Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rahsia? iyeke...

Kebenaran mengenai Berniaga secara Online

Perniagaan Online bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan, dan sebenarnya sesiapa sahaja Boleh melakukannya, tetapi jika anda tidak tahu bagaimana, maka tak kira la jenis Perniagaan apa yang anda lakukan, ia akan menjadi sukar bagi anda untuk mencapai matlamat anda. Saya yakin bahawa ramai 'guru' maupun 'pakar' cuba untuk menjawab soalan "bagaimana" anda , mungkin juga memberitahu anda segala macam cara yang berbeza untuk memasarkan atau mengiklankan produk dan servis secara online, dan setiap perjalanan akan dikatakan adalah cara yang terbaik yang boleh menjana trafik, jualan, pendedahan dan sebagainya.

Tetapi sebelum bincangnya "bagaimana" kita mesti tanya dulu "apa", Bagaimana tu dah kira advance dah, kita basic dulu! Persoalan yang perlu dijawab sebelum memulakan perniagaan online anda jawab dulu "apa". Nilai diri anda terlebih dahulu dan bukan idea atau peluang tu. Jadi sebelum menceburi selok-belok pemasaran internet, ceburi diri dulu ketahui sendiri "apa" kepercayaan dan harapan anda.

Jika anda berminat dan serius untuk memulakan perniagaan di rumah dan untuk membolehkan anda terus kan perjuangan ini atas alasan yang kukuh, kita perlu dulu padamkan beberapa persepsi palsu dan bersetuju tentang beberapa yang lain mengenai jenis Perniagaan Dari Rumah atau perniagaan online. Buangkan andaian buka minda dan accept changes. Mohon maaf jika pandangan saya bukan yang disangkakan, niat saya cuma ingin memberi penjelasan dan memberi sedikit 'insights' to what online business is really about.


  1. Program yang memberi kekayaan dengan cepat. Konsep ini tidak wujud. Apabila anda membaca iklan "Mula pendapatan sekarang," sebenarnya bermakna bahawa anda boleh memulakan perniagaan anda sekarang, tetapi wang tu tidak akan datang "SEKARANG."
  2. Tidak ada program online yang akan memberi anda $ 20,000 sebulan dalam tempoh enam bulan mulanya perniagaan. Sesetengah orang mungkin boleh mencapainya, tetapi itu bukan peraturan umum yang boleh kita berpegangkan.
  3. Tiada perniagaan yang "tidak memerlukan usaha". Terutama sekali diperingkat pembangunan, bukan permulaannya ye tapi "pembangunan perniagaan". Terdapat banyak untuk dipelajari seperti membaca dan membuat penyelidikan.
  4. Tiada perniagaan yang "tidak memerlukan masa". Anda perlu ketepikan sekurang-kurangnya 3 jam sehari untuk perniagaan anda, dan dengan ini 3 jam jangan pula mengharapkan keajaiban. Sebenarnya dengan masa yang diluangkan ini bermakna anda dan perniagaan akan melihat hasil dalam masa terdekat. Yes Boleh, disinilah anda mula 'invest' diri anda sebagai seorang usahawan Internet tetapi pada kadar yang perlahan. (its an ongoing process and it is all you)
  5. Tiada perniagaan yang tidak memerlukan wang. Serius saya bila bercakap mengenai ini, perniagaan online dan perniagaan dari rumah secara umum adalah perniagaan yang bersifatkan industri perniagaan yang berpelaburan rendah. Pelaburan rendah tidak bermaksud Percuma! Untuk permulaannya bekerja diindustri ini anda perlu bajet sekitar $ 1200- $ 2000 sebulan, dan jangan percaya sesiapa yang memberitahu anda sebaliknya. Pelaburan awal mungkin tidak lebih $ 400, tetapi bagaimana pula semua aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengiklanan yang anda perlu lakukan??  Ini memerlukan wang, dan hanya jika anda mampu dengan bajet seperti di atas, anda akan boleh gerakkan perniagaan anda. Sungguhpun anda tidak akan menggunakan iklan yang dibayar 'PPC' dan anda hanya akan menggunakan kaedah percuma 'SEO' - yang sangat berkesan - anda masih perlu membeli program perisian yang akan membolehkan anda menggunakan 3 jam anda dengan cekap dan berkesan.
  6. Expect to spend the budget, habiskan jumlah di atas untuk 4-5 bulan sebelum mengharapkan apa-apa hasil. Jangan lupa ya, bahawa anda perlu melalui aliran pembelajaran terlebih dahulu sebelum apa-apa hasil boleh dijangkakan. 


Nasihat ikhlas saya kepada anda, sekiranya anda tidak dapat merangkumi idea keperluan diatas ini, JANGAN mulakan perniagaan online. Tingkatkan Ilmu tangga Kejayaan bukan? There is NO short cuts to successful online businesses. Saya alu alukan persoalan anda >> HUBUNGI SAYA

Salam Sukses Berterusan













Reena Mohamed
iamesfair
Inbound Marketing Malaysia

Did you find this article useful? Help me share the content on your social platforms


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Rahsia? iyeke...

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×