Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiga Cara Tengok Trade History Di Mplus

Bismillahirrahmanirrahiim

Dalam trade, salah satu disiplin yang penting adalah trade journal. Sama ada Korang tulis atas buku atau rekod dalam excel tak ada masalah. Cuma kadang-kadang mungkin korang terlupa dan nak dapatkan semua maklumat tersebut kan? Jangan risau aku akan tunjukkan Tiga Cara Tengok trade history di Mplus (Jika korang pengguna broker Mplus ye?

Cara Pertama : Trade History

Login dalam platform korang dan masukkan tarikh yang diingini. Setau aku ia boleh cover data sehingga sebulan sahaja. Cukup lah untuk kalau korang terlepas untuk dapatkan semula maklumat trading korang yang telah korang buy and sell tu kan. Cuma masukkan tarikh, client code dan tekan search.

Cara Kedua : Daily Business Done

Secara peribadi, aku lagi suka yang ni sebab ia lagi lengkap. Dalam Cara Tengok trade history guna Daily Business Done ni, dia akan tunjukkan sekali kos kos yang terlibat dalam pembelian atau penjualan saham tersebut. Kira cantik la, berbeza dengan Trade History ia lebih ringkas sebab ia lebih kepada nak tunjukkan status order sahaja. Korang boleh cari Daily Business Done ni bawah tab My Account. Julat masa yang dicover adalah selama sebulan.

Cara Ketiga : Contract Note dan Client Statement

Jika korang nak lebih detail, boleh terus download contract note dan client statement. Client statement dikeluarkan setiap bulan dan isi dia lebih panjang la. Client statement cover dan boleh didownload datanya selama 12 bulan sahaja. Untuk contract note pula ia lebih kepada macam resit la. Setiap kali korang buy atau korang sell satu contract note akan dikeluarkan. Contract note hanya cover up to 6 month sahaja ye. Jika korang rasa penting, jangan lupa untuk download ye. Kedua-dua document ini boleh didownload dibawah tab My account.

Kesimpulan

Aku dah tunjukkan kepada korang Tiga Cara Tengok Trade History Di Mplus. Bagi aku agak leceh gak la sebab nak kira P/L tu manual. Lepas tu kena update dalam excel pulak untuk kes aku la. Jadi pilih lah mana-mana yang korang suka asalkan trade journal korang sentiasa update ok? Jumpa lagi untuk artikel akan datang, assalamualaikum.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Hati-hati Dengan Berita Buruk Syarikat

The post Tiga Cara Tengok Trade History Di Mplus first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Tiga Cara Tengok Trade History Di Mplus

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×