Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jangan Risau Agensi anda tahu Ikuti Trend Pamasaran yang memulangkan pelaburan

Anda tahu ke, trend apa yang patut diikuti atau taktik terbaik untuk digunakan yang boleh memulangkan pelaburan? Lagi lagi dalam arena pemasaran atas talian yang sering berubah dan sentiasa berkembang, Perniagaan anda sudah bersedia?!


Jika anda peka dengan putaran Pemasaran saya pasti anda telah membaca berpuluhan artikel membincangkan tajuk ini : "trend terbaru dalam pemasaran dan digital" Saya pula berpendapat,  ianya sukar untuk mengetahui dengan pasti apa yang "workable" , taktik apa yang paling berkesan...? Who really knows? Tetapi setelah mendapat pandangan beberapa pakar pemasar atas talian , mereka sebulat suara menyatakan apa yang semestinya ada atau perlu diaplikasikan dalam strategi pemasaran tahun ini. Anda sebagai seorang ahli perniagaan atas talian hendaklah memastikan agensi pemasaran anda memberi tumpuan kepada tiga keutamaan dibawah ini.

1. Memberi tumpuan bukan kepada klik (Clicks) sahaja, tetapi lebih pada Penukaran (conversion)

Ini point utama jika syarikat atau perniagaan anda melabur dalam 'exercise' mengoptimasikan carian / berkempen, ketahui lah bahawa klik di laman memang penting, tetapi penukaran sebenarnya lagi penting. In this economy, duit (expenses) perniagaan perlu dibelanjakan dengan teliti. Jadi beri keutamaan pada point ini dan peka pada kehendak penonton anda untuk mengambil tindakan (seperti membuat pembelian atau memasukkan maklumat kenalan) 

TIP : Jangan berpuas hati dengan menarik klik sahaja , optimumkan DENGAN MATLAMAT penukaran. Jika belum, terus arahkan agensi anda untuk buat Audit ke atas strategi pemasaran perniagaan anda. Beri perhatian pada perkara-perkara dalam strategi anda itu yang berkemungkinan menahan sesuatu penukaran.

  • Periksa reka bentuk web dulu.
  • Kemudian Periksa halaman arahan. Landing Page. Rekaan yang kurang baik boleh menjejaskan penukaran (Conversion), pastikan ianya dioptimumkan.


2. Kuantiti Lebih dari Kualiti

This point relates to your content. Sia sia saya katakan jika anda punyai bertan tan kandungan yang tidak berkualiti. Asas strategi yang jaya dalam pemasaran digital adalah kandungan yang berkualiti, sememangnya ia berharga!

Jangan wujudkan kandungan spam. Sebaliknya, fokus pada kualiti dan juga cara organik untuk memandu interaksi.

Anda inginkan kedudukan tinggi di carian organik Google, kandungan yang hebat akan mendapatkan kedudukan ini. Guna kesempatan SEO yang boleh membantu jenama anda. Dapatkan Audit Percuma dan anggaran Kos Perbelanjaan Digital Anda dan Lihat Bagaimana Kami Boleh Memperkuasakan Strategi Kandungan dan pemasaran Anda Hari ini.


3. Bolehkah perniagaan anda ditatapi ditalipon bimbit?

Jenama anda mungkin gagal jika anda masih belum atau tidak mengutamakan pengoptimuman mudah alih.

  • Pastikan laman web anda dioptimumkan untuk keupayaan mudah alih supaya perniagaan anda boleh berhadapan saingan.
  • Aturkan kandungan dan laman web anda kepada pengguna mudah alih anda.

Anda akan melepaskan peluang besar jika tahun 2017 ini, anda masih tidak berbuat demikian. Untuk terus 'hidup' dipersada 'online' pastikan, laman web anda , mesra mudah alih dan dioptimumkan. Saya berpendapat, these points are important and essential to your 2017 marketing strategy. Remember to always strive to remain relevant. 

Akhirkata, jika anda tubuhkan strategi pemasaran jangka panjang, beri tumpuan pada aktiviti SEO serta kempen sosial dan wujudkan kandungan berkualiti tinggi, anda akan mendapat peningkatan pelaburan yang baik serta lonjakkan dalam usaha pemasaran perniagaan anda.

Apa pula pendapat anda? Sekiranya post ini membantu, like dan share di laman sosial media anda.



This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Jangan Risau Agensi anda tahu Ikuti Trend Pamasaran yang memulangkan pelaburan

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×