Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Zakat Saham

Tags: saham zakat



ZAKAT SAHAM

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.
KRITERIA SAHAM
Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut
  1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  3. Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.
DALIL ZAKAT SAHAM 
Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipananskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)
SAHAM TIDAK DISENARAIKAN
Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima
SAHAM DALAM SYARIKAT YANG MENGELUARKAN ZAKAT PERNIAGAAN
Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.
Pihak syarikat akan memberi resit / sijil pembayaran zakat di atas nama pemegang CFA yang berdaftar apabila selesai kontrak.

Semoga perniagaan dan pelaburan anda diberkati.

PENGIRAAN ZAKAT SAHAM

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
1. SAHAM YANG DISIMPAN SELEPAS SETAHUN
Saham yang disimpan selepas setahun akan dikira mengikut harga terendah saham dalam tempoh setahun didarabkan dengan jumlah unit saham yang dimiliki, sebagai contoh:
Nama SahamBilangan Unit (A)Harga Terendah (B)RMNilai Saham (A x B)RM
ABC20,0002.0040,000
XYZ10,0001.5015,000
JUMLAH55,000
Zakat Saham
= Nilai Saham (dalam harga terendah) x 2.5%
= RM 55,000 x 2.5%
= RM 1,375

2. SAHAM YANG DIJUAL BELI SEPANJANG TAHUN
Bagi saham-saham yang dijual beli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya
Nama SahamJualan Saham (RM)Belian Sahan (RM)Keuntungan (RM)
ABC10,0002,0008,000
XYZ15,0003,00012,000
JUMLAH20,000
Zakat Saham
= Jumlah Keuntungan x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500

Ruj:
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
Cfa-Islamic -Bon Shariah Compliant Business-


Nota:Rujuk pegawai zakat untuk pengiraan tepat.



This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×