Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sebilangan Pengguna MacBook Pro 2016 Melaporkan Masalah Papan Kekunci

Apple Macbook Pro sinonim dengan kualiti. Ramai pengguna memilih menggunakan MacBook kerana ia kurang memberikan masalah dan dapat digunakan jauh lebih lama berbanding sebuah PC. Tetapi ini tidak bermakna masalah tidak akan wujud. Sebilangan pemilik MacBook Pro 2016 kini melaporkan masalah yang melibatkan papan kekunci.

Apabila ditekan papan kekunci dengan sistem suis “rama-rama” ini mengeluarkan bunyi aneh sedangkan ia sepatutnya berfungsi dengan senyap. Ini adalah amat mengecewakan kerana MacBook Pro 2016 baru sahaja memasuki pasaran. Buat masa ini Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Masalah Papan Kekunci.

Ini bukan masalah pertama melibatkan MacBook Pro 2016. Sebelum ini terdapat masalah melibatkan kad grafik yang membuatkan paparan kelihatan bercelaru serta bateri habis terlalu pantas. Kemas kini MacOS berjaya menyelesaikan selepas beberapa bulan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sebilangan Pengguna MacBook Pro 2016 Melaporkan Masalah Papan Kekunci

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×