Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Analisa Teknikal Kaunter MCHP (Global)

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini kita akan review satu kaunter global patuh syariah yang mana kita lihat adanya potensi untuk melakukan kenaikan. Analisa Teknikal Kaunter MCHP ni adalah salah satu kaunter yang terlibat dalam pembuatan semikonduktor. Macam kita tau sekarang ni peralatan elektrik adalah alat yang tidak boleh lari sesuai dengan zaman teknologi sekarang ni. Jom kita tengok satu persatu apa yang menarik dengan kaunter ini.

Kaunter MCHP Dalam Keadaan Trend Menaik.

Aku perhatikan Kaunter Mchp ni memang dalam keadaan Uptrend dalamTimeframe W1. Kita boleh lihat harga pernah break Upper Bollinger Band yang menunjukkan adanya momentum yang kuat telah masuk dalam pasaran. Seterusnya ada rejection yang agak kuat berlaku disitu yang mana bagi saya lebih kepada profit taking akibat kekalutan orang yang takut dengan sentimen Government Shutdown di US. Walaubegitu, momentum tersebut masih tidak cukup kuat untuk menekan sehingga memecahkan lower Bollinger Band. Ditambah lagi signal line daripada MACD masih lagi berada diatas centerline.

Kaunter MCHP Berada di Garisan Support

Aku tengok dalam timeframe Weekly sebelum ni dia dah break di bawah Mid BB. Ini memberi petunjuk kepada aku bahawa price sudah berada dalam harga yang rendah atau ingin membuat higher low sebelum meneruskan kenaikan. Pada TF D1 pula aku nampak yang harga dah hit lower Bollinger Band dan hold di kawasan Demand area. Jadi aku percaya ini akan memberikan kawasan yang terbaik untuk memberikan Risk and Reward yang cantik.

Kaunter MCHP mempunyai pembentukan Descending Triangle dan juga Divergence

Pada timeframe D1 kita nampak lihat pembentukan descending triangle di combine dengan divergence. Kedua-dua pattern ini memberikan gambaran bahawa harga mempunyai kemungkinan besar untuk melakukan rebounce dan melanjutkan pergerakan trend semasa. Ditambah dengan pattern Bollinger Band yang semakin menguncup menunjukkan kemungkinan besar retracement sell ini semakin berakhir.

Signal Entry

Kita dapat lihat bahawa di dalam MACD Histogram telah berwarna hijau, ditambah dengan pembentukan Bullish Engulfing pada candlestick terkini. Kita boleh jadikan kedua-dua faktor ini sebagai signal untuk kita entri.

Volume Dah Break Average

Dalam indikator Volume kita dapat lihat ada satu volume buying surge yang berjaya break average volume 10 days, Ini memberi indikator bahawa signal entry yang kita perolehi agak berkualiti kerana signal candlestick tersebut datang dengan volume yang besar. Selain itu kita dapat melihat dry sell volume sebelum ini yang menunjukkan kemungkinan perubahan dominasi dari seller kepada buyer.

Risk and Reward

Aku akan letakkan Stoploss pada swinglow yang terendah dan meletakkan area take profit selamat iaitu dikawasan resistance Weekly. Setelah dibuat perkiraan aku dapati bahawa RR yang ditawarkan agak menarik iaitu R3. Jadi aku rasa memang ok sangat untuk aku trigger entri pada kaunter ini.

Kesimpulan

Selesai sudah Analisa Teknikal Kaunter Mchp (Global) yang mana ia mencakupi trend, zone, pattern, signal dan juga volume. Lepas semua ni dah lengkap, baca Bismillahirrahmanirrahiim, kira lot sizing dan terus entry. Selebihnya kita serah keputusannya pada ALLAH. Inshaa ALLAH.

The post Analisa Teknikal Kaunter MCHP (Global) first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Analisa Teknikal Kaunter MCHP (Global)

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×