bersedia/.

Kami hanya menjemput anda, selebihnya tanyalah kepada yang oldtimer dan pakar. Diharap para pembaca boleh menghadirkan diri ke KLSS.




This post first appeared on FATZ 22 | GAJET BERKOMPUTER MALAYSIA, please read the originial post: here

Share the post

Event KL Symbian Stammtisch (KLSS)

×

Subscribe to Fatz 22 | Gajet Berkomputer Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×