Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tiga Faktor Yang Mempengaruhi Selera Risiko Pelabur

Bismillahirrahmanirrahiim

Selera Risiko merujuk kepada seberapa sanggup anda untuk menerima kerugian yang bakal anda hadapi. Setiap orang mempunyai tingkat risiko yang berbeza-beza dan ianya tidak boleh dipukul rata kepada semua jenis manusia. Ada yang boleh mengambil risiko yang tinggi dan ada yang sebaliknya. Artikel kali ini akan jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi Selera Risiko Pelabur.

Mengapa Perlu Ketahui Selera Risiko

Anda wajib untuk tahu apakah selera risiko anda. Ini adalah untuk menjamin supaya apabila anda mengalami kerugian, anda masih mampu mengawal mental serta emosi anda semasa dalam trade ataupun invest. Apabila minda anda masih lagi mampu dikawal, maka anda boleh membuat keputusan pelaburan yang baik untuk masa yang akan datang.

Amnya, terdapat tiga jenis selera risiko iaitu rendah, sederhana dan juga tinggi. Oleh itu andalah yang selayaknya boleh menjawab soalan tersebut. Jadi saya akan tunjukkan sedikit panduan untuk ketahui dimanakah tingkat risiko anda berdasarkan beberapa kritera yang digariskan. Kriteria tersebut akan dikupas pada perenggan seterusnya.

Tiga Kriteria Penentuan Selera Risiko Pelabur.

Dibawah adalah kriteria yang digariskan untuk menentukan selera risiko pelabur :

  1. Portfolio Saiz
  2. Kumpulan Umur
  3. Masa

Portfolio merujuk kepada berapa besar modal yang anda gunakan untuk melabur. Semakin tinggi modal anda maka semakin besar risiko yang bakal anda hadapi. Kekuatan mental pelabur yang bermodalkan RM 10,000 sudah pasti berbeza dengan mereka yang bermodalkan RM 100,000. Jika pelabur bermodal RM 10,000 kehangusan modalnya, mereka masih boleh bangkit dan mengumpulkan jumlah tersebut kerana ia lebih mudah dicapai berbanding pelabur yang kehangusan RM 100,000 dalam portfolio mereka.

Kedua adalah kumpulan umur. Bagi mereka yang mempunyai umur yang muda, mereka mampu untuk mengambil risiko yang lebih tinggi atas faktor kesihatan diri serta kekuatan mental. Mereka lebih bersemangat dan berasa OK jika rugi kerana mereka boleh bangkit apabila jatuh dengan mudah kerana masih muda dan kuat. Berbeza dengan mereka yang tua dan dipengaruhi oleh berbagai faktor kesihatan, dikhuatiri jika mengambil risiko yang lebih besar akan memberi kejutan dan mempengaruhi kesihatan mereka.

Terakhir sekali adalah masa yang diperlukan dalam membuat kajian sesuatu saham. Semakin anda sedar dan faham apa yang anda lakukan, maka semakin rendah risiko yang bakal anda hadapi. Bagi mereka yang tak tahu apa yang mereka lakukan, ia mengundang risiko yang amat tinggi kepada mereka dan berakhir dengan kerugian. Kebanyakan pelabur rugi adalah kerana mereka tidak tahu apa yang mereka laburkan. Oleh itu, lapangkan masa anda dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham.

Kesimpulan

Saya telah terangkan bagaimana cara untuk mengetahui selera risiko pelabur. Jika anda muda dan mempunyai modal yang kecil, maka anda sangat sesuai untuk mengambil risiko yang besar. Risiko tersebut boleh dikurangkan dengan membuat kajian yang lebih mendalam terhadap saham yang bakal anda beli untuk diperam dalam tempoh sekian yang lama. Semoga artikel ini dapat bantu anda untuk mengetahui selera risiko pelabur seperti anda.

Sumber :Dividend Growth Investing

Baca lagi : Apa itu Deep Value Investing

The post Tiga Faktor Yang Mempengaruhi Selera Risiko Pelabur first appeared on Aku Pedagang Jawa.


This post first appeared on Pedagangjawa, please read the originial post: here

Share the post

Tiga Faktor Yang Mempengaruhi Selera Risiko Pelabur

×

Subscribe to Pedagangjawa

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×