Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa itu ETF Dalam Pelaburan Saham

Bismillahirrahmanirrahiim

Haa Korang nak melabur dalam saham tapi takut nak labur dalam single kaunter? Nak beli banyak kaunter tapi brokerage fee pulak akan kikis profit korang? Korang boleh melabur dalam ETF. Apa itu ETF? ETF adalah singkatan kepada Exchange Traded Fund yang mana ia adalah satu passive fund yang boleh dijual beli macam saham biasa cuma ETF terdiri daripada berbagai-bagai saham dalam satu harga.

Kelebihan ETF Berbanding Beli Saham Satu Per Satu

Macam dah diberitahu sebelum ini, ETF terdiri daripada berbagai saham dalam satu harga. Oleh itu, korang tak payah pening nak bina portfolio untuk diversification sebab bila korang beli ETF automatik korang dah diversified portfolio korang. Selain tu dia lebih flexible berbanding dengan Unit Trust. Korang boleh buy dan sell macam saham waktu trading hour. Berbeza dengan unit trust dia akan ambil masa sehingga 2-3 hari baru dapat unit yang korang inginkan.

Kalau korang nak diversified tapi cuma ada setakat RM 2,000-RM3,000 memang tak berbaloi. Sebabnya untuk satu diversified portfolio kena ada at leaset 10-15 saham berbagai kaunter. Tak berbaloi sebab habis kat kos brokerage je. Jadi, ia memberi akses kepada orang yang ada modal rendah untuk dapatkan satu diversified portfolio. Bila korang jual pun senang sebab dia sama konsep dengan saham iaitu settlement akan berlaku selama T+2.

Nak Beli Dekat Mana ETF Ni

Selain korang dah tahu apa itu ETF, korang tahu tak ETF tu boleh dibeli dekat korang punya account trading. Search je ETF mesti korang jumpa. Tapi kena tahu ye tak semua ETF adalah Shariah Compliance. Untuk korang tahu senarai ETF yang didagangkan dalam Malaysia, boleh tengok list ni dekat link ini. Lepas korang beli korang akan nampak lah dalam trading account korang.

: Overview (bursamalaysia.com)

ETF Bayar Dividend Atau Tidak

Kebanyakan ETF ada bayar dividend. Sama ada hujung tahun ataupun dua kali setahun. Tapi kena tahu juga harga ETF ni berubah-ubah, perlukan sedikit kepakaran teknikal analisis untuk dapatkan harga yang rendah. Tapi kalau harga keep on going south, teruskan averaging sebab korang ni invest dalam diversified portfolio, jadi risiko tu dah dilandaikan. Untuk tahu bayar atau tidak, kena tengok prospektus ETF tu sendiri.

Pergerakan Tick Price ETF

ETF punya tick price berbeza sedikit dengan saham. ETF yang berharga bawah RM 1, Satu Tick Bersamaan dengan RM 0.001, harga diantara RM 1 – RM 2.99, satu tick bersamaan dengan RM 0.005 dan harga RM 3 keatas, satu tick bersamaan dengan RM 0.01. Untuk Fixed Income ETF, satu tick dah di set RM 0.01 pada mana-mana tingkat harga.

ETF Macam Tak Liquid Je, Boleh Ke Buy Sell?

Dalam ETF ada satu entity yang dipanggil sebagai Market Maker. Biasanya Market Maker ini adalah Bank. Boleh tengok dalam prospektus. Jadi, bila korang que Buy atau Sell, Bank sebagai market Maker akan cuba untuk liquidate order korang dengan menawarkan competitive bid or ask price. So jangan risau, queue je dulu, inshaa ALLAH Market Maker akan try fill in harga yang korang nak.

Kesimpulan

Aku dah terangkan apa itu ETF serta maklumat-makluamt lain yang penting sebelum korang melabur. Bagi aku ETF ni sangat best untuk buat pelaburan, berbanding korang labur kaunter satu-satu yang mana akan makan modal dekat fees sahaja. Piihan ETF juga agak banyak, jadi jangan risau, pegang je ETF ni, terus buat averaging atau topup bila harga jatuh.

Sumber : Bursa Malaysia

Baca Lagi : Tips Melabur Emas Buat Para Newbies

The post Apa itu ETF Dalam Pelaburan Saham first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Apa itu ETF Dalam Pelaburan Saham

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×