Sebelum ini kami melaporkan Apple Imac Pro akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Disember. Hari ini tarikh pelancarannya akhirnya diketahui iaitu pada 14 Disember menerusi laman rasmi Apple Malaysia.
Dengan spesifikasi tinggi ini, ia turut memudahkan anda melakukan pelbagai penyuntingan video – terutamanya video 4K dan video 360-darjah tanpa sebarang masalah.
Buat masa ini, harga jualan tempatan untuk iMac Pro ini masih belum diumumkan. Mungkin dengan penyenaraian pada laman Apple Malaysia ini, kita akan mengetahui lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Di Amerika Syarikat, iMac Pro ditawarkan pada harga bermula $4999, iaitu sekitar RM21k.