Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa Yang Catnip Lakukan Pada Kucing?


Bau catnip mempunyai kesan yang agak kuat ke atas kucing. Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh American Chemical Society mendapati bahawa nepetalactone dalam catnip akan mengikat kepada reseptor olfaktori di dalam hidung kucing dan mencetuskan tindak balas neurologis euforia(rasa sedap/senang). Walau pun begitu, pakar masih tidak pasti dengan tepat mengapa catnip akan mencetuskan respon emosi yang sedemikian rupa.

BACA INI JUGA: Catnip Tu Apa Benda?

Sesetengah kucing, bagaimanapun, akan menjadi agresif dan bukannya euforia apabila mereka mula membau catnip, disebabkan oleh tindak balas yang berbeza untuk kesan rangsangan yang dihasilkannya.

Memakan catnip juga akan memberi kesan kepada kucing, tetapi tidaklah sekuat seperti menghidunya. Jika dimakan kucing, catnip cenderung membuat kucing "mellower" atau lebih tenang dan bukannya gembira.

Apa pun, adakalanya, jika anda memelihara lebih daripada seekor kucing, akan ada kucing yang terus menggila bila terhidu catnip dan akan ada juga kucing yang buat dek je.

Ini sekaligus membawa erti yang bukan semua kucing akan bertindak balas kepada catnip. Para pengkaji menganggarkan hanya 50 sehingga 70 peratus daripada kucing yang akan bertindak balas terhadap catnip.


MESTI BACA INI JUGA: Pokok Catnip Dengan Pokok Kucing Galak Tu Sama Ya?

Kesimpulannya, catnip adalah tumbuhan yang selamat buat kucing anda. Namun jika anda mempunyai lebih daripada seekor kucing di rumah, sila berikan catnip secara berasingan pada awalnya kerana dikhuatiri ada kucing yang akan terlalu agresif lantas bertukar cemas dan terus mengseligi kucing anda yang lain lantas mencetuskan perang sudara yang besar. Mana lah tahu kan..  Kalau semua kucing anda ok, barulah pekena ramai-ramai.

Kesan catnip pun tidak lah begitu lama, kebiasaannya dalam 5 hingga 15 minit sahaja. Anda pun boleh mengawal kuantiti yang perlu diberikan kepada kucing-kucing anda.

Jadi, jika anda mendapati yang kucing-kucing anda sememangnya menyukai catnip, mulalah menanam pokok catnip sendiri. Bukan apa, dengan adanya catnip, sedikit sebanyak, anda boleh juga menggalakkan kucing-kucing anda untuk menjadi lebih aktif dan mengelakkan daripada perabot rumah anda daripada terus dicakar mereka.

Koyakkan atau hancurkan sahaja catnip pada tangan anda untuk mengeluarkan aromanya, dan sapukan terus pada mainan kucing atau pun tempat mencakar kucing anda. Pasti kucing-kucing anda akan menyukainya.

Sekiranya anda tidak mahu menanam pokok catnip, anda boleh sahaja mendapatkan barangan atau mainan kucing yang didatangkan dengan catnip kering kebiasaannya. Anda juga boleh mendapatkan catnip yang telah diolah menjadi penyembur.

Cuma perlu diingatkan bahawa, kesan catnip yang segar adalah lebih baik daripada catnip yang sudah dikeringkan terlalu lama.



This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Apa Yang Catnip Lakukan Pada Kucing?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×