Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

KUASA WAHAI YAHUDI (WY)

Tags: pil kuda

PIL KUDA (WY) - WAHAI YAHUDI





Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD. Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat . Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan , sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang 

siuman serta gila yang kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat.

BAHAN-BAHAN
1.) Racun tikus – Untuk mencairkan darah dgn cepat agar penagih berasa kesannya dgn segera.
2.) Serbuk Kaca Kalimantang
3.) Pencuci lantai.
4.) Klorox.
5.) Ubat Nyamuk.
6.) Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘ dapur’ & asap yang keluar disedut. Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam. Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Kesan Pil kuda :
1.) Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik1.
2.) Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud2.
3.) Delusi – kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang3.
4.) Meth mouth –kerosakan pada gigi4.
5.) Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak5.
6.) Sawan,tegang otot,menggeletar

Beberapa lagi kesan sampingan akibat pengambilan pil kuda ini. Ini termasuk:
~Kerosakan pada gigi yang dikenali sebagai meth mouth. Ini terjadi akibat dari penurunan pengeluaran air liur, tabiat menggerudi gigi dan menggigit gigi secara tidak sengaja dan juga penjagaan gigi yang tidak teratur oleh penagih. Mereka juga kerap mengambil air yang berkabonat dan manis akibat dari perasaan dahaga yang terlampau kesan dari dadah ini.

~Kesan psikologi seperti ganas; cepat marah (irritable); tidak boleh tidur (insomnia); 
tidak dapat rehat (restless); paranoia; hallusinasi dan psikosis.

~Kesan kardiovascular iaitu tekanan darah rendah; degupan jantung yang cepat 
dan pening (dizziness).

~Kesan pada sistem saraf iaitu sakit kepala; sawan (convulsion); ketegangan otot dan menggeletar.

~Kesan-kesan lain seperti hilang selera makan; penglihatan yang kabur; diarrhea; kulit menjadi kering dan kasar; masalah jerawat dan pada dos yang tinggi, ia boleh membawa maut 
akibat serangan sakit jantung.


Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas.

Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” 
Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :
“Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.”
Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak).

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah adalah haram hukumnya seperti :

~Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
~Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
~Menjual beli dadah.
~Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan


PENGHUJUNG KEPADA PIL KUDA = GILA KEKAL 




This post first appeared on BLOG TenangJiwaKu, please read the originial post: here

Share the post

KUASA WAHAI YAHUDI (WY)

×

Subscribe to Blog Tenangjiwaku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×