Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ada Cara Buat Duit dengan Modal Rendah dan Cepat ke?


Guru guru internet kata "Jom Buat Duit Tanpa Modal, Guna Internet Guna Handphone, Boleh Kaya, Cepat dan Mudah" 


'Sifu' online marketing telah menjual idea pada kita bahawa, kalau Nak Buat Duit online , mudah  sangat. Buat duit online dengan modal rendah katanya. Kata sifu lagi cuma beli produk panduan mereka, and then.. dah tak perlu susah susah, semua murah semua senang! so.. kita pun, terpengaruh dengan 'pm' dan like, kita pun belilah produk mereka. 


First, anda kena join kursus atau seminar sifu, dengar pula pandangan dari pakar desain,  pakar copywriting, pakar buat duit atas angin, pakar itu pakar ini...hmm mana tak membakar semangat?! Selesai kursus, dah nak kena  beli lagi produk lain, khusus pula cara bagaimana untuk benar-benar laksanakan teori-teori yang telah diajar dalam kursus / seminar pertama tadi tu. Nak tahu? Mestilah nak, kita pun nak tahu Rahsia pemasaran online tu apa? Kita pun beli lah peralatan pemasaran.



Ada cara ke buat duit dengan modal rendah? Ada cara buat duit dengan cepat ke?
Masa kat kursus, concertrate bagai, WOW terpegun bunyi begitu mudah sahaja. Sales letter sifu sifu semua pun bergendang sama, "Mudah , Murah, Jangan ketinggalan". Tetapi, apabila anda dah dapat produk 'insiders secret' atau 'online marketing like a boss'  anda rasa macam tergantung pulak, blurr bila dah nak aplikasikan maklumat 'penting' yang anda terima, itu dengan sendiri. 

Persoalan diminda, macamana nak buat duit jual kosmetik? Sama ke cara nak buat duit jual handphone, nak buat duit jual jamu? But what if saya nak jual umrah je? Hmm sama ke cara pemasaran online? Bukan tak bagus panduan yang dibeli tapi, it lacks  info on tactic application to your niche. 


Ignore , IGNORE,  Please IGNORE anyone who tells you that one 'taktik' fits all industry. Juga jauhkan diri pada yang mana mengatakan anda boleh otomasikan process therefore 'kerja senang", these are Red Flags for you. Taktik pemasaran, ini boleh jayakan perniagaan anda only when anda tahu strategi pemasaran untuk perniagaan online anda. Dah tahu apa strategi pemasaran online anda?




Sebenarnya tanpa pengalaman  sedikit pun anda boleh mempunyai, laman web, yang boleh  berfungsi dan READY FOR business dalam 7 hari atau kurang.

Yes sumpah, in this day and age, dah tak memerlukan seorang 'pintar teknikal' untuk membuat Laman Web atau surat jualan yang boleh terus mengambil pesanan dan menerima kad kredit. TETAPI memang terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu dan pelajari sebelum mula membina laman web anda. 


Yes betul, bila anda tahu bagaimana untuk setup laman web anda sendiri, boleh menjimatkan ratusan, mungkin juga beribu-ribu ringgit. TETAPI jika anda tidak tahu menggunakan elemen elemen yang penting dilaman, anda akan hilang  kehebatan  dan peluang pendapatan beribu ribu ringgit juga. Design and look is important but second to functionality. 





Walaupun desain website anda terbaik dan dapat anugerah pun, terus terang saya cakap, jika ianya tidak boleh memberi pulangan tak guna. Ingat, Carian Google tidak memerhati ataupun langsung mengambil berat cantik buruknya sesuatu laman...persoalan yang anda harus tanya pereka laman anda adalah, Bolehkah bakal pembeli saya cari laman saya.

Desain website terbaik, memang mahal dan untuk membangunkan dan mengemaskinikan laman web pun mahal. But pulangannya lebih dari memuaskan. If you are paying for this service pastikan 10 elemen ini diwujudkan oleh designer atau servis Pembina laman anda. >> Ceklist Desain Website Terbaik


Tahukah anda bahawa anda boleh reka laman web sendiri dan 'hidupkan' perniagaan anda, kurang daripada $ 100. Jika anda tidak mampu $ 100 untuk memulakan perniagaan, maka anda perlu mempertimbangkan secara serius samaada pemasaran secara online ini untuk anda, perniagaan online juga mungkin bukan untuk anda sebenarnya. Minta maaf , saya tidak bermaksud untuk berkata kata negatif, tetapi ini fakta, untuk membuat duit secara online, anda perlu belanja duit. 


Yes saya faham , bukan semua orang mampu $400 untuk 'HTML editor' atau $149 sebulan untuk web laman bersama akaun hosting.  So here is an approach you can adopt. "Test small,lose small." Bila baru nak mula, tak perlu beli semua alat perisian dan grafik mewah cadangan sifu. Sudah tentu lah, saya akan halakan anda pada tempat-tempat di mana anda boleh memulakan laman web dengan pelaburan yang sangat sangat minimum. 


Apabila anda sudah berpengalaman dan  bersedia untuk mengambil langkah seterusnya anda boleh bawa perniagaan online anda ke tahap yang seterusnya, anda boleh gunakan peralatan dan perisian dari sumber sahih dan canggih untuk memberi peningkatan mendadak untuk perniagaan online anda. Saya pasti anda akan lihat peningkatan pada keuntungan anda dan perniagaan online anda akan menjadi hebat dan lebih mudah untuk diuruskan kelak.


Apa strategi online anda? kerana, tak guna kalau pandai mengaplikasikan taktik pemasaran TANPA matlamat tertulis dan strategi yang boleh diukur.


Tanpa strategi pemasaran online anda akan kehilangan hari, minggu dan bulan. Anda akan kecewa dari kesemua percubaan-dan- kesilapan. Kalau anda betul betul nak berjimat, adakan strategy pemasaran. Pelajari cara pemasaran online yang efektif, pelajari cara untuk meningkatkan trafik, pelajari desain website terbaik untuk carian google (not your preference, but search preference). 

Sesetengah guru atau sifu akan memberikan anda senarai "must haves" , yes memang tidak dinafikan sesetengah peralatan  pemasaran akan menambah nilai pelaburan.  Tetapi, ada juga yang cuma "dimajukan" untuk komisen affiliate. 
(Kalau mereka memberitahu anda tentang sumber-sumber kos percuma dan rendah yang disediakan untuk membina laman web anda, mereka tak akan dapat komisen affiliate) Yes some products which they 'recommend' will add value dan akan meningkatkan keuntungan anda, tetapi sebenarnya tidak penting untuk kejayaan anda.

Bukan maksud saya tu, salah untuk mendapatkan wang dari memberi cadangan, cuma saya berpendapat jangan duit itu alasan utama untuk cadangan.  Jika seseorang benar-benar ingin menjaga kepentingan pelanggan beliau, then beri cadangan untuk produk yang bermanfaat be the priority. Jangan salah sangka, no problem actually jika dengan cadangan sifu sifu pemasaran kita , anda juga jana pendapatan sedemikian. Cuma saya berpendapat pastikan rujukkan yang diberi pada pelanggan samaada produk maupun perkhidmatan berbaloi.



Jika post ini bermanfaat, dan membantu anda , silakan share dilaman sosial anda.



This post first appeared on Inbound Marketing Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ada Cara Buat Duit dengan Modal Rendah dan Cepat ke?

×

Subscribe to Inbound Marketing Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×