Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Info Mengenai Pemasaran Affiliate


Apa Pula Affiliate Marketing?

Di Malaysia memang popular istillah "affiliate" ni kan? Ya tidak hairanlah kerana industri pemasaran Affiliate, adalah industri berbillion DOLLAR, dan secara peribadinya saya percaya ianya adalah cara yang terbaik untuk membuat duit dengan laman web atau blog anda. (Itupun sekiranya anda tiada produk atau servis untuk dijual secara online)

Jika Laman anda penuh dengan kandungan berkualiti, maka buat anda memang terdapat ratusan Program Affiliate dan rangkaian (network) yang boleh memberi keuntungan kepada anda.

Sekiranya anda ingin menggunakan laman Web atau blog anda untuk membuat duit, pilihlah program affiliate yang betul. Pilihan yang betul untuk laman web atau blog tu boleh menjana duit sampingan pasti boleh membantu dengan belanja bulanan. SYARATNYA, hmm perkayakan kandungan laman dengan maklumat berkualiti, berikan usaha yang konsisten dan hantar trafik yang disasarkan ke laman anda. 

Inshaallah berikan ia sedikit masa untuk 'matang', sebelum anda pernampakkan hasil usaha anda.

Pengalaman mengajar saya cuma ianya agak memakan sedikit masa untuk menentukan cara apa dan gaya mana yang sesuai untuk sesuatu 'conversion'. Jadi luangkan lah sedikit masa and find out for yourselves what is converting and what is not.

Program Affiliate dan Network Affiliate : What It Is and What It is Not

Baik saya mula dengan Program Affiliate, ianya boleh dikatakan sebagai sebuah perjanjian antara pengiklan (Advertiser) dengan penerbit (Publisher). Contoh : Sekiranya saya cipta software atau aplkasi phone tersendiri lalu membuat promosi dan menjualnya diblog saya, saya boleh generate income lebih dengan mengajak/menjemput pembaca blog saya untuk turut mempromosikannya. In return for a purchase made through the promotion of the blog reader, komisen akan diupahkan kepadanya. 

Seandainaya anda merujuk pembeli untuk software atau aplikasi phone baru saya, maka saya upahkan komisen sebanyak 50% sama dengan , jika saya beri 50% dari duit yang saya generate melalui anda. Jadi jika anda rujuk lagi ramai pembeli ke saya bermaksud anda juga membuat lebih. Sebab itulah pemasaran affiliate sering juga dikenali sebagai "performance marketing". Bukankah ianya suatu situasi "win-win"?

Seterusnya, sekira pula saya berkemampuan, saya juga boleh menjalankan program affiliate saya dengan sendirinya dalam blog atau laman saya. Cara sebegini pula dinamakan "in house affiliate program". Kalau pula saya tidak mahu menguruskannya sendiri maka saya juga boleh daftar diri sebagai pengiklan (advertiser) di rangkaian (network) Affiliate, ini Link ke Rangkaian Pilihan Saya.

Rangkaian Affiliate adalah tempat dimana pengikan dan penerbit bergabung. Maksud saya inilah tempat ataupun 'hub' di internet ni untuk ribuan program affiliate. Kesemua Network Affiliate punyai sistem tracking, reporting dan pembayaran mereka tersendiri. Juga fokusnya mungkin berbeza dari segi lokasi, promosi dll. Pengiklannya juga berbeza dan dari pelbagai bidang yang saya pasti memberikan keunikan sesuatu rangkaian itu (Lain Rangkaian lain identitinya).

Bagusnya penyertaan anda ni nanti di rangkaian affiliate ni adalah akses, Peluang dimana anda dapat menggunakan dengan serta merta atau akses serta merta ke ribuan program affiliate yang setidaknya mungkin anda tidak berkesampaian

PENTING : Jangan pula kelirukan affiliate network dengan ad network. Contohnya, Google Adsense BUKAN lah affiliate network, ia sebenarnya ad network, yang membayar anda pada "klik" dan bukan pada "jualan", Jika anda rujuk seseorang ke jualan berharga $100  di Google Adsense , maka anda berkemungkinan membuat $1 atau $2 dengannya. Tetapi sekiranya anda membuat rujukkan sebagai pemasar affiliate maka pendapatan anda adalah $50 menggunakan contoh sama diatas.

SETERUSNYA PROGRAM AFFILIATE: Apa perlu anda ketahui.
Program affiliate berlainan juga mengikuti model yang berlainan. Program affiliate boleh mengikuti model CPA, CPL, CPS maupun CPC.  Apa semua 'C' ni? >> Baca Seterusnya disini

Hubungi Saya,
Salam Sukses Berterusan













Reena Mohamed
Inbound Director / Web Optimisation Designer
iamesfair
Inbound Marketing Malaysia


Baca Sini >> Rangkaian Affiliate Terbaik , Hootsuite, Clickbank, Amazon..
Baca Sini >> Model Program Affiliate

Did you find this useful? Help me by sharing it on your social platforms. Thank you for reading.



This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Info Mengenai Pemasaran Affiliate

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×