Facebook pada hari ini telah sedia Mengurangkan Paparan perkongsian daripada Facebook Pages di News Feed. Kini, bergerak kehadapan, Facebook akan turut memerangi laman-laman berbentuk “salin-tampal” kandungan daripada sesuatu laman web yang lain.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Facebook mengatakan mereka akan Mengurangkan Paparan Perkongsian daripada laman-laman yang mencuri kandungan dan menerbitkannya semula tanpa perubahan di News Feed.
Facebook mengambil langkah ini kerana pengguna tidak menyukai kandungan berbentuk “curi” ini, dan lebih ingin melihat kandungan daripada sumber asal.
Ini sekaligus akan mengurangkan paparan pautan daripada laman-laman yang menerbitkan semula kandungan “curi” – sekaligus mengurangkan pembaca dilaman berkaitan. Facebook mengatakan langkah ini sekaligus akan mengalakkan lagi laamn berkaitan untuk terus menghasilkan kandungan asli dalam menambah pembaca dan menjana pendapatan.
Perubahan baru di News Feed ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini kepada semua pengguna Facebook.