Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Demo Dulu Dekat Bursa Marketplace

Bismillahirrahmanirrahiim

Antara pelajaran yang paling mahal aku dapat adalah aku tak run demo dahulu. Daftar CDS, deposit terus lompat masuk market. Alhasilnya, penuh kemerahan yang aku dapat dari trade. Aku ingat dengan pengalaman aku dalam forex trading sebelum ni, aku boleh pukul rata. Tapi tidak bossku. Sebabkan sombong bebenor, mendapat la aku dengan kerugian bertali arus.

Masa tu aku tak tau camne nak demo dekat dalam saham ni. Forex aku tau la sebab MT4 memang ada demo acc. Paling terbaik aku leh buat adalah backtest je la. Pastu guna teknik Supply and Demand dekat chart saham yang rongak rongak. Jadi pening aku. Hehe. Tapi tak pe la. Itu semua pengalaman yang aku dapat dan modal yang aku pertaruhkan juga tak impak kehidupan aku sekarang.

Lepas dah asyik kena sudu ngan SL barulah aku dipertemukan dengan Bursa Marketplace ni. Bapak best weh. Kalau Korang newbies, guna la Bursa Marketplace ni. Ada education, ada reward system, dan task yang kena buat. Memang rasa macam main game. Kiranya korang boleh tengok diri korang berkembang dalam apps ni.

Kredit RinggitohRinggit

Yang lagi best, dalam ni ada copytrade, Tapi guna term lain la iaitu Mirror Trade. Selain tu yang bestnya adalah screener Alpha Indicator. Aku ni malas sikit nak buat Fundamental Analysis, jadi aku selalu la pergi website ni tengok dekat Alpha Indikator. Nampak kaunter tu strong, keje aku cuma cari setup je dalam chart.

Kat dalam ni kalau nak guna demo acc, boleh la korang register dulu. Masuk je RM 100,000 ke sejuta ke takpe sebab amaun ni consider amaun yang ok untuk korang bermula. Kita nanti banyak pakai cash, jadi modal sekitar RM 5,000 ke RM 10,000 tu consider amaun biasa untuk newbies. Tapi bawah RM 1,000 pun boleh je beli saham dan sesuai untuk jadi investor lah.

Aku memang sarankan korang godek puas puas Bursa Marketplace ni. Buat semua task yang diberikan sampai rank korang naik jadi Advance Trader. Dah puas melanyak demo, baru korang terjun terus pakai modal korang untuk buat duit. Rileks la, korang invest sket je masa untuk pandai, jangan jadi cam aku yang memandai.

Alhamdulillah

The post Demo Dulu Dekat Bursa Marketplace first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Demo Dulu Dekat Bursa Marketplace

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×