Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengalaman Kerja Part-Time di KFC

Tags:
Pengalaman Kerja Part-Time Di KFC

Hi Assalamualaikum...

Pengalaman ? KFC ??


Bila sebut KFC, memang terngiang-Ngiang dalam kepala AYAM YANG SEDAP GILA NI 


Emmm best ke keje part time kat KFC ?

Bagi aku BEST SANGAT.. ENJOY gilerrrr

So aku mula kerja KFC masa cuti Sem 3 bulan 2017. Mula-mula Interview pun dia tanya benda basic je. Nama, Umur, dok mana, boleh tak kerja OT atau balik lewat malam. AKu OK kan ajeeee.. Hahahaha

GIMANA MAU APPLY KERJANYA PAK?
1. Make sure umur kau dah genap 16 tahun
2. Pergi KFC, mintak borang dna bawak gambar passport.
3. Lepas tu nanti dia interview kau, then kalau dapat, dia akan bagi borang untuk suntikan thypod dulu. 
4. Dah suntik tu, nanti pegi balik bagi certificate suntikan tu kt Manager dan dia bagi korang pakaian serta shift kerja korang.
5. sehari selepas suntikan, korang dah boleh mula bekerjaaaaa.


Ok So KFC tempat aku kerja ni terbahagi kepada 4 Department.

1. COOK

Cook ni tugas dia dari pagi sampai balik basuh ayam, marinate ayam, tepungkan ayam, goreng ayam, angkat ayam, bersihkan kolah goreng ayam dan segala-galanya berkaitan dengan ayam. Ye la KFC mesti la ayam kan. KehKehKehhh..
So aku pernah sekali di department ni, penat namateyyy especially time closing. Kena basuh kolah masak ayam, mop lantai, main ngan minyak-minyak bagai. Hahahahaha. Penat tapi kerja diorang paling cepat siap. Pukul 9 dah closing dah diorang. Terus setel kerja diorang. Relax-Relax sajaa laaaa.

2. BACKUP

Backup department ialah yang berada di belakang cashier. Backup ni kerja dia goreng fries, goreng nugget, buat burger, twister segala bagai tu. Department ni agak penat jugak laa. Tapi aku tak pernah pun berada disini. Cuma tolong-tolong sikit tu ada laaa.. Di Department ni memang kerja kena laju, kalau tak mampus kena maki dengan cashier. Hahahahahaha
Closing dia pun agak rumit jugak sebab banyak instrument kena basuh. Malam closing pun kerja diorang basuh benda-benda tu, prepare barang untuk hari esok dan sebagainya.

3. CSC (CLEANER)

CSC atau Customer Service Crew atau nama manja dia Cleaner ni Penat tapi agak ok laaaa... Sebab ko kerja sorang-sorang, tak perlu rush. Kerja ko kutip pinggan, masuk tong sampah, lap meja, mop lantai, sapu sampah jeeee.. Keja dia paling senang >_<..>Aku jadi CSC dalam 1 minggu. Nak patah tulang belakang ngan tulang kaki rasa..
Masuk morning dan Closing pun mula dengan mengemop dan diakhiri dengan mengemop. Yang penting, ko keje sorang-sorang je tanpa ada kekacauan daripada yang lain.
Tapi sekejap je laaaaaaaa sebab lepas tu aku dimasukkan ke department Cashier. YEAYYYYYY

4. CASHIER

Haaaaa ni department aku. Masa cuti sem 2017 aku cashier selepas seminggu jadi CSC. Masa cuti sem 2018 pun masuk-masuk terus je jadi cashier.. Sebab Manager aku sayang dan kenal aku.. Muahahahahahah... Berbekalkan sedang belajar (Degree) ni membuatkan diorang konfiden nak letak aku jadi cashier. Riak takkkk !! Hahahahahaha...

Kerja cashier best dan senang sebab ambik order, setal payment, siapkan order dan bagi kat customer. HABISSSS... Paling tak best kalau customer ramai gilaaaaa dan barang banyak pending. Haaaaa tu sakit jiwa sikit laaaa.. Pernah sekali customer ramai, tapi ayam habis. Kena tunggu 20 minit. Tak ke rasa takut kena maki cashier kat depan tu ????????

Tapi aku chill jeee.. Kalau aku takut, aku lari kebelakang. Hahahahahaha. Terus manager aku ambik alih kaunter. Tapi sepanjang keja situ, aku suka jaga kaunter tu. Kalau boleh kaunter aku, aku tak nak orang lain pegang. Nanti short duit, mati aku. Tapi manager tempat aku OK sangat..

Sir Ibrahim, Miss Serena dan Miss Shally.

Paling aku sayang Miss Shally
Me and My Counter.. Hahahahaha

Macam tempat aku, shift ada 3.

MORNING - 7 pagi - 3 petang
MIDDLE - 11 Pagi - 7 malam
CLOSING - 3 Petang - 11 Malam

KELEBIHAN KERJA KFC

OK so banyak sebenarnya kerja KFC ni

1. Kerja ikut shift. So takda penat sangat

2. Makan Free.... Ada staff mail. So tak de ko berlapar dan nak fikir makan ape kaannn.. KFC Free kottttt

3. Kawan-kawan kat sana semua sporting. Manager aku pun sporting. Cuma sorang je tak berapa nak sporting. Hehehe

KEKURANGAN KERJA KFC

1. Gaji murah dan lambat masuk.. Errmmm No komen laahhh. Sejam pun dibayar RM4.80 jeeeee. So sebulan tu boleh la dalam 1K. Kalau OT lebih sikit ada laaa 1.5K.. Lambat dalam seminggu camtu lah..

2. PENAT ? Errmmm takda kerja yang tak penat kan. Tapi OK laaa sebab makan pun dah free, customer pun bukan selalu ada. Kadang-kadang kosong je kedai. Huhuhu

3. Manager ?? Ermmmm Alhamdulillah 2/3 manager aku OK. Sorang je tak berapa ok. Tapi since tahu aku ada degree, baru laaa dia baik sikit. Hmmmmm. (Bangga nyahhh)

4. Jadual tak menentu.. AGak laaa.. Kadang-kadang, jadual tukar last minit, yang patutnya balik kul 3, extend sampai closing. Tapi aku ok jeeee sebab cashier takda la penat mana ponnn.. Gaji pun masyuk kalau OT. OT gaji mahal dari biasa, Ahahahahaha. Sebab tu aku suka OT.



ni Mei Ling.. Ni partner cashier aku.
Ada satu waktu tu short staff, sampai aku dengan mei ling bergilir-gilir morning closing. Sehari sampai kerja 16 jam. Tapiiiii, gaji masyuk gila babeeee

Me and My Manager yang sporting. Sir Ibrahim and Miss Shally.
Closing ngan diorang best. Sebab selalu bawak balik makanan lebih ke rumah dan sambung melantak kat umah. Hahahaha

OK sekian sahaja bebelan aku buat kali ini.

Kalau ada apa-apa soalan boleh komen dibawah okkkk 
:)







This post first appeared on Dreaming Big Enough, please read the originial post: here

Share the post

Pengalaman Kerja Part-Time di KFC

×