Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Solat Sunat Rawatib

Jadual Solat Sunat Rawatib 12 Rakaat Amat Digalakan

Solat sunat rawatib dengan 12 rakaat daripadanya amat digalakan seperti didalam jadual diatas.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ


“Barangsiapa merutinkan Solat Sunnah dua belas rakaat dalam sehari, maka Allah akan membangunkan bagi dia sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat tersebut adalah empat rakaat sebelum  zuhur, dua rakaat sesudah zuhur, dua rakaat sesudah maghrib, dua rakaat sesudah ‘Isyak, dan dua rakaat sebelum subuh.” (HR. Tirmidzi, no. 414; Ibnu Majah, no. 1140; An-Nasa’i, no. 1795. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini hasan)

Huraian Ringkas Solat Sunat Rawatib

Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat.Selain solat-solat fardhu yang wajib dilakukan oleh orang-orang islam,solat Sunnah juga dilakukan sebagai tambahan kepada ibadah solat.Ianya disebut sebagai solat sunnah atau solat sunat.Solat sunat ini memiliki banyak kebaikan dan kelebihanya tersendiri.Oleh kerana itu,orang-orang islam sering dilihat mengerjakan solat yang baik.Sebenarnya,solat-solat ini adalah solat-solat sunnah iaitu tambahan kepada ibadah fardhu mereka.Ganjaran pahala serta kedudukan orang-orang melakukan solat-solat sunnah juga besar dan berbagai manfaat yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka.Ia dilakukan secara bersendirian,manakala solat fardhu dilakukan secara berjemaah (yang digalakan) dan boleh dilaksanakan bersendirian di ruang solat di rumah atau surau-surau di tempat kerja.Inilah keunikan solat didalam agama islam.Solat-solat sunnah dapat membuktikan ikhlasan hati beribadah kepada Allah s.w.t yang tidak ada sesiapa melihatnya melainkan Allah dan dirinya sahaja yang mengetahui apakah dirinya telah melakukan solat tersebut tanpa menyebutnya di khalayak ramai.Solat sunat tersebut tetap dicatit didalam kitab amal untuk menerima balasan sebagai ganjaran daripada Allah s.w.t di akhirat kelak.Allahualam.

Solat sunnah rawatib adalah solat sunnah yang mengiringi solat lima waktu. Solat sunnah rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib disebut solat sunnah qabliyah. Sedangkan sesudah solat wajib disebut solat sunnah badiyah.
Di antara tujuan disyari’atkannya solat sunnah qabliyah adalah agar jiwa memiliki persiapan sebelum melaksanakan solat wajib. Perlu dipersiapkan seperti ini kerana sebelumnya jiwa telah disibukkan dengan berbagai urusan dunia. Agar jiwa tidak lalai dan siap, maka ada solat sunnah qabliyah lebih dulu.
Sedangkan solat sunnah badiyah dilaksanakan untuk menutup beberapa kekurangan dalam solat wajib yang baru dilakukan.Kerana pasti ada kekurangan di sana-sini ketika melakukannya.

Keutamaan Solat Sunnah Rawatib

Solat adalah sebaik-baik amalan


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمُ الصَّلاَةُ

“Ketahuilah, sebaik-baik amalan bagi kalian adalah solat.”[1]


Tinggikan Darjat 


Solat-solat sunnah akan dapat meninggikan darjat seseorang di syurga kerana banyaknya solat tathowwu’ (solat sunnah) yang dilakukan.
Tsauban –bekas budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam– pernah ditanyakan mengenai amalan yang dapat memasukkannya ke dalam syurga atau amalan yang paling dicintai oleh Allah. Kemudian Tsauban mengatakan bahawa beliau pernah menanyakan hal tersebut pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lantas beliau menjawab,


عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلاَّ رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً

“Hendaklah engkau memperbanyak sujud kepada Allah kerana  tidaklah engkau bersujud pada Allah dengan sekali sujud melainkan Allah akan meninggikan satu darjatmu dan menghapuskan satu kesalahanmu.”[2] Untuk memperbanyakan sujud,maka dilakukan caranya adalah dengan solat-solat sunnah yang di anjurkan oleh Rasulullah s.a.w.


Solat Sunat Melengkapi Solat Fardhu

Solat-solat fardhu kemungkinan terdapat kekurangan tanpa disedari.Solat-solat sunat dapat melengkapi solat-solat sunat dan menutupi kekurangan yang timbul ketika solat fardhu sekaligus menyempurnakan amalan soalt fardhu yang akan dihisab di hari akhirat.

Seseorang dalam solat lima waktunya seringkali mendapatkan kekurangan di sana-sini sebagaimana diisyaratkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,


إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرِفُ وَمَا كُتِبَ لَهُ إِلاَّ عُشْرُ صَلاَتِهِ تُسْعُهَا ثُمُنُهَا سُبُعُهَا سُدُسُهَا خُمُسُهَا رُبُعُهَا ثُلُثُهَا نِصْفُهَا

“Sesungguhnya seseorang ketika selesai dari solatnya hanya tercatat baginya sepersepuluh, sepersembilan, seperdelapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga, separuh dari solatnya.”[3]

Untuk menutup kekurangan ini, disyari’atkanlah solat sunnah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلاَةُ قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلاَئِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِى صَلاَةِ عَبْدِى أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِى فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ

“Sesungguhnya amalan yang pertama kali akan diperhitungkan dari manusia pada hari kiamat dari amalan-amalan mereka adalah solat. Kemudian Allah Ta’ala mengatakan pada malaikatnya dan Dia lebih Mengetahui segala sesuatu, “Lihatlah kalian pada solat hamba-Ku, apakah sempurna ataukah memiliki kekurangan? Jika solatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun, jika solatnya terdapat beberapa kekurangan, maka lihatlah kalian apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunnah? Jika ia memiliki solat sunnah, maka sempurnakanlah pahala bagi hamba-Ku dikeranakan solat sunnah yang ia lakukan. Kemudian amalan-amalan lainnya hampir sama seperti itu.”[4]


12 Rakaat Solat Sunnah Di Janjikan Rumah Di Syurga

Diberikan sebuah rumah disyurga adalah satu janji yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w kepada mereka yang memelihara solat sunat 12 rakaat.

Dari Ummu Habibah –isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam-, Rasulullah shallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


« مَنْ صَلَّى اثْنَتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِى يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِىَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa mengerjakan solat sunnah dalam sehari-semalam sebanyak 12 raka’at, maka kerana sebab amalan tersebut, ia akan dibangun sebuah rumah di syurga.”

Cuba kita lihat, bagaimana keadaan para periwayat hadits ini ketika mendengar hadits tersebut. Di antara periwayat hadits di atas adalah An Nu’man bin Salim, ‘Amr bin Aws, ‘Ambasah bin Abi Sufyan dan Ummu Habibah –isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam– yang mendengar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam secara langsung.

Ummu Habibah mengatakan, “Aku tidak pernah meninggalkan solat sunnah dua belas raka’at dalam sehari sejak aku mendengar hadits tersebut langsung dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. ”

‘Ambasah mengatakan, “Aku tidak pernah meninggalkan solat sunnah dua belas raka’at dalam sehari sejak aku mendengar hadits tersebut dari Ummu Habibah.”

‘Amr bin Aws mengatakan, “Aku tidak pernah meninggalkan solat sunnah dua belas raka’at dalam sehari sejak aku mendengar hadits tersebut dari ‘Ambasah.”

An Nu’man bin Salim mengatakan, “Aku tidak pernah meninggalkan solat sunnah dua belas raka’at dalam sehari sejak aku mendengar hadits tersebut dari ‘Amr bin Aws.”[5]

Yang dimaksudkan dengan solat sunnah dua belas raka’at dalam sehari dijelaskan dalam riwayat At Tirmidzi, dari ‘Aisyah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

“Barangsiapa merutinkan solat sunnah dua belas raka’at dalam sehari, maka Allah akan membangunkan bagi dia sebuah rumah di syurga. Dua belas raka’at tersebut adalah empat raka’at sebelum  zuhur, dua raka’at sesudah zuhur, dua raka’at sesudah maghrib, dua raka’at sesudah ‘Isyak, dan dua raka’at sebelum subuh.”[6]

Hadits di atas menunjukkan dianjurkannya merutinkan solat sunnah rawatib sebanyak 12 raka’at setiap harinya.[7]

Dua belas raka’at rawatib yang dianjurkan untuk dijaga adalah:empat raka’at sebelum Zuhur, dua raka’at sesudah Zuhur, dua raka’at sesudah Maghrib,dua raka’at sesudah ‘Isya’, dua raka’at sebelum Subuh.


Solat Sunnah Sebelum Subuh Dan Solat Sunnah Fajar

Solat sunnah sebelum subuh sama maknaya dengan solat sunnah fajar.Cuma sebutanya berlainan.Terkadang disebut solat sunnah fajar disatu tempat atau negeri,terkadang disatu negeri atau tempat lain disebut solat sunat sebelum subuh.Secara pokoknya sama sahaja iaitu dilakukan sebelum solat fardhu subuh.Solat ini juga disebut solat sunnah subuh.

Solat sunnah sebelum subuh adalah Qabliyah begitu juga solat sunnah fajar adalah Qabliyah iatu dilakukan sebelum solat subuh.Maksud Qabliyah adalah sebelum.Manakala Badiyah adalah selepas.Walaubagaimanapun,terdapat perbezaan pendapat mengenai maknanya.Perbezaan pendapat tidak penulis nukilkan disini.Walaupun terdapat perbezaan disitu,yang diberikan tumpuan disini adalah solat sunat Qabliyah iaitu 2 rakaat sebelum subuh.Tentang perbezaan solat sunat fajar dan sebelum subuh akan dihuraikan didalam bab yang lain,inn syaAllah.


Waktu Mengerjakan Solat Sebelum Subuh

Juga hadits Hafsah r.a. "Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila muazzin senyap daripada azan Subuh, dan fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat yang ringkas sebelum didirikan solat". Direkod oleh Muslim (no: 723).


Sabit dalam amalan Rasulullah SAW mengqadha' solat sunat. Dalam hadis Ummu Salamah r.a. katanya: Nabi SAW pernah bersolat dua rakaat selepas Asar, lalu aku menyoal baginda tentangnya. Sabdanya: Sekumpulan manusia dari suku Abd Qais datang kepadaku, dan mereka menyibukkan aku daripada dua rakaat selepas Zohor. Maka inilah (qadha) dua rakaat tersebut". Direkod oleh Bukhari (no: 1176), dan Muslim (no: 834).

Solat sunat sebelum subuh dilakukan setelah azan dikumandangkan iaitu dilaksanakan selepas azan subuh dan sebelum solat fardhu subuh..Juga hadits diatas solat sunat boleh diqadhakan bersandarkan pada hadits Rasulullah s.a.w.Allahualam.

Amalan Yang Sedikit Tapi Berterusan


Dari ’Aisyah –radhiyallahu ’anha-, beliau mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,


أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang kontinu walaupun itu sedikit.” ’Aisyah pun ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya.

An Nawawi rahimahullah mengatakan, ”Ketahuilah bahwa amalan yang sedikit namun istiqomah dilakukan, itu lebih baik dari amalan yang banyak namun cuma sesekali saja dilakukan. Ingatlah bahawa amalan sedikit yang rutin dilakukan akan membuahkan amalan ketaatan, dzikir, pendekatan diri pada Allah, niat dan keikhlasan dalam beramal, juga akan membuat amalan tersebut diterima oleh Sang Khaliq Subhanahu wa Ta’ala. Amalan sedikit namun berterusan dilakukan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat dibandingkan dengan amalan yang sedikit namun sesekali saja dilakukan.”

Ibnu Rajab Al Hambali menjelaskan, ”Amalan yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam adalah amalan yang kosisten dilakukan (istiqomah). Beliau pun melarang memutuskan amalan dan meninggalkannya begitu saja. Sebagaimana beliau pernah melarang melakukan hal ini pada sahabat ’Abdullah bin ’Umar.”[8]

Rujukan:
[1] HR. Ibnu Majah no. 277, Ad Darimi no. 655 dan Ahmad (5/282), dari Tsauban. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[2] HR. Muslim no. 488.
[3] HR. Abu Daud no. 796 dan Ahmad (4/321), dari ‘Ammar bin Yasir. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan.
[4] HR. Abu Daud no. 864, dari Abu Hurairah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[5] HR. Muslim no. 728.
[6] HR. Tirmidz no. 414, dari ‘Aisyah. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
[7] Lihat Bughyatul Mutathowwi’fii Sholati At Tathowwu’.
[8]Fathul Baari lii Ibni Rajab, 1/84, Asy Syamilah



This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Solat Sunat Rawatib

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×