Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Strategi Pemasaran

Mana saya ada wang untuk memasarkan perniagaan saya, Mana ada masa untuk buat marketing, Mana saya tahu mana nak bermulaJika anda tergolong dari mereka yang memikirkan atau mengatakan alasan diatas, maka 'post' ni sesuai untuk anda?

"Luangkan Masa Untuk Strategi Pemasaran "

Whether you think you can or you can't, you are usually right - Henry Ford



"Mana saya ada masa untuk "marketing"
"Mana saya ada wang untuk memasarkan Perniagaan saya"
"Mana saya tahu mana perlu bermula untuk "marketing online ni"

Jika anda tergolong dari mereka yang memikirkan atau mengatakan alasan diatas, maka 'post' ni sesuai untuk anda. Ya, memang terdapat strategi Pemasaran yang mudah dan yang anda boleh terus praktikkan dalam aktiviti pemasaran online. First things first...untuk menjayakan perniagaan anda , hilangkan dulu alasan-alasan yang ada diminda. Cakap macamana pun, untuk berjaya anda harus luangkan sedikit masa dan wang untuk memasarkan servis atau produk anda secara konsisten. Tak boleh lari "marketing" dengan perniagaan dah macam air dan tebing.

"Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasarkan perniagaan" 


Saya tahu, sebagai pemilik perniagaan , anda sering memakai "topi" yang berbeza setiap hari. Hari ini rancang program baru untuk pelanggan, esok jumpa pelanggan, lusa jadi pemandu la pulak! Yela dah pelanggan minta COD, hantar barang la jawabnya. Ya, saya tahu hari anda penuh dengan melakukan pelbagai tugasan. Dalam banyak banyak tugasan ingin saya war warkan disini pemasaran adalah aktiviti amat penting dan anda harus membuat masa untuk aktiviti ini setiap bulan, mingguan dan harian. Luangkan masa pada Strategi Pemasaran , saya percaya anda akan nampak perubahan besar apabila aktiviti "marketing" anda teratur,  walaupun hanya diberi beberapa jam setiap minggu sahaja. Tanyalah mana mana pemasar online maupun konvensional, perancangan dalam strategi pemasaran perniagaan penting, so jangan tinggalkan, tidak kira bagaimana sibuk jadual anda.


"Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk memasarkan perniagaan saya." 


Yes anda tidak akan ada wang yang cukup untuknya jika anda berfikir cara pemasaran dengan cara menghantar "direct mail" , membeli ruang pengiklanan, ataupun percetakan di majalah majalah. Strategi pemasaran sebegini memang mahal tidak dinafikan. Tetapi walaupun ada cara pemasaran yang mengeluarkan duit yang banyak terdapat juga berpuluh-puluh cara pemasaran produk dan servis yang percuma ataupun yang berkos rendah. Sebagai contoh, manfaatkanlah media sosial. Cara ini bukan sahaja sangat berkesan tetapi ada juga taktik pemasaran secara percuma. Anda tidak perlu cipta semula atau reka semula proses yang lebih sukar daripada yang diperlukan. Dengan melaksanakan kaedah pemasaran kos rendah yang berstrategi,  anda boleh meningkatkan "your reach" walaupun bajet rendah.

"Saya tak tahu bagaimana untuk bermula" - 


Jika ini adalah mantra anda, sudah tiba masanya untuk mengubah perspektif tentang perniagaan anda. Tidak kira betapa sibuk dengan pelanggan atau perniagaan maupun keluarga, anda perlu memasarkan produk atau servis secara konsisten. Ini kerana ianya akan mengekalkan dan memastikan "funnel" anda penuh dengan trafik. Saya berpendapat penyelesaian masaalah "why is there no traffiic on my website?" terletak dalam pelan pemasaran anda itu sendiri. What is your strategy? Anda harus wujudkan short term and long term goals, langsung work your plans according to those goals. Bila anda punyai matlamat, senang. Kerana anda boleh elakkan diri dari gangguan yang tidak relevan. Ini akan membantu anda berasa lebih positif, kerana semuanya berada dalam kawalan. Yang paling baik tengtangnya adalah anda akan mula "tahu bagaimana untuk bermula"

“Whether you think you can, or you think you can't—you're right.” ― Henry Ford
Sebenarnya kita semua berbakat, dan jumlah masa kami semua sama sahaja setiap hari. Apa yang anda pilih untuk melakukan dengan masa itu terpulang kepada anda.

Apa pula pendapat anda? Punyai strategi lain yang terbukti berkesan dan yang boleh dikongsikan? Komen sahaja diruang bawah untuk pengetahuan semua.


This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Strategi Pemasaran

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×