Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Risiko Saham Mempunyai Hutang Syarikat Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim

Saham yang mempunyai hutang Syarikat yang tinggi ataupun kita panggil sebagai leverage atau gearing ibarat seperti satu bom jangka. Bila-bila sahaja boleh meletup. Sebaik mana pun sesebuah syarikat yang memperolehi keuntungan, namun jika ia nya diikuti dengan hutang syarikat yang tidak sepadan dengan kemampuan syarikat, boleh jadi pelaburan tersebut adalah berisiko tinggi.

Apa itu Gearing

Untuk mengukur sesuatu hutang syarikat, kita akan pakai satu istilah yang dikenali sebagai Gearing. Net Gearing Ratio ndigunakan untuk mengukur kemampuan kewangan syarikat untuk berhutang. Amnya, semakin rendah ratio semakin rendah pinjaman yang dilakukan oleh syarikat dan sebaliknya. Semasa pasaran sedang berkembang, keputusan syarikat untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan bukanlah satu tindakan yang salah tetapi kita harus berhati-hati jika pasaran sedang bearish, mengambil hutang untuk menampung kos operasi adalah sangat berisiko.

Net Gearing Ratio melebihi 50% masih boleh diterima jika syarikat tersebut mampu membawa keuntungan yang lumayan. Sekiranya gagal, syarikat tersebut mungkin akan menghadapi masalah yang paling besar iaitu bangkrup. Penggunaan gearing ratio 30-50% adalah satu penggunaan yang boleh diterima dan dikategorikan sebagai berisiko sederhana. dan jika dibawah 30% ia lebih baik kerana hutang tersebut mudah untuk dilunaskan.

Efek Hutang Tinggi Kepada Syarikat

Untuk memahami dengan lebih lanjut, kita akan gunakan contoh daripada Sapura Energy (SAPNRG). Syarikat ini ditubuhkan pada 2011 dan berpangkalaan di Malaysia. Syarikat ini terlibat dengan eksplorasi minyak dan gas beserta dengan sub-servis yang berkaitan dengan eksplorasi tersebut. SAPNRG telah disenaraikan pada Papan Utama Bursa Malaysia pada Mei 12. Sehingga kini SAPNRG telah dikenali di sekitar 20 negara yang mempunyai berbagai aset strategik dan kemahiran pakar.

Syarikat bertaraf antarabangsa yang terlibat secara langsung dengan aktiviti carigali minyak dan gas.

Pada tahun 2014 sehingga 2016, kita dapat lihat SAPNRG mempunyai Net Gearing Ratio yang agak tinggi iaitu melebihi daripada bacaan 1, (1.08 (2014), 1.31 (2015), 1.34 (2016) Dalam masa yang sama pasaran minyak mentah global sedang mengalami kejatuhan harga daripada sekitar USD 100 per barrel kepada USD 30 per barrel pada 2 tahun tersebut. Pihak syarikat tetap untuk mengambil hutang syarikat yang tinggi dan menyebabkan mereka gagal untuk meraih keuntungan yang lumayan.

Akhirnya, harga saham mereka telah jatuh dari RM 4.34 ( 30 Jan 2014) kepada RM 0.325 (29 Oct 2018) yang menunjukkan kejatuhan sehingga 92.5%.

Kesimpulan

Melabur di dalam syarikat yang Mempunyai Hutang Syarikat yang tinggi adalah sangat berisiko. Sebagai pelabur kita harus berfikir secara rasional adakah logik untuk syarikat membuat hutang semasa pasaran sedang merudum. Oleh itu sentiasa berwaspada dan setiap pelabur haruslah mempunyai cut loss area supaya kerugian yang bakal dialami dapat diminimumkan.

Sumber : How Not To Lost Money In The Stock Market

Baca Lagi : Aktivit Hujung Minggu Seorang Trader

The post Risiko Saham Mempunyai Hutang Syarikat Tinggi first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Risiko Saham Mempunyai Hutang Syarikat Tinggi

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×