Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kenapa Keputusan Beli Kereta Lebih Cepat dan Mudah Berbanding Rumah

Baiklah untuk saya tulis sikit posting antara kereta dan Rumah. Terdapat ramai juga orang yang bertanya kenapa susah sangat membuat keputusan bila nak beli rumah. Tapi rasa lebih mudah untuk membuat keputusan bila nak beli kereta.

Agak-agak apa alasan yang boleh anda fikirkan, pada saya semua tu lebih pada saikologi saja. Kekadang kita selalu dimomokkan dengann cerita-cerita yang orang cakap tidak baik untuk membeli rumah dan kita ikut dengar mereka saja.

Terdapat beberapa sebab yang saya ingat boleh menjejas keputusan.

1. Interest

Beli rumah kena bayar interest yang agak tinggi dan kena ikat 25 tahun. Harga beli campur interest sudah jadi 2 kali ganda lebih. Kita memang tak dapat lari dari membayar interest yang mengikut package housing loan kita tu.

Sekarang ni BLR pun agak tinggi, jika kelak masa jadi lebih tinggi lagi, bermakna kita perlu bayar dengan lebih lagi untuk pinjaman perumahan yang kita buat dengan bank.

Ia bukan seperti beli kereta dan buat pinjaman kereta. Bayaran yang paling panjang pun kurang dari 10 tahun saja. Jika nak cepat sikit bayar balik, boleh juga kita pilih untuk bayar balik dalam 5 tahun. Beban memang banyak kurang berbanding dengan beli rumah.

2. Rumah rosak

Ohhh, ini antara sebab kenapa orang tak nak beli rumah untuk sewa. Mereka takut jika beli rumah dan sewa kepada tenant yang tidak bertanggungjawab, mereka akan rosakkan rumah dan itu memang sudah banyak cerita kita dengar.

Jadi, last tak payahlah beli rumah sebab takut penyewa rosakkan rumah. Tapi mungkin kita boleh fikir pada bahagian yang baik di mana penyewa akan tolong kita bayar ansuran pinjaman kita setiap bulan. Kalau dia tinggal untuk 10 tahun, ini bermakna sudah 10 tahun dia tolong bayar installment untuk rumah kita.

Lepas penyewa pindah, memang kena repair sikit rumah kita tetapi ini merupakan perkara biasa saja. Bukan tenant boleh runtuhkan rumah kita pun, kan?

Kalau kita beli kereta, kita dapat guna kereta setiap hari. Kita perlu pertimbangkan kos untuk isi minyak, parking, toll, road tax, insurans, dan kos maintenance. Semua ni memang boleh makan bahagian besar dari gaji bulanan kita juga.

Bila kereta rosak, kita perlu duduk di bengkel kereta berjam-jam untuk baiki ini tukar itu. Semua perlukan kita keluar duit. Rasa sakit hati sikit.

3. Rumah jatuh harga

Bila ekonomi merosot atau temui property bubble, memang harga rumah akan jatuh. Terdapat ramai orang yang takut dengan property bubble dan selalu tanya bila bubble akan datang. Soalan ini susah sangat nak jawab. Bubble atau tak bubble bukan sesuatu yang kita boleh kawal.

Bolehlah kita tengok dulu apa property type yang kita pegang. Adakah property itu medium cost atau pun low cost apartment yang memberikan kesan pada bubble.

Kita boleh baca sejarah perumahan yang mana dulu ada terjejas. Bila kita pegang property medium cost, rumah tersebut adalah BASIC keperluan kepada orang ramai. Ia bukanlah rumah-rumah yang mewah. Basic tempat berteduh.

Sesiapa yang membeli jenis rumah ini dengan harga di bawah pasaran, lagilah tak perlu risaukan. Katakan hari itu anda beli dengan harga RM 170,000, harga pasaran sekarang adalah RM 200,000, maka masih ada buffer lagi kalau ekonomi merosot dan harga property turun.

Tapi kalau harga kereta turun, tiada orang yang akan sibuk-sibuk untuk concern. Keturunan nilai kereta tu sudah fixed di mana ia akan mengalami 20% depreciate setiap tahun. Atau susut nilainya dalam masa 1 tahun. Suka atau tak suka, harga kereta yang kita beli itu akan tetap turun.

4. Developer bankrupt

Projek terbengkalai. Ohhh, ini pun satu masalah. Takut betul untuk ramai orang sampai tak berani nak beli rumah. Kalau takut sangat developer tu bungkus dan projek perumahan tak siap, maka janganlah beli rumah yang belum siap bina tu. Lebih baik belilah rumah yang sudah siap dah ada depan mata.

Kalau beli rumah yag baru launching tu memang ada risiko yang besar sikit. Tapi kita dapat pun harga rendah lagi berbanding dengan beli rumah yang sudah siap.

Apapun projek-projek terbengkalai memang betul menghantui kita. Tapi kalau ikut jejak pembeli non bumi, rasa mereka banyak ambil untung dari projek-projek baru.

Mereka tidak takut untuk beli projek perumahan yang baru launching. Bila rumah itu sudah siap mereka akan terus jual. Of course lah kita kena buat pengajian dulu tentang background developer tu. Tengok track rekod dia macam mana, ada apa-apa projek yang sudah siap oleh mereka, adakah developer itu selalu kena complaint, adakah projek selalu siap tepat pada perjanjian masa, financial position untuk syarikat itu macam mana, dan sebagainya.

5. Tak payah beli rumah banyak sangat

Mati tak bawa rumah pergi bersama pun. Itu pun antara alasan yang kita biasa dengar. Memang mati tak bawa harta benda kita. Sekurang-kurangnya bila kita ada aset yang lebih, bolehlah kita bantu orang lain.

Dari segi memberikan sewa pada orang lain atau pun menjual semula pada harga yang berpatutan, kita boleh bantu pasangan yang baru berkahwin membeli rumah dengan down payment yang rendah.

Kalau beli dengan bangsa lain, boleh dapat yang tak perlukan down payment. Terdapat beberapa buah rumah yang saya jual kepada pasangan yang baru kahwin, semua bayar down payment yang sangat rendah. Mark up loan, jual below market price, itu pun boleh diambil kira.

Sama-samalah menaikan ekonomi bangsa kita sendiri. Tapi macam mana pula kalau kereta yang banyak. Satu keluarga siap ada 4 kereta. Wwowow …. setiap satu itu lebih kurang RM 80,000. Kenapa tak boleh repeat benda yang sama tu untuk membeli rumah? Ada 5 buah rumah yang berharga RM 80,000 untuk setiap rumah bukankah lebih baik?

6. Jangan beli rumah, nanti tak boleh jual balik

Wowow, rumah memang merupakan aset yang tidak cair. Apa pun kawasan yang kita beli ada possibility yang rumah tu ada orang berminat. Bezanya adalah sama ada cepat atau lambat saja

Kalau kawasan yang merupakan satu tempat yang mempunyai pembeli hangat, rumah-rumah di kawasan tu memanglah cepat untuk dijual. Tapi bagi kawasan yang jauh sikit tu, jualan rumah memang slow sikit.

Bermacam-macam pengalaman yang boleh kita dapat. Kadang-kadangg ada benda yang tidak kita sangka di mana ada kawasan yang kita rasa susah nak jual tapi ada pula orang yang ambil. Ada kawasan yang well known tetapi slow sangat nak close deal.

7. Kereta boleh bawa kita ke sana sini

Bila pandu kereta mewah, boleh kita pandu ke mana-mana tempat dan tayang-tayang kepada orang lain. Kalau beli rumah, tak ada siapa yang tahu.

Alasan kenapa susah sangat nak buat keputusan untuk beli rumah ialah kalau beli kereta tu banyak cepat kita boleh dapat kunci dan pandu balik. Esok dapat kereta teruslah bawa pergi office. 1 office akan tahu kita beli kereta baru.

Kebanyakan rakan sekerja saya bila dapat increment untuk gaji mereka, mesti mereka mahu pilih untuk upgrade kereta mereka.

Biasalah tu. Apa pun pada saya semua tu tak salah. Asalkan kita boleh memperseimbangkan semua ni. Manusia tak akan puas hati dengan apa yang dia dapat. Dari kereta kecil akan mereka tukar ke kereta yang besar. Lepas tu tukar lagi besar. Setiap orang mempunyai keinginan sebegitu. Tapi kita sajalah yang boleh mengawalnya.

The post Kenapa Keputusan Beli Kereta Lebih Cepat dan Mudah Berbanding Rumah appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kenapa Keputusan Beli Kereta Lebih Cepat dan Mudah Berbanding Rumah

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×