Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lima Tarikh Penting Dalam IPO

Bismillahirrahmanirrahiim

Korang nak beli IPO ke? Tak kesah la untuk trading ke untuk invest ke. Bagi yang tak tahu, IPO bermaksud Initial Public Offering yang mana ia merupakan langkah pertama sesebuah syarikat untuk disenaraikan di papan Bursa. Ramai yang gila nak beli IPO sebab berdasarkan statistik, hari pertama listing kebanyakan melonjak naik sampai beratus percent. Hari ini aku akan terangkan serba sedikit tentang Lima Tarikh Penting dalam IPO.

Mana Nak Dapatkan Maklumat Tentang IPO?

Senang sahaja, korang kena pergi ke laman web Bursa Malaysia, pergi ke bahagian Market Information dan klik pada Company Announcement. Lepas tu, dekat filter search tu pergi ke bahagian kategori dan cari IPO Announcement / Admission to LEAP Market Announcement. Lepas search korang akan nampak la banyak senarai maklumat berkenaan dengan IPO-IPO yang bakal disenaraikan didalam pasaran Bursa Malaysia.

Kemudian untuk dapatkan lima Tarikh penting dalam IPO korang cari tajuk TimeTable for IPO. Lepas tekan tu dia akan keluar senarai tarikh-tarikah penting yang korang kena tahu.

Kita akan gunakan contoh dari MINOX INTERNATIONAL GROUP BERHAD

Lima Tarikh Penting Dalam IPO

Selepas korang tekan titile tu, dia akan keluar announcement detail seperti dibawah. Berikut adalah tarikh-tarikh yang dinyatakan.

  1. Opening Application : Tarikh bila korang boleh start mohon IPO tersebut sama ada melalui MITI ataupun Online Banking
  2. Closing Application : Tarikh terakhir permohonan IPO ditutup. Selepas tarikh tersebut tiada lagi permohonan baru
  3. Balloting of Application : Tarikh cabut undi. Semakin sikit korang subscribe, semakin tinggi kebarangkalian untuk dapat IPO tersebut.
  4. Allotment of IPO shares to successful applicants : Tarikh yang mana IPO yang berjaya akan diagihkan ke akaun-akaun CDS korang. Masa ni la korang kena check IPO korang dah ada dalam portfolio atau tidak.
  5. Tentative listing date : Hari yang mana IPO tersebut didagangkan didalam pasaran Bursa.

Kita gunakan contoh MINOX ni untuk lebih kefahaman. Tarikh boleh apply IPO ni adalah pada 20 Sept 2023. Masa ni lah korang boleh baca dulu prospektus diorang untuk tengok boleh pergi jauh atau tidak IPO diorang ni. Lepas dah puas hati korang boleh mohon sama ada melalui Online Banking, ATM ataupun pink sheet. Tarikh tutup permohonan adalah 3 Oct yang mana tarikh akhir untuk korang beli adalah 2 Oct.

Selepas itu, tibalah masa untuk cabut undi pada 6 Oct. Masa ni la yang korang tengok status IPO ada yang success ada yang fail ada yang reserve. Waktu tu korang biar je sebab memang tak boleh buat apa pun nak adjust, Cabutan undi ni dibuat oleh Share Registrar selalunya Tricor ataupun Malaysia Issuing House. Diorang gunakan software untuk tentukan berapa banyak unit yang korang akan dapat.

Da habis cabut undi, mereka akan agih-agihkan semua unit korang ke dalam akaun CDS pada 13 Oct. Bagi unit yang tak berjaya diperolehi jangan risau mereka akan refund semula kepada korang. Korang akan nampak la share MINOX ni dalam akaun korang. So boleh lah standby untuk jual pada hari pertama bagi geng trader la.

Terakhir, IPO Minox disenaraikan pada 17 Oct. Masa nilah kaunter ini dibuka pada public dan sesiapa pun boleh beli asalkan ada duit dan dah masukkan pending order.

Kesimpulan

Aku dah terangkan kepada korang tentang lima tarikh penting dalam IPO. IPO ni kalau kena caranya memang sedap dapat profit. Cuma nk dapatkan IPO ni kira macam rezeki jugak la sebab ada proses cabut undi lagi, dan kita tak pasti sama ada IPO tersebut boleh terbang ataupun merudum. Sekian terima kasih.

Sumber : Bursa Malaysia

Baca lagi : Apa itu ETF Dalam Saham

The post Lima Tarikh Penting Dalam IPO first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Lima Tarikh Penting Dalam IPO

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×