Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Honor 20 Pro Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula 14 Ogos 2019

Honor 20 Pro merupakan salah satu telefon pintar mercu daripada pihak Honor, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik – termasuk keupayaan rakaman gambar yang sangat baik bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, Honor masih belum mengumumkan tarikh pelancaran secara rasminya. Namun, melalui penyenaraian di Shopee, ia memperlihatkan Honor 20 Pro akan dijual di Malaysia bermula 14 Ogos 2019 ini.

Honor 20 Pro hadir dengan skrin berlubang 6.26-inci, cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia adalah bateri 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang gabungan 48MP + 16MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto 32-megapixel. Mengikut skor DXO, Honor 20 Pro menerima skor 111 – kedua tertinggi diantara telefon pintar pada hari ini.

Harga jualannya masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Honor 20 Pro Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bermula 14 Ogos 2019

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×