Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lebih Like, Komen, Langganan...Macamana nak Viralkan Sesuatu

Ramai yang mahukan lebih trafik, lebih like, lebih komen, lebih langganan dari pengguna pengguna internet. Jika anda boleh 'viral' kan sesuatu anda boleh mendapat pendedahan yang luas dalam masa yang singkat tanpa usaha yang banyak.

Semua orang punyai maksud 'viral' mereka tersendiri. Pemasar Online memandangkan istilah 'viral' agak beza dari pengguna internet biasa.

Secara amnya Sesuatu yang 'viral' dikenal pasti seperti muzik video DSV, atau muat naik berita tentang 'sesuatu kelainan' masyarakat. Tetapi bagi pemasar online pula, perkongsian, infografik serta merta dan secara automatik (walaupun hanya beberapa kali) juga dikenal pasti sebagai 'viral', kerana hakikatnya, ia agak sukar untuk mendapatkan sebarang perkongsian Viral. Statistik memberitahu bahawa cuma 15% pemasar online akan 'go viral'. Secara peribadi saya merasakan bahawa strategi viral tidak memanfaatkan strategi pemasaran content.

Terus terang boleh dikatakan sebenarnya tiada formula untuk sesuatu itu menjadi viral kerana variables nya agak banyak. 

Going Viral is not an outcome, its a happening. Sometimes it happens most times it doesn't - Iamesfair

All is not lost my friends, setelah mengkaji dan mengikuti perkembangan Izmir Mujab, Raja Video Viral di Malaysia : Maxmantv saya percaya bahawa beliau memastikan 4 langkah berikut dipraktikan untuk kedepankan contentnya di depan ramai pemerhati.

Not Easy But Not Impossible

Beri tumpuan pada tren tren serta berita terkini

Ini kerana secara psikologinya orang ramai akan 'google' atau membuat carian tentangnya. Tumpu kan perhatian kepada kata kunci dan hashtag yang 'trending'. Beri pendekatan bada Twitter kerana saya percaya platform ini mengeluarkan berita terkini dengan cukup pantas.

Hashtag dan Kata Kunci

Untuk sesuatu itu dijumpai oleh enjin carian, penggunaan hastag dan kata kunci yang mengoptimasikan carian penting apabila anda ingin 'viralkan' sesuatu. Kedepankan sebanyak kata kunci yang anda boleh di kepala post, deskripsi kandungan serta kandungan badan itu sendiri. Ingat untuk leverage kan berita terkini.

Beranikan Diri Untuk Kontroversi atau Untuk Memeranjatkan Pembaca.

Jika tumpuan utama anda untuk viral dan anda tidak menghiraukan 'negative' backlash maka keluarkanlah kandungan berunsur kontroversial - politik, agama antara yang mendapat ramai pandangan dan reaksi.

Video

Video satu satunya unsur terpenting di persada online, dan selalu sangat di kongsikan dilaman sosial. Sesetengah selebriti antarabangsa seperti Ellen De Generes dan Ashton Kutcher selalu memerhati dan mencari video yang bagus dan menarik minat untuk dipromosikan kepada pengikut mereka.

Akhir kata, sekiranya anda biasa membuat content yang viral dan tahu perkara perkara lain yang membolehkan kesenangan 'viral' kan sesuatu, maka sila komen dan kongsikan di bawah untuk manfaat semua yang membaca.

Recommended Further Read:

  


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Lebih Like, Komen, Langganan...Macamana nak Viralkan Sesuatu

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×