Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

P/E Saham Tinggi Bahaya Atau Tidak

Bismillahirrahmanirrahim

Apa itu P/E

P/E bermaksud price earning. Ia adalah satu ukuran dan hubungan antara harga Saham terkini dengan Earning Per Share (EPS). Amnya, ramai pelabur menggunakan ukuran P/E saham ini adalah untuk tahu sama ada saham yang bakal dibeli ini adalah undervalue ataupun overvalue. Kadang-kadang ada syarikat yang tak memberikan apa-apa maklumat P/E, yang bermaksud saham tersebut dalam keadaan rugi.

Beli Kaunter yang P/E Saham Tinggi, Bahaya Ke?

Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, kita akan gunakan contoh saham YONGTAI. Untuk makluman YONGTAI ni bermula daripada industri pakaian kemudian dikembangkan kepada industry property. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1971 dan berpangkalan di Petaling Jaya pada awalnya. YONGTAI telah disenaraikan di dalam Bursa Malaysia pada 1998. Setelah itu, YONGTAI banyak mendapat projek-projek dari rakan antarabangsa dan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan yang berasaskan kepada kebudayaan.

Antara kejayaan terbesar yang dikecapi oleh YONGTAI adalah projek Impression City. Ramai pelabur ketika itu berharap kejayaan tersebut dapat diulangi dinegara China. Malah, Li Ke Qiang, seorang Chinese Premier sanggup datang untuk melihat progress Melaka Gateway. Ini memberi gambaran kepada kuatnya hubungan baik antara China-Malaysia pada ketika itu.

Pada 20 Nov 2015, Harga Saham YONGTAI adalah sebanyak RM 0.78 dan telah naik sehingga RM 1.75 pada 8 Jan 18. Namun selepas tahun tersebut, harga saham telah jatuh terus menerus. Sebelum berita-berita tentang projek berkaitan syarikat YONGTAI diterbitkan, harga saham mereka adalah sekitar RM 0.465 dan P/E Saham mereka adalah pada bacaan 31 (30 Jun 15). Biasanya kalau ikutkan, bacaan yang lebih daripada 20 kita akan consider tinggi dah. Selepas dua tahun harga saham telah melonjak sehingga RM 1.39 dan P/E saham adalah 69.50

Trend kejatuhan harga saham YONGTAI selepas gagal meneruskan momentum kenaikan earning mereka.

Untuk memastikan P/E saham tinggi secara terus, pihak YONGTAI kena pastikan keuntungan mereka akan meningkat dari tahun ke tahun atau suku ke suku. Ini untuk memberi kepercayaan kepada pelabur untuk terus hold pegangan mereka daripada menjual dan menyebabkan harga saham mereka jatuh. Namun pihak syarikat gagal untuk meningkatkan keuntungan mereka yang mana pada 30 Jun 2015, keuntungan sebanyak RM 7,752,000 telah menurun kepada RM 6,589,000 ada 30 Jun 2017. Akhirnya, disebabkan gagal untuk memastikan keuntungan yang sentiasa meningkat, ramai pelabur telah menjual pegangan mereka menyebabkan kejatuhan harga saham syarikat tersebut sehingga RM 0.26 seunit pada awal tahun 2019.

Kesimpulan

P/E saham yang tinggi biasanya berlaku pada syarikat yang bersifat growth, yang mana mereka mempunyai potensi yang besar untuk berkembang. Oleh itu, keuntungan mereka juga biasanya agak signifikan. Disebabkan itulah syarikat syarikat ini perlu kekalkan moemntum profit mereka dari tahun ke tahun untuk menarik lebih ramai pelabur atau meyakinkan pelabur untuk tidak menjual saham mereka. Apa yang kita boleh belajar adalah, P/E saham yang tinggi, jika ada kejatuhan dari segi earning, ia adalah signal untuk ktia jual pegangan kita.

Sumber : How Not to Lose Money in Stock Market

Baca lagi : Review Fund Unit Trust dari Syarikat Pheim | Aku Pedagang Jawa

The post P/E Saham Tinggi Bahaya Atau Tidak first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

P/E Saham Tinggi Bahaya Atau Tidak

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×