Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Review Fund Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Income and Growth Fund

Bismillahirrahmanirrahiim

Ok, hari ni aku akan buat satu review Fund unit trust yang aku tengok ada potensi untuk meletop dalam tempoh 1-3 tahun. Kalau berhasil mau dapat pulangan 50-100% woo fuh. Disebabkan aku ada lesen sebagai Unit Trust Consultant, maka tidaklah aku takut untuk rekemen pada korang sesuatu fund tersebut hahaha. Jom kita tengok apa yang aku akan review fund Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Income and Growth Fund.

Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Income and Growth Fund

Fund ni diterbitkan oleh geng Principal Asset Management. Fund ni agak volatile jugak la sebab kebanyakan instrument yang dilaburkan adalah dalam stock market, mostly dalam sektor information technology. Disebabkan fund ni adalah feeder fund, jadi dia tak ada banyak info seperti Fund Volatitlity Factor, Sharpe Ratio, Beta Ratio dan sebagainya.

Kalo tak faham, feeder fund ni digunakan untuk invest dalam master fund. Contohlah dalam master fund at least nak labur dalam RM 1juta. Berapa kerat yang ada cash RM 1 juta. So, feeder fund ni di reka untuk ramai2 retail investor dump dalam feeder fund, cukup sejuta, barulah diorang invest dalam master fund.

Dibawah adalah top stock yang dilaburkan. Namapun Asia, so banyak stock yang dibeli adalah dari negara Asia jugak :

  • Samsung Electronics – Pref South Korea 9.30
  • SK Hynix Inc South Korea 6.90
  • Reliance Industries Ltd India 6.40
  • BHP Group Ltd Australia 5.50
  • POSCO Holdings Inc South Korea 3.90
  • Maruti Suzuki India Ltd India 3.30
  • PTT Explor & Prod PCL-NVDR Thailand 3.30
  • Tencent Holdings Ltd China 2.80
  • Ultratech Cement Ltd India 2.70
  • L’Oreal France 2.60
Kita boleh nampak, most stock yang dilaburkan adalah dari South Korea dan sector paling banyak dilaburkan adalah dalam Information Technology

Kenapa Aku Cakap The Time is Now

Antara sebab aku Review Fund Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Income and Growth Fund adalah posisi harganya yang sangat menarik bois. I is cannot kalau tengok harga dah super murah ni plus da menunjukkan ciri-ciri untuk mula terbang dengan jayanya.

Orang selalu cakap unit trust ni tak payah timing harga. Salah tu. Aku da compare yang mana aku labur dalam Philip Capital, sekarang ni tengah floating negatif lebih setahun, tapi bila aku timing sendiri beli unit trust guna teknikal analisis dalam beberapa bulan dah positif. Jom tengok apa yang istimewanya dengan harga fund ni sekarang.

  1. Harga jatuh dibawah inception date price. Awal terbit 0.25 sekarang 0.22
  2. Satu unit RM 0.22. Bapak murah kot
  3. Harga berada dibawah Fibo 50.00
  4. Harga dah berjaya break diatas MA 200. First time break kot, masih awal lagi nak ride trend.

So berdasarkan kepada empat point diatas. Ia amatlah menarik untuk kita masuk dan labur. Aku target untuk dapat 50% above untuk unit ni. Kena tunggu harga dalam RM 0.33 sen dan aku tunggu dalam 1-3 tahun. If price break balik bawah MA 200, aku akan consider untuk jual semula sekiranya dalam keadaan untung. Kalau masih negatif aku biar je dulu.

Inshaa ALLAH. Semoga ada rezeki untuk kita semua Amiiin.

The post Review Fund Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Income and Growth Fund first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Review Fund Principal Islamic Asia Pacific Dynamic Income and Growth Fund

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×