Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mengalami kesukaran mendapatkan pelanggan? Nak lagi pelanggan

Periksa Corong Pemasaran ataupun "Marketing / Sales Funnel" perniagaan.


Semangat Tahun Baru masih membara, setelah lama dalam perancangan, produk atau servis anda telah jaya dikeluarkan dan telah pun berada dipasaran online. 

Tetapi sekarang anda bermasaalah kerana anda tidak dapat mencari pelanggan 'online' ideal, Bukankah lebih baik Jika keseronokkan dan semangat yang sama di kembalikan dengan pembelian? 

Tak sabar dihati inginkan produk dan servis juga disayangi pembeli online. Sungguh indah impian itu, terutama sekali impian membuat duit ... semasa tidur?

Before you start selling, know who your ideal customer is, like where they are located and what they buy. 

Bagi yang telah agak season dengan perniagaan online, anda pasti sudah tahu kepentingan Corong pemasaran. Bagi yang masih baru dengan perniagaan online , ambil sedikit masa untuk bertanya pada diri perkara yang berikut, 

1) Anda sebenarnya berkhidmat untuk Siapa?

2) Apakah antara masalah mereka, yang anda selesaikan?


Jika anda memantau pemasaran online, dengan analytics anda pasti pernah dengar istillah "funnel". Apa pula funnel tu? Di dunia 'online' funnel bermaksud proses yang berperingkat dimana pembeli lalui sebelum membuat pembelian atau memberi maklumat (processes before the conversion). Proses ini penting untuk difahami jika anda pemasar online ataupun usahawan yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan online. Online Marketing 101 - Fahami Funnel. 

Its is a "buyer funnel" not a sales process, know the difference.

Antara asas yang perlu anda ketahui apabila berniaga online ialah kunci jayanya perniagaan online anda bergantung kepada teknik dan taktik pemasaran anda gunakan untuk menukarkan pengunjung kasual laman web menjadi, seorang pelanggan.

Memahami Peringkat corong, 


Bahagian atas corong luas menurun ke bawah yang sempit, proses ini boleh dibahagi 3 peringkat iaitu Kesedaran, Pertimbangan & Tindakan serta Kesetiaan & Sokongan. 

Bahagian diatas corong luas, merupakan peringkat di mana prospek diperkenalkan ke jenama atau "web presence' perniagaan. Diperingkat ini anda mesti melibatkan diri sepenuhnya dengan pengunjung yang melawat laman web atau halaman arahan, disini juga bermulanya proses eliminasi yang panjang kebawah corong untuk menarik dan membina hubungan yang berkekalan dan perolehi pengunjung yang ideal.

Fokus adalah untuk menubuhkan hubungan yang pada peringkat akhirnya (dibawah corong) memenangi kesetiaan pengunjung ke jenama anda. Ini kerana pelanggan yang gembira dengan anda akan menyokong dan akan war warkan (memasarkan) kepada rakan dan keluarga.

Itulah secara ringkas proses pembeli online. Sebagai usahawan atau pemilik perniagaan anda harus tahu prosesnya supaya anda boleh aturkan strategi untuk memastikan pasukan pemasaran anda boleh mengaplikasikan taktik dan teknik pemasaran yang sedia ada untuk memudahkan pasukan "sales" anda membuat jualan. 

Dengan Google Analytics anda boleh memantau corong ini dan ubah strategi mengikut rentak data yang anda terima. Jadi jika anda mengalami masaalah kekurangan trafik ke laman, antara banyak banyak yang anda perlu perbetulkan adalah corong pemasaran anda. 



Tip : Pembelian berlaku jika prospek anda mempercayai anda, jika mereka percaya bahawa anda berkuasa atau berpengaruh dalam pasaran anda. Mereka juga akan membeli daripada anda jika mereka suka anda dan dapat melihat bahawa orang lain juga suka dan mempercayai anda. Ini hanya sebahagian daripada pencetus emosi yang diperlukan dalam strategi 'lead nurturing' anda. Jangan bimbang, saya akan terbitkan 'taktik' lead nurturing yang boleh anda praktikkan di post yang akan datang. 


I would love to keep you notified on my next posts. Subscribe and dont miss out on my free tips - Reena




This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Mengalami kesukaran mendapatkan pelanggan? Nak lagi pelanggan

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×