Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Takaful Sebagai Pelaburan

Bismillahirrahmanirrahiim

Konsep Pelaburan di dalam Takaful sekarang ni bukan lagi perkara asing. Ia adalah produk terkini yang disediakan oleh pihak takaful dalam memberikan perlindungan sekaligus memberikan pulangan yang baik kepada para pencarum. Artikel kali ini saya akan memberikan pandangan berkaitan dengan Takaful Sebagai Pelaburan. Adakah ianya baik ataupun tidak.

Takaful Sebagai Pelaburan

Kadang-kadang, anda akan biasa mendengar ayat seperti “Ambillah takaful yang 3 in 1 ni, dalam ni ada pelaburan sekali takde la membazir bayar tapi tak claim”. Ini cumalah contoh ayat marketing yang digunakan oleh ejen untuk menarik minat klien mereka untuk mendaftar takaful. Takaful 3 in 1 bermaksud di dalam produk tersebut ada hibah, medical card dan juga pelaburan, semuanya dalam satu harga.

Contohnya, produk takaful A (3 in 1) menuntut anda untuk mencarum sebanyak RM 200. Dari RM 200 tersebut, RM 100, akan diletakkan di dalam medical card, RM 50 untuk hibah dan RM 50 untuk pelaburan. Biasanya pelaburan yang digunakan adalah pelaburan amanah saham kerana ianya mempunyai modal yang kecil dan produk yang sudahpun ready made untuk diversification.

Contoh Takaful 3 in 1 yang dipromosikan oleh ejen. Ianya tidak salah ya, cuma apa yang saya bahaskan adalah kesesuaian sahaja.

Pulangan untuk pelaburan dalam takaful ini sama sahaja dengan amanah saham yang lain. Tiada jaminan keuntungan, akan ada naik dan turun dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Selain itu, anda juga perlu tahu kos takaful akan meningkat dalam satu ketika. Apabila kos tersebut meningkat secara tidak langsung nilai pelaburan semakin berkurangan.

Katakan medical card anda telah naik kepada RM 120, jadi jumlah bayaran RM 200 seperti contoh sebelumnya akan menjadi RM 120 untuk medical card, RM 50 untuk hibah kematian dan RM 30 untuk pelaburan. Pelaburan adalah elemen yang paling tidak penting dalam produk takaful ini. Sebab itulah ia menjadi pilihan utama untuk dipotong sekiranya kos medical card meningkat.

Kesimpulannya

Apakah pandangan saya terhadap isu takaful sebagai pelaburan. Bagi saya lebih baik takaful ini berbalik kepada fungsi asal iaitu perlindungan sahaja. Pelaburan dalam takaful ini bagi saya macam eye candy sahaja. Ada banyak lagi instrumen pelaburan yang mana kita boleh laburkan dengan kos yang lebih rendah. Malah Bank Negara juga sudah memberi peringatan bahawa fungsi utama takaful adalah perlindungan, bukan simpanan mahupun pelaburan.

Sumber : Labur Santai

Baca Lagi : Kesilapan Melabur Dalam Unit Trust

The post Takaful Sebagai Pelaburan first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Takaful Sebagai Pelaburan

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×