Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Teknikal Analisis Kaunter Saham MRO

Bismillahirrahmanirrahiim

Rasanya macam dah lama tak up post dalam blog ni. Tadi aku baru je screening kaunter global mana tau ada kaunter yang menepati kriteria teknikal analisis aku. Al Hasilnya tiada, teteapi ada satu saham iaitu MRO yang aku dah masukkan watchlist sebab nak tunggu signal dan volume je untuk match dengan SOP aku. Post kali ini aku akan terangkan tentang Teknikal Analisis Kaunter MRO.

Syarikat Marathon Oil (MRO)

Syarikat ini terlibat dalam aktiviti cari gali minyak di US. Diorang ni cari gali minyak dekat darat, bukan dekat laut. HQ mereka terletak di Houston. Area yang biasa diorang korek untuk dapatkan minyak adalah di Scoop, Bakken, Eagle Ford dan Permian. Saham ni juga adalah saham patuh syariah, berdasarkan daripada list syariah stock dekat dalam apps Gotrade.

Teknikal Analisis Kaunter Saham MRO

So kita berbalik kepada pokok utama tajuk artikel kita hari ini. First, jom tengok trend dulu. Aku bukak timeframe W1, aku nampak ada candlestick yang berjaya untuk break line Upper Bollinger Band. Kemudian, aku check sekali ada tak candlestick yang break Lower BB lepas point dia break Upper BB. Jawapannya tiada. Then aku check sekali kedudukan signal line MACD dalam W1, dan wow ia berada diatas centerline. Jadi aku sahkan kaunter ni dalam keadaan uptrend.

Kemudian kita tengok pada zone trading pulak. Kita memang cari untuk trade pada kawasan Support supaya kita dapat meminimumkan risiko dan memaksimumkan keuntungan. Price dapat diihat dah berjaya hit kawasan Resistance Become Support untuk kali kedua. Dalam masa yang sama, price dah reject kawasan Low BB di dalam TF D1.

Aku juga dapat detect pembentukkan hidden divergence untuk faktor chart pattern. Ini menunjukkan bahawa akan terjadinya pembalikan arah yang mana harga akan meneruskan trend sebelumnya iaitu uptrend. Selain itu, pebentukan hidden divergence ni telah membentuk satu pattern triangle. Kalau break triangle ni mau berdesup harga memacak ni.

Malangnya untuk faktor volume dan signal masih tiada lagi pembentukan dalam chart. Volume cuma boleh dilihat atau dinilai lepas signal dah terhasil. Jadi, aku terpaksa tunggu dahulu sampai keluar signal dan volume yang cantik. Biasanya bila dah part tunggu signal dan volume ni, tak lama dah, cuma tunggu dalam 3 or 4 hari lagi mungkin akan generate.

Kesimpulan

Aku baru sahaja terangkan kepada korang semua pasal teknikal Analisis Kaunter Saham MRO. Syarikat yang berdaya saing dan mempunyai teknikal analisis yang cantik. Andai ada rezeki untuk kita, inshaa ALLAH, harga akan naik dengan jayanya. Aku cuma target R3 sahaja untuk kaunter ini sebab itu adalah target yang optimum berdasarkan resistance yang ada dalam chart MRO.

Baca lagi : Perlukah Dispose Bila Jerung Sell?

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

The post Teknikal Analisis Kaunter Saham MRO first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Teknikal Analisis Kaunter Saham MRO

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×