Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengalaman Belajar Elliot Wave

Bismillahirrahmanirrahiim

Kepada trader otai, mesti pernah terjebak belajar elliot Wave. Kalau tak banyak sikit, kalau tak sikit banyak. Sapa je tak curious bila tau ada satu teknik ni macam boleh agak pergerakan sesuatu wave betul tak? Lagi-lagi kalau teknik tu nampak canggih dan mengelirukan! Confirm lebih percaya bahawa teknik tersebut super mantul.

Aku pun tak terlepas dari Belajar Elliot Wave ni. Belajar dari buku kemudian ada la sikit sikit tengok video dan juga join online class anjuran Bursa pasal Elliot Wave ni. Bagi aku teorinya boleh lah kita nak hadam tapi nak apply dalam chart sebenar fuh syahdu. Terkapai-kapai nak counting wave. Tu tak tengok lagi member sebelah counting lain kita counting lain.

Kelas-kelas elliot wave ni selalunya mahal-mahal belaka. Seribu keatas tu biasa. Tapi bagi aku memang patut pun harga begitu sebab memang agak sukar untuk buat counting lagi-lagi manual counting. Ada je software yang terus plotkan wave semua tu tapi berbayar la. Berapa harganya, tak pasti tapi aku yakin confirm ribu ribu sebab nak belajar pun dah ribu-ribu (kelas berbayar la)

Basic EW ni tak susah mana pun. Satu trend ada 5 wave, 3 wave projection, 2 wave retracement. Wave 3 adalah wave yang selalu orang cuba rembat sebab wave ni paling panjang untuk geng2 Stock la. Kalo geng2 future diorang cuba rembat wave 5 sebab wave 5 paling panjang dalam Elliot Wave. Kemudian diikuti dengan correction Zig Zag ke ABC ke dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman aku, masalah utama yang aku hadapi adalah untuk menentukan wave tu wave ke berapa. Aku tak tau camne nak justify ini ke Hi yang boleh ditanda sebagai Wave 1 dan sebagainya. Masalah seterusnya adalah semasa correction. Kadang2 correction tu boleh terus jadi reversal. Jadi adakah ini reversal atau retracement? Pening sekali lagi. Akhir sekali aku tak tau bila counting aku semua dah rabak, aku tak tau nak bermula balik dari mana untuk counting 1st wave.

Jadi aku tak gunakan keseluruhan teknik EW ni, mungkin aku cuma mengambil sedikit konsep sahaja iaitu aku suka dengan konsep 5 wave masa triangle atau rectangle. Memandangkan aku suka trade with trend dan entri masa retrace, konsep ni kira bantu aku la. Walaupun aku tak guna semua, at least berbaloi juga aku laburkan masa dan tenaga untuk belajar EW

Bagi korang yang memang apply 100% EW, aku memang respek. Sebab aku dah lalui kesusahan nak counting tu. Korang memang power rangers aku cakap sama korang. Inshaa ALLAH, semoga ada rezeki untuk kita semua. Amiiin.

The post Pengalaman Belajar Elliot Wave first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Pengalaman Belajar Elliot Wave

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×