Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Review Analisa Teknikal Kaunter Salute

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini aku akan buat sedikit Review Analisa Teknikal untuk kaunter Salute. Salute merupakan sebuah syarikat berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia tergolong dalam sektor consumer product and services, which is kita tahu sektor ni merupakan sektor defensive dan kurang agresif pergerakan harga sahamnya. So jom kita tengok apa pandangan aku terhadap kaunter salute.

Review Analisa Teknikal Kaunter Salute

Seperti biasa, aku akan pecahkan kepada 5 elemen iaitu trend spotting, zone, chart pattern, signal dan volume. Aku akan terangkan satu persatu kesemua elemen tersebut dan sedikit sebanyak elemen lain yang bagi aku mungkin memberikan satu additional value kepada Analisa Teknikal yang aku laksanakan.

Elemen pertama dalam Review Analisa kaunter ini adalah trend spotting. Seperti biasa aku akan tengok pada timeframe W1 dan aku dapati bahawa signal line MACD diatas center line dan Bolinger band masih lagi dalam keadaan Uptrend. Secara overall aku percaya bahawa kaunter ini boleh pergi lebih jauh

Elemen kedua adalah zone. aku nampak harga pada weekly dah berada dibawah bollinger band dan harga di TF D1 pula dah pernah hit lower BB. Aku gunakan lower BB sebagai kawasan support untuk aku mula trigger signal untuk buy. So secara amya, aku boleh consider harga dah low dan menunggu masa untuk membeli.

Elemen ketiga pula adalah chart pattern. Aku nampak ada satu pembentukan bullish engulfing dalam D1. Harga dalam chart makin menurun tetapi persilangan MACD makin menaik. Secara tak langsung pembentukan bullish engulfing ni juga telah mewujudkan descending triangle. Descending triangle pula makin mennguncup dan harga dah pun berada diluar kawasan descending triangle.

Elemen keempat pula adalah signal. Memandangkan Bollinger Band D1 dah semakin compress aku tak gunakan histogram hijau ataupun candlestick compression signal tetapi aku sedang menunggu untuk candle breakout Upper Bollinger Band. Untuk elemen terakhir pula masih tak boleh nak buat apa2 andaian lagi sebab bila ada signal baru aku akan tengok volume.

Selain itu antara benda lain yang aku rasa membantu aku adalah kalau dilihat Salute ni harga dia pernah sampai RM 1.50. Jadi ada kemungkinan dia akan kearah harga tersebut. So aku rasa macam lebih selamat berbanding kaunter yang ATH ni sebab nak ATH ni, overall market kena bullish, tapi KLCI sekarang tak berapa ngam, so bila dah ATH pada pendapat aku tendency orang nak menjual cukup tinggi.

Kesimpulan

Aku dah review analisa teknikal untuk kaunter Salute. Sekarang ni kita cuma perlu tunggu adanya candlestick yang berjaya break Upper Bollinger Band. Bila dah ada barulah kita boleh jadikan ianya sebagai signal serta boleh la sekali kita lihat sekali adakah signal tersebut disokong dengan elemen volume yang signifikan. Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalamn Sendiri

Baca lagi : PE Saham Tinggi Bahaya Atau Tidak

The post Review Analisa Teknikal Kaunter Salute first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Review Analisa Teknikal Kaunter Salute

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×