Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perlukah Sell Bila Jerung Dispose

Bismillahirrahmanirrahim

Kita selalu dengar istilah jerung dalam pasaran saham kan. Kiranya bila ada seseorang individu atau kumpulan yang boleh membeli atau menjual sesuatu saham pada kadar yang sangat besar, kita boleh tahu bahawa dia adalah somebody. Tapi bila si jerung jual pegangan mereka, perlukah sell Bila Jerung Dispose saham mereka dalam syarikat?

Untuk mendalami dengan lebih terperinci tajuk kali ini kita akan gunakan kes daripada SMRT

Latar Belakang Syarikat SMRT

SMRT Holding Bhd adalah sebuah syarikat pelaburan yang diasaskan pada tahun 2004 dan pejabat pertamanya berada di Kuala Lumpur. SMRT telah disenaraikan di dalam pasaran Bursa pada 13 March 2006 dan hanya berpusat di Malaysia sahaja. SMRT mempunyai tunjang perniagaan yang berasaskan kepada pengajian dan teknologi. Ia lebih mengutamakan kepada pengurusan terhadap servis pendidikan dan latihan.

Di dalam segment latihan dan kepakaran, syarikat ini membekalkan pembangunan sumber manusia seperti merekrut pekerja, menjadi agensi pekerjaan dan servis konsultansi. Manakala di dalam segmen teknologi pula, SMRT memberikan khidmat nasihat dari segi kepakaran software. Antara contohnya adalah Internet of Thing (IoT) dan juga Human Capital Management Services.

Siapa Brahmal Vasudevan

Dia merupakan seorang rakyat Malaysia dan merupakan seorang bekas graduan Imperial College pada tahun 1990. Selepas itu, dia bekerja dengan British American Tobacco dan meninggalkan syarikat tersebut pada 1995. Brahmal pulang ke Malaysia dan menjadi Director of Marketing di Astro.

Brahmal Vasudevan

Pada tahun 2000, Brahmal telah membuka satu fund management yang dinamakan sebagai Chrys Capital bersama dengan rakan sekelasnya dari Harvard Business School. Fund tersebut bermula sebanyak USD 64 juta dan fund keduanya meningkat kepada USD 127 juta pada tahun 2001.

Pada tarikh 2 Disember 2014, satu announcement telah dikeluarkan oleh Bursa yang mana Brahmal Vasudevan telah dispose pegangan saham SMRT miliknya sebanyak 13,700,000 unit pada harga RM 0.826. Selepas penjualan secara besar-besaran tersebut, harga saham SMRT telah merudum sehingga RM 0.13 pada November 2018.

Kesimpulan

Apabila terjadinya jualan besar-besaran, jawapan kepada perlu kah Sell Bila Jerung Dispose adalah :Ya. Bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar, kita lebih disarankan untuk menjual pegangan kita apabila ada jerung yang menjual dalam kuantiti yang sangat besar. Mereka mempunyai maklumat yang lebih terperinci berbanding daripada retail investor yang hanya bergantung kepada laporan kewangan, teknikal analisis dan juga announcement di Bursa.

Sumber : How Not To Lose Money in The Stock Market

Baca lagi : Senarai Ratio Fundamental Dalam Saham

The post Perlukah Sell Bila Jerung Dispose first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Perlukah Sell Bila Jerung Dispose

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×