Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Trending Buat Duit 2018 Seterusnya | Cepat Mudah Info Percuma


Jom check out cara buat duit online untuk 2018, dan pelajari cara terbaik untuk buat duit secara online. Percuma lak tuh, cuma perlu masa dan kesabaran. 

Jangan terpedaya kerja ni bukan skim cepat kaya, bukan mlm tapi masih boleh buat duit, boleh tambah pendapatan. Tak caya? Takpa..

Nak tahu? Baca je terus k, tertanya tanya tak macamana ramai blogger, ataupun affiliate luar Malaysia Boleh pula menjana $5000 sebulan, cuma dengan blog mereka? Jawapan mudahnya adalah : servis! Mereka mahirkan diri dan memberi servis pada pembaca! Hebat bukan?  

Susah senang?

Dah tak de peluang ke nak Buat Duit lagi secara online? Ramai yang tanya saya susah ke kalau nak buat duit online sekarang ni?

Jawapan yang selalu saya berikan adalah Yes! Memang susah.

Mana tak susahnya, saingan memang sengit untuk mendapatkan ranking di muka depan enjin carian. Ingat senang ke? hmmm cer try. Pemasar online yang berpengalaman pun sering sangat menukar nukar strategi untuk mengembangkan usaha mereka apatah lagi kita ni yang sedang merangkak.  Tapi berita baiknya masih lagi ramai yang tidak tahu cara yang terbaik dan yang boleh meningkatkan pendapatan

Jadi jangan risau, ini adalah masa yang terbaik untuk sesiapa pun untuk mula, masa ini juga terbaik mencari peluang di pasar muslim. Muslim market ni besar potensinya jangan pandang sebelah mata, rugi nanti.

Soalan kedua yang selalu saya terima ialah "saya takde pengalaman langsung ni, boleh buat duit ke online?" standard sangat soalan ni, tak pernah takde yang tanya.

Tahukah anda pengguna internet sedunia adalah dalam anggaran 3.8 Billion!  di Malaysia sahaja 24 Juta pengguna, dan pemegang akaun Facebook (Malaysia) pula adalah 19 Juta! Mak ai, jadi rasa rasa ada tidak mereka mereka yang boleh membuat duit dengan trafik sebegini? Mestilah! Mana tau anda juga mungkin antaranya sekira mempraktikan cara cara yang terbaik untuk tu, cuba ambil contoh Zalora, Lazada maupun Fashion Valet anda boleh compare kerana peluang nya sama sahaja. Mereka pun bermula bukan ada pengalaman pun!

Antara masaalah yang utama untuk tingkatkan pendapatan secara online adalah untuk 'dikenali' 'dinampak' 'dijumpai' apabila dicari!

Isu teknikalnya memang sukar, tetapi kalau anda nak tahu caranya boleh baca disini, untuk menyenangkan lagi saya cadangkan upah sahaja pakar SEO ataupun pengurus sosial media untuk proses asas ini, prosesnya agak rumit dan jika anda tiada kesabaran 'trial and error' hmmm bertambahlah sukarnya untuk tingkatkan pendapatan. Saya suka mengguna contoh Zalora, Lazada juga Shopee dan Carousell. Kerana strategi yang mereka gunakan amat berkesan.

Mana saya ada bajet pengiklanan diaorang tuh? 

Ye betul mungkin anda tiada bajet 'pengiklanan' ataupun 'pemasaran' seperti syarikat besar tetapi anda mesti ketepikan sedikit duit untuk kegunaan pengiklanan kerana di dunia buat duit online, 'exposure' adalah segala galanya. Jadi anda mesti bayar untuk mendapat pulangan, berita baiknya sebenar anda boleh mendapat exposure dan ianya taklah semahal yang disangkakan.

Alahai banyak pula bebelnya pasal isu teknikal untuk buat duit.

Baik sebenarnya post kali ini saya cuma nak memberi hala tuju pada cara terbaik untuk buat duit secara online pada tahun 2018 dan tahun tahun yang akan datang. Trending sangat topik ni dikalangan pemasar online dan sebagai pengusaha atau penjana duit online, jom kita layan cara terbaik yang sedang dibuat ramai dan anda juga boleh cuba untuk buat duit. 

Kalau anda masih tiada laman laman sosial adoi.. anda tak layak langsung nak niaga online, so  pastikan anda mula cepat! Dulu nak buat website kena upah orang tetapi sekarang ni boleh buat sendiri, ada yang percuma lak! 

Cuba Mula diSini >> Buat Laman Web 



Setelah dapatkan laman hala tuju dengan harga murah, cari pula sistem automasi emel saya cadangkan Mailchimp >>Powered by MailChimp anda perlukan sistem otomasi emel kerana emel membolehkan anda memupuk minat pada pelanggan potensi anda tu nanti.


Cara Terbaik


Sebenarnya, tiada siapa yang tau potensi utama internet. Dunia internet ni terdapat pelbagai lagi inovasi yang masih belum diketahui. Ekonomi dalam talian masih dalam era pertumbuhan, nak gali emas darinya memang boleh lagi jadi peluang anda masih terbuka.

Terdapat banyak usahawan yang ingin berniaga online tetapi tidak tahu caranya, jadi ambil kesempatan dan mahirkan diri dalam sesuatu bidang yang boleh dijadikan cara anda tambahkan pendapatan. Dunia "freelance" memang terbuka untuk semua, sebagai contoh anda boleh menuliskan artikel untuk mereka yang memerlukan content.

Ataupun jadilah 'online assistance' ataupun pengurus media sosial. Peluangnya tidak berbatas, seperkara yang anda mesti ingat visual dan desain amat penting dalam dagangan internet. Dengan adanya Photobook anda sekarang boleh menjadi penyunting gambar contohnya untuk buat duit!

Kalau tidak pun mahirkan diri dan jadi fotografer, videografer dan penterjermah. Tahukah anda jika anda juga pemberi pendapat  anda boleh buat duit! Sila buat penyelidikan topik dengan minat tersendiri , anda boleh compare semua peluang yang ada di link dibawah ni :



Inilah antara kehebatan dunia online, sesiapa sahaja boleh akses ekonomi global termasuk muslim market! Taukah anda jika anda pandai menulis anda boleh menjual ebook di Amazon dan berkemampuan untuk menjual ratusan salinan? Jika anda jual dengan harga lima ringgit pun untuk setiap buku, dengan masa tidakkah ianya nanti boleh mengubah hidup?


Dulu semua ni mustahil. Sekarang tidak lagi...


Jangan ingat nak beroperasi import / eksport  sahaja yang sememangnya agak rumit apatah lagi untuk memasuki perdagangan antarabangsa. Kita buka minda, mulakan hari saya pasti anda juga berpeluang untuk buat duit untuk tahun 2018 dan seterusnya dengan cara yang terbaik, trending dan terkini.

Telah saya kemukakan beberapa cara menarik untuk buat duit secara online tahun ini dan tahun tahun yang akan datang, mulakan sekarang kerana halangan 'teknikal' hampir tidak wujud lagi, semua dah percuma (free) ataupun senang untuk akses sendiri.

Trend terkini memang meletup letup bilangan pengusaha online maka ambilah kesempatan dan mahirkan diri dalam sesuatu bidang yang boleh membantu pengusaha online. Trending juga adalah pembelian secara online dari pengguna dan ianya tidak terhad pada pengguna Malaysia sahaja. Anda boleh berpelanggan dari seluruh dunia dan dari mana terletaknya laptop anda!

Dulu kalau nak tengok sales report dari branch luar kawasan kena guna khidmat kurier. Sekarang ni emel saja, saya syorkan agar anda guna perantaraan automasi emel yang lengkap kerana ianya pasti akan membantu menguruskan proses membina reputasi dan jalinan dengan pelanggan anda.

Tahukah anda telefon pintar pun (smartphone) baru saja 10 tahun dipasaran, dan ramai lagi yang masih mengguna telefon flip lama tu, sukar dah untuk membayangkan dunia tanpa smartphone sebenarnya kerana semua boleh dibuat dihujung jari je sekarang! Pasti ramai antara kita pun punyai pakaian yang lagi lama dari Facebook You tube maupun google. Uber sebuah syarikat yang didayakan seratus peratus dengan network online pun baru 8 tahun. Zalora dan Lazada pun baru beroperasi 5 tahun sahaja!

Hakikatnya walaupun internet dikenali sekitar tahun 1990. Dagangan di Internet baru sahaja bermula dan hanya jika kerajaan dan syarikat besar mengunci sempadannya peluang anda untuk buat duit secara online lebih baik hari ini dari hari hari sebelumnya.

Sama ada anda membuat duit sebagai seorang freelancer atau memulakan perniagaan secara online, atau menggunakan pemasaran online untuk mempromosikan perniagaan tradisional, saya percaya mereka mereka yang pandai menonjolkan pengetahuan ataupun kemahiran untuk berjaya di web akan mempunyai kelebihan.

Terima Kasih kerana sudi membaca, anda terfikir ke nak memulakan perniagaan online tahun 2018 ni? Sila tinggalkan komen diruang bawah, bolehlah saya dengar pula pendapat anda.






This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Trending Buat Duit 2018 Seterusnya | Cepat Mudah Info Percuma

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×