Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sebab Pendaftaran M+ Global Ditolak

Bismillahirrahmanirrahiim

Pada bulan April 23, pihak Malacca Securities telah melancarkan satu lagi produk mereka iaitu M+ Global. Dengan adanya pendaftaran M+ Global ini, ia akan memberikan lebih banyak lagi akses kepada trader untuk melabur pada pasaran diluar dari Malaysia iaitu HK dan juga US. Malah, M+ Global juga turut menawarkan senarai saham yang patuh syariah yang ditapis oleh third-party services iaitu Ideal Rating.

Pendaftaran M+ Global Ditolak

Tapi, bila kita dah mula mendaftar, pasti ada saja masalah yang timbul yang menyebabkan permohonan akaun kita ditolak. Disini aku senaraikan masalah umum yang sering dihadapi dan bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut.

IC Tidak Jelas

Ini biasa berlaku yang mana gambar IC yang ditangkap tidak jelas. Apa yang penting semasa nak tangkap gambar IC tu, pastikan maklumat no. IC, nama serta alamat dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya gambar agak blur, ada silau dan pantulan cahaya, biasanya pendaftaran M+ Global anda akan ditolak.

Contoh gambar yang ok, no IC jelas, nama jelas, alamat jelas.

Tips yang baik untuk tangkap gambar adalah jangan buka flash, gunakan cahaya lampu bilik sahaja dan cuba adjust phone anda semasa nak tangkap gambar sehingga hilang refleksi cahaya pada IC. Pada IC kita tu ada macam Hologram, sebab tulah kita kena adjust-adjust sikit positioning kamera masa nak tangkap biar tak nampak pantulan hologram tersebut.

Alamat Berdaftar Tak Sama Macam IC

Yang ni mungkin tersilap sebab orang ingat registered address dengan correspondence address tu sama. Untuk registered address, sila masukkan seperti dalam IC dan Correspondence Adress untuk rumah yang Korang duduk sekarang. Jika alamat tu sama, boleh tick satu box yang menyatakan registered address dan correspondence address adalah sama.

Format Email Tak Betul

Ini biasa berlaku kepada mereka yang jarang guna Email. Biasanya adalah yang mereka yang guna gmail. Ada yang masukkan contoh seperti ini [email protected]. Gmail tak ada my, sebab tu pihak M+ terpaksa tolak pendaftara M+ Global korang. So, just confirmkan semula email korang dan edit semula di dalam apps tersebut.

AML Score Tinggi

Ini selalu berlaku bila korang punya risk apetite dan source of income korang susah nak dikenalpasti. Contoh yang selalu dapat AML score tinggi ni adalah yang tick Unemployed. Jadi, pihak M+ akan reject semula dan meminta satu dokumen sokongan iaitu bank statement satu bulan. Pastikan bank statement tersebut haruslah mempunyai sekurang kurangnya 5 transaksi.

Email dan Telephone Telah Digunakan

Jika masa nak daftar tu korang ada dapat error email dan telephone korang telah digunakan, ini bermakna korang secara tak sengaja mempunyai account yang telah didaftar tetapi masih tidak lengkap sebelum ini. Oleh itu apa yang perlu korang buat adalah logout semula dan login menggunaakn email atau telephone yang telah digunakan. Contoh korang tak boleh masukkan no telefon, logout dan logjn semula pakai no telephone korang. Sekiranya masih gagal, boleh email kepada support M+ untuk mereka delete duplicate account korang.

Permohonan Ditolak Kerana Pembayaran 3rd Party

Untuk buka akaun korang kena sediakan RM 11 untuk caj buka akaun CDS tempatan. Korang kena bayar menggunakan bank yang mempunyai nama korang sendiri. Kalau nama orang lain atau nama syarikat memang diorang akan terus reject. Apa yang perlu korang lakukan korang kena buat pendaftaran sekali lagi. Untuk caj RM 11 tu, hanya RM 10 sahaja akan di Refund Semula Kerana RM 1 telah burn untuk kos pentadbiran. Korang kena email kepada support M+ untuk dapatkan refund semula kerana pihak M+ akan meminta sedikit info berkenaan dengan akaun third party tersebut.

Kesimpulan

Diatas ini aku telah menyimpulkan masalah yang selalu berlaku ketika pendaftaran M+ Global. Jika korang mempunyai masalah yang lebih rumit, boleh terus berhubung dengan mereka melalui email iaitu [email protected]. Tim khidmat pelanggan mereka akan reply email korang dalam tempoh 24 jam untuk menyelesaikan masalah yang korang hadapi.

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca lagi : Kenapa Aku Tak Fokus Pada News

The post Sebab Pendaftaran M+ Global Ditolak first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Sebab Pendaftaran M+ Global Ditolak

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×