Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

6 Tempat Special Dilaman untuk Kata Kunci


Anda dah tahu bagaimana nak guna kata kunci dilaman web?

6 Tempat 'Special' untuk Kata Kunci 

Jangan pula anda sangka saya tambah kod kod rumit ke skrin komputer. Sebenarnya ianya mudah dari apa yang ramai sangka. So many permintaan 'PM' datang dari laman FB saya, Saya nak letak mana kata kunci ni sis? Puan, berapa kata kunci nak kena saya pakai? macamana nak reka senarai kata kunci? 



Saya harap post blog ini boleh membantu anda dengan perkara asas penggunaan Kata Kunci di laman web anda.

Mana best pakai Kata kunci untuk Laman Web?

Apabila mengguna Kata kunci di laman web, (mengikut advice cikgu cikgu), ada 6 tempat special di setiap halaman!  Dengan menyertakan kata kunci dalam 6 tempat special ini, boleh membantu enjin carian kenal pasti  subjek halaman anda dan rank halaman anda dalam hasil carian. Tempatnya adalah di :

1. Tajuk halaman
2. Meta description
3. H1 Heading
4. H2 sub heading
5. Perenggan Badan (body text)
6. Alt Image Tag


  

 


Pastikan anda guna peralatan dipasaran dan teknik teknik pemasaran.. Bina senarai kata kunci, kerana ini akan membimbing strategi anda dan akan membantu mengoptimumkan kandungan laman web. 

Senaraikan Kata Kunci.


Firstly, buat lah senarai kata kunci anda sendiri, ambil sedikit masa dan fikirkan kata kunci yang mungkin pelanggan anda guna untuk mencari maklumat produk atau perkhidmatan. Jangan lupa untuk menggunakan sinonim dan juga ejaan salah.  Bila membuat proses ini letakkan diri di tempat pelanggan, think macam pelanggan anda sekejap dan buat beberapa andaian tentang perkara yang mungkin mereka fikirkan apabila berdepan dengan perniagaan anda.

Anda juga boleh gunakan enjin carian untuk mencari kata kunci, lawati laman web pesaing dan perhatikan kata kunci yang mereka gunakan (lihat di tajuk halaman dan tajuk teks) . Buat penyelidikan sedikit dan pelajari proses kata kunci carian. Buat catatan, kata kunci yang mana menghantar trafik ke laman? Kata kunci yang mana paling tinggi 'kunjungannya' di laman web pesaing anda itu?
Tip : Cuba anda gunakan profil laman mereka dan buat analisa dari google Search Analytics.

Jika anda mempunyai laman web yang punyai perisian analisa web, anda boleh cari senarai kata kunci yang telah menghalakan pelawat dari enjin carian ke laman web. Perisian analisa web juga boleh menjejaki "conversion" (jualan, penyerahan borang tuntutan, pertanyaan, dan lain-lain), Dapatkan juga dari situ senarai kata kunci yang menghantar pelawat yang telah "convert". 

Kata Kunci Cadangan Google. 

Jika anda tiada masa untuk memikirkan ini semua, Google juga boleh digunakan. Peralatan Google ini cukup baik dan boleh menunjukkan anda berapa banyak carian di buat dalam sebulan untuk kata kunci anda dan boleh juga menyediakan anggaran saingan untuk setiap kata kunci.

Walaupun peralatan 'google' ini mudah untuk digunakan, bukan semua kata kunci sama layanannya. Some keywords will bring more traffic than others, ada juga yang membawa banyak lalu lintas tetapi tidak convert. Hmm, pulak dah?! yes.. macam macam. Inilah sebabnya mengapa saya selalu mengesyorkan rakan pemilik perniagaan ,supaya dapatkan pandangan atau suruh agensi atau konsultan yang berpengetahuan dalam bidang SEO dan kata kunci untuk membantu dengan strategi pemasaran internet mereka.

JIka anda inginkan maklumat lanjut tentang maksud Keywords, baca sini. Baik, terimakasih kerana sudi membaca, Harapan saya agar maklumat sedikit ini dapat membantu dengan persoalan katakunci anda.

Jika ia membantu anda, bantu saya pula dan kongsikan post ini ke laman sosial anda. Saya juga ingin mohon pendapat anda atau sekiranya ada apa apa komen dan maklum balas sila majukan di ruang bawah. Anda juga boleh daftar diri untuk surat berita saya yang dipenuhi tips, cadangan serta tindakan terbaik dalam strategi pemasaran online.

Salam Sukses Berterusan.




This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

6 Tempat Special Dilaman untuk Kata Kunci

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×