Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Laman Web Untuk Perniagaan Kecil




S: Puan, Perniagaan saya sangat kecil, hanya saya dan dua pekerja, dan produk kami benar-benar tidak boleh dijual online. Adakah saya benar-benar perlukan laman web?

Itu satu soalan yang baik. Malah, ia adalah salah satu yang paling penting dan paling popular sepanjang pembabitan saya dalam perniagaan digital. Memang soalan ini sering ditanya. Saya terima soalan ini semula Ahad lepas dari seorang pengikut Laman FB saya. Sebelum saya menjawab, saya ingin ceritakan sedikit pengalaman saya dalam satu majlis makan tengahari diaturkan persatuan usahawan muda British Airways. Masa itu sekitar tahun 2000 semasa kesan perniagaan di 'internet' belum lagi sehebat sekarang ini. Saya berpeluang mendengar taklimat mengenai kesan "internet" pada perniagaan kecil di Continental Hotel, kota London, England.

Mengingat kembali pada tahun itu, (dah lebih sedekad dah tu). Ketika itu persada perniagaan internet, atau e-dagang sudah ada dan pengguna sedunia ketika itu berada dalam anggaran 25 juta. Masa itu rancak kegunaan isitilah "world wide web" dan AMAZON antara perniagaan yang telah mula beroperasi online. (Sekarang ini untuk maklumat semua, pengunjung sebulan ke laman AMAZON adalah sekitar 70 juta sebulan!) Sambung cerita, semasa taklimat makan tengah hari itu saya serta para hadirin yang paling negatif tentang 'masa-depan' atau arah tuju perniagaan sebulat suara bersetuju bahawa, tanda-tanda menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pendapatan perniagaan masa depan akan diperolehi daripada urus niaga online atau jika perniagaan itu "offline" yang akan mendatangkan hasil untuk perniagaan itu adalah aktiviti pemasaran atas talian. That, my friends.. was over 15 years ago.

Jadi haruskah perniagaan anda mempunyai laman web?


Walaupun perniagaan anda kecil dan anda menjual produk atau perkhidmatan yang anda fikir tidak boleh dijual online? Jawapan saya, pada persoalan yang telah ditujukan sama dengan pendapat saya 15 tahun lepas sama dengan jawapan saya hari ini: Ya, jika anda mempunyai perniagaan, anda perlu mempunyai laman web. Jangan diragu lagi.

Saya juga, berpendapat , jangan terlalu cepat untuk menolak produk atau servis anda sebagai salah satu yang tidak dapat dijual online. Sekarang ini , macam macam boleh dijual online dan tak banyak pun produk atau servis yang tidak boleh dijual secara online. Pembelian atas talian sedunia sekitar tahun 2000 menjangkau 20 juta USD ! Terbaca saya di laman Statista projection untuk e-dagang (Retail) hingga tahun 2018 akan menjangkau 1.8 Trillion USD! Laman web Statista juga menyatakna Malaysia akan rank pertama dari segi pembangunan B2C. Kadar pertumbuhan tahunan e-dagang dianggarkan sebanyak 23.7%. Maksudnya pengguna atau "pembeli" online sudah meningkat. Mereka membeli segala-galanya online daripada buku, komputer, kereta, hartanah, kapal terbang jet, gas asli dan sebagainya. Sebut sahaja produk atau servis, saya pasti ada seseorang yang telah memikirkan cara bagaimana untuk menjual online.

Apa itu B2C? Secara ringkas nya maksud Business to Cosumers adalah istilah untuk urusan perniagaan yang dilakukan antara pemilik perniagaan terus ke pengguna. Contohnya yang mengeluarkan produk dan servis menjual atau menawarkan terus ke pengguna secara online. 













Jangan salah sangka, saya tidak mengatakan anda perlu meletakkan semua usaha perniagaan anda dalam menjual barangan anda online, just don't dismiss the possibility of it being available for online purchases. Paling kurang pun, saya berpendapat sebagai pemilik produk atau servis anda perlu ada "web presence" . Sebabnya mudah sahaja, supaya pelanggan anda, pekerja berpotensi atau rakan kongsi perniagaan dan mungkin juga pelabur boleh mendapat sedikit maklumat mengenai perniagaan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan cepat dan senang.



Maaf saya katakan, kita berada di tahun 2017 dan bukan lagi 2000. Era perniagaan sedunia cukup menarik. Jadi memang betul pendapat anda tu, bahawa tidak lagi cukup jika sesebuah perniagaan itu hanya mempunyai laman web biasa biasa. Terus terang saya katakan anda mesti mempunyai laman web yang kelihatan profesional jika anda ingin diberi perhatian serius. Kenyataan kerana ramai pengguna laman web kini mencari maklumat secara online sebelum membuat pembelian di kedai offline. Berasaskan pengalaman 8 tahun dalam rekaan laman, tidak boleh dinafikan bahawa Laman web anda boleh menjadi peluang pertama yang anda perlu untuk memberi kesan yang baik kepada pembeli potensi anda. Dan saya pasti jika laman web anda kelihatan seperti ia telah direka oleh seseorang buta warna, peluang anda untuk memberi kesan pandangan pertama yang hebat akan hilang.

Suatu perkara hebat tentang internet ini, adalah "padang permainan" untuk perniagaan kecil sama sahaja dan memang boleh bersaing dengan syarikat besar. Seperti yang telah saya nyatakan, you have one hit of making a great first impression, luangkan masa untuk rekaan laman web perniagaan anda itu. Pastikan semua aspek pembangunannya teliti dan baik serta, beroperasi. Yes perniagaan kecil anda boleh menonjolkan imej "professional" setaraf syarikat atau perniagaan yang lebih besar. Banyak laman web syarikat besar di Malaysia ini masih tidak direka dengan baik , kebanyakkan susah untuk dikemudi dan benar-benar tidak membantu menjana pendapatan. It is all about user experience nowadays, designing websites which helps with ROI is what is necessary in this day and age. Gone are those static 'informational' pieces. You have to maximise your dollar on all marketing expenses. Your website is your 24/7 sales person. Earn while you sleep is a reality with proper website development.


Baik, anda cuma ada 2 hingga 5 pekerja, ye saya dengar anda cuma beroperasi kecil kecilan. Ingin saya memberi sedikit 'insight' . Dalam persada laman web , the benefits you reap for having a well designed website does not take into account the size of your staff. Tak kira jika anda bekerja seorang contohnya anda makeup artist ke, atau photgrapher ke ataupun organisasi anda punyai 5000 pekerja dalam persada laman web, jika ia tidak direka atau tidak berfungsi yang pastinya anda akan hilang peluang perniagaan kepada syarikat dan perniaggan lain yang telah celik kepentingan laman web. 

Ok ada pengecualian sebenarnya, lebih baik jangan adakan laman web sama sekali daripada mempunyai laman web yang memburukkan anda. Your website speaks volume of you and/or your business. It can tell buyers whether you are a service or product for serious consideration or it can say otherwise. The one exception is, if you're going to allow a website design to look like its been done by a 10 year old my advice is, dont!

Laman web anda adalah satu bahagian penting dalam perkembangan perniagaan anda. Pastikan anda luangkan masa untuknya. Jika terbitan ini membantu anda, bantu saya pula memberi kesedaran kepada semua, mohon "share" kelaman sosial anda.







This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Laman Web Untuk Perniagaan Kecil

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×