Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jangan terpedaya susah, senang Google ADWORDS


Bukan senang nak jadi senang tetapi kalau anda sudah tahu kos dan margin produk atau servis, penggunaan Adwords PPC dalam pengiklanan dan strategi pemasaran anda juga pasti boleh membawa pulangan yang menguntungkan.

Penggunaan Adwords PPC didalam strategi pemasaran boleh dikatakan antara cara yang paling disukai ramai untk memastikan pulangan yang melebihi 100%. Terutama sekali apabila elemen elemen pengiklan teratur dengan baik, pulangan sebegini atau lebih memang tidak dinafikan.


"Google AdWords is a marketplace where companies pay to have their website ranked at the top of a search results page, based on keywords." - Neil Patel


Amaran: Jangan TERPEDAYA dengan andaian ramai.


Tahukah anda tentang konsep Ebay? Lelongan? kerana begitulah caranya para pengiklan mengendalikan 'google adwords'. Pengiklan Atau Pemasar akan meletakkan harga pada sesuatu perkataan. Dan anda akan di caj setiap klik itu. Lelongan Adwords agak Istimewa dan beza sedikit kerana cara anda menang sesuatu lelongan perkataan itu bukan terletak hanya dengan harga tertinggi, yes tak semestinya harga lelongan tinggi akan memenangi 'perkataan' itu. Jika anda  pemasar online sudah tentu anda mengetahui bahawa kesungguhan syarikat Google serta dedikasi mereka untuk memberi pengguna pengguna mereka pengalaman yang terbaik. Oleh itu sekiranya anda ingin 'menang' di Adwords pastikan kualiti sesebuah terbitan atau iklan itu tinggi. Terbitan blog hari ini akan cuba terangkan subjek asas melakukan lelongan iklan dengan platform PPC Adwords. 
Iklan Berkualiti + Lelongan Yang Kukuh = Win!

Topik PPC Google atau lebih disenangi Adwords ini, cukup luas dan jika anda tahu kehebatannya anda juga pasti tidak mahu ketinggalan menggunankannya dalam strategi pemasaran anda. Ingat lagi pesanan dan amaran diatas tadi? Jangan terpedaya dengan kata kata para pengiklan dan pemasar  pemasar yang mengatakan bahawa semua orang boleh melakukan Adwords. Konsep nya mudah yes saya setuju, tetapi untuk menguruskan sesuatu akaun Adwords bukan sesenang yang di war warkan. 

Asas Adwords.

Jika anda tidak tahu maksudnya keyword baca dulu apa maksud keyword. Iklan yang anda sering nampak di Google, dan iklan anda nanti akan dipamerkan dengan katakunci yang anda gunakan. (Your Keywords). Google mengira klik pada iklan anda dan akan caj akaun anda untuk setiap klik. Google juga akan mengira "Impressions" anda. Impressions adalah istilah di FB Ads yang digunakan untuk bilangan kali, terbitan iklan dari halaman anda dipaparkan, tidak mengira sama ada terbitan itu diklik atau tidak. Sebagai contoh, seseorang mungkin melihat terbitan anda sekali di 'FB news feed' mereka dan kemudian pula kali kedua apabila rakan mereka berkongsinya. 
Bila anda bahagi pula 'klik' dengan 'Impression' anda akan mendapat 'CTR'. Data CTR penting kerana CTR memberitahu pengiklan atau pemasar tentang maklumat iklan dan terbitan. Mereka boleh mengenal pasti terbitan yang sedang berfungsi dengan baik dan yang tidak dengan data CTR .
Baik anggap sahaja Google AdWords berfungsi sebagai rumah lelongan "auction house". Sebagai pengguna platform, anda perlu tetapkan anggaran dan buat tawaran. Maksudnya tentukan harga yang anda sanggup bayar untuk setiap klik. (anda akan dicaj setiap klik) Jika tawaran maksimum anda ialah $5, dan ketika itu tiada siapa yang memberi tawaran lebih tinggi, jadi pastinya Google akan memaparkan iklan yang anda keluarkan kepada pengguna! Yes anda menang .. kan senang? Tak juga! Ini, cuma andaian average and best case scenarios. Hakikatnya, terdapat banyak elemen didalam pengurusan dan pemantauan akaun Adwords. Malangnya pengiklan atau pemasar harus lalui masa 'trial and error' sebelum boleh menguasai cara penggunaan yang menguntungkan. Plus side though , ianya tidak mustahil. 

Lelongan

Jangan lupa, Google akan sentiasa mendahulukan diri mereka dahulu dan semestinya akan mengambil peluang yang akan memaksimumkan pendapatan mereka, jadi, tidak dinafikan mereka akan lebih cenderung memaparkan iklan iklan oleh syarikat yang memberi tawaran (bids) yang tertinggi untuk sesuatu katakunci. Ini berdasar atas andaian bahawa semua pembida mempunyai skor kualiti yang sama. Apa pula maksud skor kualiti?
Skor Kualiti adalah metrik kiraan Google. Mereka memberi 'Skor Kualiti' berdasarkan pengalaman pengguna bila berada di halaman anda samaada laman web anda relevant dengan pencarian pengguna dan iklan anda itu sendiri. 
Macam dikatakan diawal terbitan, Google tidak akan paparkan iklan yang punyai tawaran tinggi sahaja, tidak. Jika ada pembida lain dan semuanya membuat tawaran lebih kurang daripada anda, Google akan terus optimumkan Impression dan Tawaran anda, dalam keadaan ini berkemungkinan anda akan di caj kurang dari tawaran $5 anda itu. Apa yang ingin saya kedepankan  disini adalah, sebenarnya (dalam konteks sebegini) kos untuk sesuatu klik itu boleh jadi rendah dari tawaran maksima anda, terutamanya bila iklan anda berskor kualiti yang baik. Google punyai standard tersendiri dan agak prihatin dengan pengguna servis mereka, jadi mereka lebih suka menunjukkan iklan iklan yang relevan dan yang baik sahaja pada pengguna servis mereka. Mereka juga biasa memaparkan iklan dari pengiklan yang membuat tawaran yang kurang oleh sebab kualiti skor mereka tinggi. 
Semua aktiviti diatas sia sia sahaja jika pengiklan atau pemasar tidak dapat apa apa pulangan. Proses yang dinantikan semua pengiklan dan pemasar adalah "conversion". Bagi pemilik perniagaan sesuatu jualan dinantikan, bagi pemasar pula selain jualan mereka menantikan tindakan balas dari pelawat laman atau penonton iklan. Pemasar dan pengiklan juga sering menantikan langganan emel atau pendaftaran maklumat peribadi dari penonoton iklan..

Pulangan

Selalunya apabila melibatkan diri dalam aktiviti pengiklanan online kita mahukan wang dan keuntungan bukan? tetapi awas kalau anda tidak berhati hati dengan kegunaan Adwords, beribuan wang ringgit boleh hangus dalam sekelip mata. Pastikan keutamaan diberi pada penetapan (setting) bajet dan proses kegunaan samaada harian tanpa henti atau dijadualkan. Bayangkan anda ada 10 kempen yang berbeza untuk pelbagai kata kunci, dengan belanjawan harian $20 untuk setiap satu.  Jika anda biarkan ia berjalan selama sebulan, tanpa memberi perhatian, anda pasti akan dikenakan caj $6000! 
Sebab itu "conversion" harus berlaku, supaya anda cepat mendapatkan semula wang yang anda belanjakan pada iklan. Masuk akal tidak? Untuk membuat wang dengan iklan, anda perlu jual sesuatu.

Terbitan saya seterusnya akan mencecah elemen elemen yang boleh menjayakan sesuatu iklan di Google Adwords. Saya akan cuba aturkan proses langkah demi langkah bagaimana untuk menyediakan akaun Adwords anda, dan yang boleh memastikan anda jejak tindak balas supaya dapat nanti hasil yang diinginkan.

Jangan lupa langgan blog hari ini dan dapatkan notifikasi untuk "Conversion - Macamanan nak jaya dalam iklan Google! 


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Jangan terpedaya susah, senang Google ADWORDS

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×