Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Harga Emas Bakal Merudum?

Bismillahirrahmanirrahiim

Sapa antara korang tak pernah melabur beli emas? Rugi la mengkeme semua. Best kot simpan Emas ni. Pelaburan yang mana korang boleh guna style buy and hold dan dalam waktu long term dia boleh naik lebih tinggi disebabakn fundamental keperluan emas pada masa akan datang. Bayangkan kuantiti emas yang semakin berkurangan, tetapi permintaan yang tetap menaik pada masa akan datang. Fuhhh

Harga Emas Bakal Merudum

Menurut pengamatan aku, Harga emas mungkin akan jatuh buat masa sekarang ni. Sebab banyak sudah tnada-tanda teknikal beserta dengan keadaan pasaran dunia yang memungkinkan harga emas jatuh ni. Jadi, ini adalah peluang besar untuk shopping kaw-kaw kepada player emas. Bagi mereka yang gunakan style monthly DCA boleh teruskan beli emas macam biasa, cuma bila ada kejatuhan ni, boleh lah merembat lebih banyak gram emas masa murah ye tak?

Dibawah aku attach gambar keadaan carta teknikal emas buat masa sekarang ni.

Kat sini kita nampak ada 3 poin yang aku nak highlight yang mana kejatuhan Harga Emas Bakal berlaku. Yang pertama adalah terbentuknya Bullish divergence antara real price chart dengan MACD. Apabila petanda ini bermaksud kejatuhan mungkin akan berlaku tak lama lagi. Bila kita lihat di Weekly dan Monthly juga ternampak pembentukan Bullish divergence.

Kedua pada kawasan Resistance, kita boleh lihat terbentuknya bearish engulfing dan telah memuktamadkan kejatuhan tersebut. Jika kita mikrokan lagi kita boleh nampak pembentukan Quasimodo. Malah range juga telah berjaya break kebawah. Ini menunjukkan banyak petanda teknikal menyokong kepada kejatuhan harga emas

Ketiga adalah volume. Korang boleh lihat ada satu volume hijau bullish spike, kira paling dominan, tapi candle yang ditunjukkan adalah candlestikc yang mempunyai range dan body yang cukup kecil. Tidak padan dengan volume yang besar. Jadi kita boleh andaikan bahawa ini adalah petanda fakeout yang biasa berlaku apabila price cuba break resistance.

Dah Tau Harga Nak Jatuh, Apa Kita Akan Buat

Jika ada pegangan emas yang sedang positif, jua sahaja. Jika tiada, preserve duit tersebut untuk membeli emas pada harga yang lebih rendah. Aku ada gariskan beberapa kawasan harga support yang mana bagi aku sesuai untuk customer membeli emas fizikal. Kalau boleh belilah emas fizikal bagi tujuan pelaburan sebab spread dia rendah berbanding beli emas fizikal perhiasan kat kedai emas. Ini adalah kawasan support yang aku tandakan.

  1. 1811.111
  2. 1731.636
  3. 1624.604

Harga ni semua dalam USD per ounce ye bukan per gram. Pandai-pandailah kome convert online

Bila sampai harga ni kita akan terus beli, jatuh kat second support beli lagi dan jatuh sampai support last, kita still beli lagi. So boleh la korang collect emas lebih banyak. Tapi kalau jatuh lagi modal dah kering, boleh lah korang pajak emas korang kat ar rahnu. 70% dana boleh dikeluarkan dari harga emas yang dipajak. Guna duit tu lipat lagi kat area support. Tapi cara ni sesuai untuk mereka yang ada duit gaji lebihan setiap bulan sebab takut tak leh bayar hutang, terpaksa kena lelong lak emas korang.

Sebab tu ada orang yang boleh hit emas ber kg kg sebab pandai pusing buat OD bila harga jatuh ni. Masa naik tak ada benda nak buat sebab cuma perlu tunggu harga naik ke paras yang dirasakan tinggi.

Kesimpulannya, nak melabur emas, belilah emas fizikal supaya korang boleh pajak. Setakat beli emas simpan dalam akaun bank ke company ke susah. Withdraw emas fizikal korang bila harga keep jatuh dan modal dah kering ok. Semoga ALLAH SWT mencukupkan rezeki kita semua. Amiin.

Sumber

Pengalaman dari ALLAH SWT.

The post Harga Emas Bakal Merudum? first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Harga Emas Bakal Merudum?

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×